Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W telah bersabda "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yangbelum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.
1- Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi.
2- Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3- Setiap hari Allah S.W.T akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir
masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan
datang kepadamu.
4- Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan
dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu
dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5- Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanyakan kepada Rasulullah "Adakah ia Lailatul-Qadr?" Baginda menjawab "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."
05 September 2009
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya."
(Al-Anbiyaa':22)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(Al-Anfal:2)

PEPIAS akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan pada bulan Ramadhan ini iaitu pada 11, 12 dan 13 September 2009 di Perkampungan Orang Asli Serendah, Hulu Selangor.
Sehubungan dengan itu, kami memerlukan sumbangan kewangan daripada anda untuk turut menjayakan program ini. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau cek berpalang.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus berhubung dengan wakil pihak kami Aishah Bt Abdul Rashid (0176782771) atau Mohd Lokman B Faivdullah (0133256880).
Segala kerjasama daripada pihak anda bagi melancarkan program ini didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira. Sekian, wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)