20 June 2009

Hadrat Aisyah r.ha berkatabahawa ada sepuluh perkara yang merupakan akhlaq yang termulia sekali. Perkara-perkara itu kadangkala ada pada si anak tetapi tiada pada si bapa, ada pada si hamba tetapi tiada pada tuannya. Perkara-perkara ini adalah merupakan pemberian Allah dan Allah mengurniakannya kepada sesiapa yang Ia mahu:

1- Bercakap benar
2- Berlaku jujur terhadap manusia
3- Memberi sedekah kepada peminta
4- Memneri balasan ihsan
5- Melakukan silaturrahim
6- Menjaga amanah
7- Menunaikan hak-hak jiran
8- Menunaikan hak-hak kawan
9- Menunaikan hak-hak tetamu
10-Merupakan akar bagi kesemuanya, adalah persaan malu
"Wahai orang-orang Islam, kamu tidak boleh sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sehingga kamu membelanjakan harta benda yang kamu (amat) cintai."
(Ali Imram: 92)

"Dan peliharalahdiri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasanya sedikit pun."
(Al-Baqarah: 281)
Pada hari Isnin, 22 Jun akan diadakan Malam Ukhuwah BBQ di Smawp 3 pada pukul 8.00 malam. Semua ahli PEPIAS dijemput hadir, PEPIAS Gombak juga dialu-alukan...datanglah berami-ramai bagi mengeratkan ukhuwah!!