05 March 2012

miyuQiu: mitos tentang uia


mitos tentang uia

Assalam..

Bila aku kerja kat Sony ni, ramai yang terkejut bila aku cakap aku belajar kat uia. Apasal ek? Takde rupa budak uia ke aku ni? Aku pun tanyalah persepsi they all pasal budak uia. Nilah jawapan yang biasa aku terima.

Semua budak uia hebat berspeaking
Kata international Islamic university. Full of international students. So, they expect we can speak English very well. Haha. Mitos semuanya tu. Aku sebagai salah seorang student uia tak rasa pun aku dan kengkawan aku hebat berspeaking. Lebih kurang je dengan budak-budak uni lain. Cuma lebihnya kami bila kami ada peluang nak practice speaking tu. Nak interact denganinternational students kan? Tak kan nak cakap melayu. Faham sikit-sikit je they all tu.

Ko budak uia ek? Mesti ko pandai cakap arab kan?


Ni lagi satu. Aku tau lah uia tu penuh dengan pak arab. Aku tau lah kitorang belajar bahasa arab time kat matric uia dulu. Tapi tak la bermakna budak uia mesti pandai cakap arab. Betulkan persepsi korang itu. Hanya orang yang betul-betul berminat je yang fasih berbahasa arab.

Semua budak perempuan uia bertudung labuh, berbaju kurung, berjubah dan bersopan santun


We hold the "Islamic" title. That's why most people think that we are Islamic. Tapi kalau nak tau Islamic tahap mana kami ni, try test datang uia. Kalau zaman awal-awal pembukaan uia dulu, mugkinlah korang boleh tengok senario most of the muslimah are wearing hijab to cover their aurah. Tapi sekarang, yang sekadar tutup rambut dengan shawl je pun ada. Bila keluar dari uia je terus hilang shawl. Rambut pun dah berkaler-kaler. Itulah hakikatnya.

Course yang ditawarkan kat uia hanyalah course yang Islamic sahaja
Haha. Ini memang tak boleh blah. Sebut je Islamic, kena belajar yang Islamic la ek? Hey, come on la! Kita sebagai muslim ni kena tahu juga pasal bidang lain salain dari bidang Islamic. We have to master them as it is our duty to theummah. It's a fardhu kifayah. Tak kan nak bukak pusat pengajian islam tapi belajar usuluddin semata-mata. Siapa nak jadi ilmuwan Islam dalam bidang kejuruteraan? Perubatan? Siapa nak jadi lawyer yang berpegang pada hukum Islam? Jadi, uni Islam la salah satu platform untuk belajar ilmu selain ilmu agama Islam ni sebab kat uni Islamic la salah satu tempat nak dapat ilmu dunia dan akhirat.

Budak uia pandai-pandai
Ini, aku lagi tak faham. Mana ntah they all dapat info ni. Dah tu, budak-budak uni lain tak pandai ke? Kalau tak pandai tak kan masuk uni kot. Ye tak?

03 March 2012

Program pertama!!~~










Alhamdulillah, program yang berjalan petang tadi di SK Danau Perdana sudah pun selesai,
walaupun hanya memegang slot explorace sahaja tapi 'pressure'nya yang tinggi dalam mereka checkpoint sahaja sudah cukup membuatkan orang lain stress tanpa sebab.ha ha~apapun ini adalah program pertama bagi pimpinan baru
pepias PJ 12/13 , pastinya akan ada kesalahan atau kecuaian
yang berlaku ketika program tersebut tetapi lebih baik belajar daripada pengalaman sendiri dari melihat pengalaman orang lain..tak begitu?...yang pastinya program tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serius..buat masa ni kami akan fokus kepada mid exam yang hampir tiba~..wish us luck~~..oh!,dalam bulan ni juga kami akan ada program di SMK kelana Jaya...PEPIAS PJ
gudluck!!~~


09 November 2011

Selamat!


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, dan seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah 'azza wajalla, kerana dengan izinNya, dapat kita berjumpa lagi di medan maya ini buat ke julung kalinya! :)

Apa dan mengapakah tajuk entri kali ni cuma selamat? Selamat datang? Selamat tinggal? Atau Selamat Hari Lahir?

Fleksibel.

Pertama-tamanya, selamat kembali ke medan perjuangan kepada sahabat-sahabat kita yang mengambil short sem. Dan selamat kembali kepada kepeningan dan ketensionan yang melampau yep :) Berperang dengan asignment, exam dan exam...

Dan bagi yang telah menamatkan pengajian di cfs tercinta, atau yang bakal menamatkannya pada tahun ini, pun selamatlah tinggal kepada anda semua... Moga berjumpa lagi... Kalau tak di dunia, biarlah di Syurga sana~ Ameen~

Seterusnya, Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang berkenaan... Kepada yang dah tua, dan yang hampir tua, atau yang dah sedia tua, Selamat Hari Lahir kepada anda! Penulis bukan tak mahu mendo'akan, tapi disebabkan tempoh atau had umur entum telah Allah tentukan, jadi tak dapeklah nak do'a 'semoga panjang umur'. Tapi sebaliknya, semoga umur yang Allah kurniakan itu, tak kiralah sama ada pendek atau panjang, moga ianya diberkati dan dirahmati... :)

Dan mungkin ini 'selamat' yang terakhir. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Atau yang paling penulis suka, SELAMAT BERKORBAN.

Kalau zaman para anbiya' dulu, Nani Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s, kita di zaman serba canggih dan advance ni, apakah yang telah kita korbankan? Setimpalkah pengorbanan yang telah kita lakukan demi melayakkan diri kita ke JannahNya?

Apakah yang telah kita korbankan sepanjang hayat kita ini? Hati dan perasaan? Jiwa dan raga? Harta dan kemewahan? Atau jasad dan nyawa? Yang mana satukah? Ceciter ceciter~

Hmmm... Semuanya adalah bentuk-bentuk pengorbanan. Sesuatu yang kita sayangi atau ingini, tapi kita tahan dari menuruti, itulah pengorbanan. Kita nak bersuka-ria, joli sana sini, tapi kita tahan semua tu, sebalkinya sedekahkan apa yang kita ada pada yang lebih memerlukan. Itu dikira pengorbanan.

Kita tengok ramai orang zaman sekarang, atau lebih molek lagi kita panggil pasangan yang berkasih-kasihan (ouh gelinya tekak ambo), tak kiralah sama ada dengan jalan halal atau sebaliknya, kita pun nok jugok! Amboih dok gatai naa! Tapi oleh sebab kita tau kita tak mampu, kita tahan nafsu dari dituruti, dan kita bersabar demi sebuah ikatan suci (ececeh...)... Padahal kita boleh je nak buat cenggitu jugak. Dengan cara yang haramlah tapi kan. Tapi kita rela berkorban. Ini pun dipanggil pengorbanan apa???

Tahap pengorbanan seseorang itu bergantung kepada kekuatan seseorang itu dalam menghadapinya. Aiseh, dalam Al-Qur'an dah banyak kali Allah sebut, mafhumnya, takkan dibebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Jadinya, kalau awok tu dop buleh nok tanggung sesuatu masalah tu, tak dop la Allah bagi ke awok ye dop??

Kesimpulannya, pengorbanan itu mungkin, memberi kesusahan sikit pada kita. Ye lah, nak korbankan perasaan, duit yang dah memang tinggal seciput, ingat senang ke??? Memang susah sikit. Tapi impaknya, memang maksima! Sesuailah dengan pepatah, bersuah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak pun, kalau awok tokse gak, buleh jugok, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudie! Ikut kat awok la deh! Kawe tokse keno bakor dale api. Kalau awok nok, buleh jah. Kawe tengok awok dari jauh deh~



Renung-renungkan, dan selmat beramal ! :)