23 January 2011

Antara Cinta dan Cita .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Assalamu'alaikum w.r.h buat sahabat dan sahabiyyah sekalian ... Tak tahulah kenapa penulis begitu 'eager' bab-bab 'ni' . Hmm ... Sebenarnya ramai sahabat sahabiyyah penulis yang mengalami 'masalah' ni (termasuk penulis ??) jadi sedikit perkongsian moga kita semua menemukan jawapannya sedikit sebanyak insyaAllah ...

ANTARA CINTA DAN CITA .

Kadang-kadang manusia tersalah menganggap yang cinta dan sayangnya kerana Allah padahal semua itu menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk Allah itu sendiri. Mungkin matlamatnya sudah betul dan jelas, tapi jalannya tidak syara’. Jatuh cinta ataupun perasaan sayang itu tudak salah. Perasaan itu adalah anugerah Allah…tapi kalau ianya boleh melalaikan, tentu ada perbuatan yang salah…yang Allah tidak redhai.

Sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini. Kalau rasa masih tidak bersedia lagi, janagan berani bercinta. Di usia kita ini perlu di hijab dengan iman dan khasyatillah (takutkan Allah). Allah jadikan cinta sebagai satu ujian…Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu maha melihat.

Melawan fitrah ini bukannya senang. Tapi ingatlah…benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman kita. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ini sekejap saja, Cuma dalam tempoh bersedia belum nak kahwin saja….perkara yang halal dalam islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu agar tidak mengatasi akal. Tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting di iringi rahmat Allah. KUDUSNYA MUJAHADAH MEMELIHARA CINTA DI ATAS LANDASANNYA..

Muhasabahlah diri…inagat! Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak kan menembusi hati yang berbuat maksiat. Cinta sesama manusia ini adalah fitrah kerana memang hawa diciptakan daripada adam dan kedua-duanya saling memerlukan. Allah jadikan adam dan hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah.

Kita masih belum bergelar isteri, jadi tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki yang dah bergelar isteri. Begitu juga sebaliknya…andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan itu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ini. Bergantunglah harapan kita sepenuhnya kepada Allah. Luahkan rasa cinta ataupun sayang apabila kita dah bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan yang tertutup. Sucinya perasaan tersebut kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki/ perempuan yang turut dicintaiNya.

Allah maha bijaksana menentukan yang terbaik untuk kita. Untuk situasi sekarang ini, tidak perlulah nak cakap I love u ke, nak ajak jumpa ke, nak bagi hadiah ke…untuk apa semua tu??? Untuk tukarkan pemikiran kita dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati kita? Untuk lalaikan solat kita? Untuk jauhkan diri kita dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Na’uzubillah..

no couple


Tahanlah dulu rasa cinta tu sebab islam suruh tahan bukannya lama. Lepas dah kahwin nanti luahkanlah…cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah…insyaallah akan lebih di berkati.

Janganlah menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mencintai sesama manusia di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagimu dan tidak boleh dicemari oleh insanlain selain dari insan yang telah dijanjikan Allah buat kita. Ingatlah! Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri. Jangan jadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah saw gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Tarbiyah diri untuk menjadi wanita yang mampu mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan dengan lelaki ajnabi, insyaallah serba sedikit akan terlaksanalah amanah kita kepada Allah untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya menjadi boleh mendidik mereka menjadi insane yang lebih matang dalam menilai seseorang wanita.

Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah pertemukan dengan seseorang yang menambat hati kita, kita lupa untuk mensyukuri nikmatNya.. kita terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hati di selubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering memperdaya. Tak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syara’? penuh kelalaian dan khayalan daripada mengingati Allah. Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang olehNya??? Padahal dialah pengatur pertemuan melalui apa jua cara.

Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengenepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta tersebut dikawal oleh syara’. Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…semua ini khayalan!!! Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia itu akan menjadi teman hidup. Kalau realiti ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang di peruntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami?..jadi sepatutnya, agungkanlah Allah kerana telah menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan padaNya.

Dalam situasi inilah menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Bila datang cinta dari seseorang insan, nilailah cintanya terlebih dahulu kalau benar-benar kerana Allah. Bukan dengan cara nak mendekati dengan kita selalu dan asyik merinduimu…itu memang fitrah yang harus di iringi muajahadah…

Selepas berterus terang yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah. Bila benar-benar dah rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau sudah jodoh tak kan ke mana. Allah maha halus perancanganNya.

Oleh itu, jangan terburu-buru memenangi hati seseorang. Akal mesti mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa SELAGI BELUM BERSEDIA BERUMAHTANGGA, SELAGI ITU LANGKAH UNTUK MENCINTAI MANUSIA ADALAH SIA-SIA, PENUH KELALAIAN DAN WARNA-WARNI SYAITAN. Allah lebih mengetahui adakah dia di ciptakan untuk mu. Dengan itu, bermujahadahlah melawan nafsu dan kemahuan kita untuk meluahkan sesuatu kepadanya..

Takutlah rumahtangga yang di bina atas landasan kemurkaan Allah. Ingatlah !!! dalam menyukai seseorang, segala perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum kahwin…ianya adalah HARAM. Tapi yang haram itu sekejap Cuma…sebab itu kena sabar dan kuat..

* H A T I K A U S A B A R L A H *

P/S : penulis punya beberapa pengalaman (banyakkah ?) dalam perkara-perkara seperti di atas . want to know more? insyaAllah nak tanya boleh saja ...
P/P/S : penulis sangatlah tidak suka hal-hal peribadi dicampur-adukkan dengan hal-hal kerja .

Tak ada kaitan ? Sila abaikan . Penulis hampir syahid .

21 January 2011

Baitul Muslim

Bismillahi Rahmani Rahim .

Assalamu'alaikum w.r.h , hari ni penulis ada sesuatu untuk dikongsikan . Na'am . Baitul Muslim . Eh , dah kenapa tiba-tiba nak cerita pasal Baitul Muslim ni ? Lambat lagi lah nak kahwin ! Gaaatai naa ! Matrik pun tak habis lagi ! Hmm bek pi la penulis nak share apa ... Blog ni dah macam hak milik penulis da setelah diberi tanggungjawab ... (dilarang terasa)

Okay back to the main topic . Baitul Muslim . Memandangkan penulis belum ada pengalaman lagi , (calon pun belum ada) , jadi penulis cuma copy paste di sini ... Moga ada manfaat bagi yang belum ada keinginan pun untuk mencari , atau yang sedang mencari (haa gatai !) atau yang telah menjumpai (Alhamdulillah) ... ^_^

Bila Kamu Sebut Fasal Baitul Muslim
www.iluvislam.com
Oleh: Hilal Asyraf



Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.

Kesimpulan : Dah sedar atau belum ? Yup . We should start from this very moment . Start to find our Mr. or Mrs. Right . How ? Its easier than easy . Persiapkan diri sendiri . Jadilah soleh/solehah , jadi antum wa antunna juga akan dapat yang soleh/solehah . Kalau diri sendiri bangun qiam pun setahun sekali (eh macam hiperbola pulak) , macamana boleh TERberangan nak dapat pasangan yang bangun qiam tiap malam ?

Renung-renungkan , dan selamat beramal !

18 January 2011

PIMPINAN PEPIAS PJ 11/12


Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah , setelah berkurun lamanya blog ni bersawang labah-labah dan tebuan , ditambah dengan semak samun dan lalang yang hampir mencecah langit , akhirnya dapat juga dibersihkan hari ni .

Post pertama pada tahun baru ;

PIMPINAN CAWANGAN PETALING JAYA

Pengerusi Perhubungan
Mohamad Amir Firdaus Abdul Hamid

Timbalan P.Perhubungan
Ahmad Jazmi Abdul Rahman

Ketua HELWANI
Siti Aizan Anis Mohd Zorkanine

Setiausaha
Nur Atiqah Ahmad Irfan

Bendahari
Noorashikin Abdul Haleem

Biro Dakwah & Tarbiyyah
Muhammad Zamir Hussen
Siti Noraishah Mohd Mokhtar
Nur Athirah Ahmad Sharip
Nur Fadhilah Mohd Azhar Lee

Biro Latihan & Kepimpinan
'Umar Faizel Amri
Malyanah Muhammad Rosli

Biro Perhubungan & Infromasi
Muhammad Faedz Nordin
Nuramira Mustafa

Biro Pembangunan Sosial
Ahmad Asyraf Abdul Salam
Norwan Syafana 'Afaz Ruslan

Biro Dana & Ekonomi
Amirul Lodfi Ahmad Lodfi
Siti Umairah Radzwan