09 March 2012

Saya Tahu Awak Cantik | iluvislam.com discover the beauty of islam

Saya Tahu Awak Cantik

Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.
Dia melangkah rapi, umpama  langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.
Pakaiannya canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat. Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat sungguh wanita ini.

Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia tidak tahu yang sebenarnya dia cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang arjuna, itu dia tidak sedari dan tidak tahu.
Sebab apa dia tidak sedar dan tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada pandangan mata bukan pada orang yang selayaknya. Kalau dia tahu akan kecantikannya, sudah tentu dia tidak perlu menghebahkan kepada orang lain, orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk menjatuhkan hukum kecantikan padanya.
Hari ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.

Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu.
Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak  dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...
- Artikel iluvislam.com

08 March 2012

Muktamar n Induksi 2012~

Assalamualaikum wbt~~...baru-baru ini,(sebenarnya sudah 3 bulan berlalu~~haha)..berlangsungnya Muktamar Mini Pepias PJ 12/13 bg melantik pimpinan baru yang akan menggantikan pimpinan lama yang akan melanjutkan pelajaran mereka di UIA Gombak.InsyaAllah, semoga perjalanan kami membawa nama Pepias PJ berjalan dengan lancar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Taaruf Kubra, Pengenalan Pepias, Perbincangan Misi Visi, Halatuju, Organisasi dan Bidang Tugas, SWOT dan POA(Plan of Action). Banyak adegan yang menarik, pelik, kaku, dan macam2 lagi mungkin kerana kami masih baru, dan dalam proses menyesuaikan diri dan mencari kesefahaman masing2.

 Dan berikut ialah nama senarai pimpinan baru bagi PEPIAS PJ 12/13


Pengerusi Perhubungan
Mohamed Zahrul Anuar bin Khairullah

Timbalan P.Perhubungan
Muhammad Zaki bin Zainuldin

Ketua HELWANI
Nur Fatihah binti Mustapha

Tim.Ketua HELWANI
Nur Azyhani binti Husaini

Setiausaha
Nur Shahirah binti Sulaiman

Bendahari
Abidatul Husna binti Adnan

Biro Dakwah & Tarbiyyah
Mohd. Husaini bin Mohd Rafi
Haris bin Abdul Razak
Aimi Syahirah binti Azmi
Raihan Farhana binti Rafiee

Biro Latihan & Kepimpinan
Muhammad Afiq Ikhwan b. Daud
Aida Najwa binti Abd. Ghani
Fatin Izzati binti Saiful Bahri

Biro Perhubungan & Infromasi
Azarith Sofea Shaqqira binti Zaimi
Nurul Amnani binti Ghazali

Biro Pembangunan Sosial
Amirah Farveen binti Basheer Ahmad

Biro Dana & Ekonomi
Nurul Syifa' binti Nordin

Biro Sukan & Rekreasi
Dzuumirah 
Fathaen 
Akmal Hakim bin Roslee

Gambar dibawah diambil semasa program induksi telah tamat.


Apa2 pun, kami takkan lupakan jasa mantan2 Pepias PJ yang sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk memberi tunjuk ajar kepada kami yang belum cukup pun setahun jagung. =P
Terima kasih yang tak terhingga untuk anda semua. =)


Tidak sampai sebulan selepas perlantikan itu, kami mengadakan induksi bg pimpinan baru yang diadakan di Masjid Sungai Tua,Cheras.....seiring dengan induksi bagi PMG 12 yang turut berkongsi tempat untuk diadakan induksi pelbagai perkara kami belajar seperti skop tugas kami dan sbgainya....tanpa disedari, hubungan antara ahli kami juga semakin rapat melalui aktiviti dalam induksi ini..kami juga sedar yang amanah yang kami pegang ini sungguh berat sehinggakan untuk memikirkan visi bagi pimpinan kami pun sudah mengambil msa yg agak lama...namun, itu sebenarnya lebih menguatkan pimpinan kami bagi menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan istiqamah...Tahniah dan Takziah pimpinan 12/13


05 March 2012

miyuQiu: mitos tentang uia


mitos tentang uia

Assalam..

Bila aku kerja kat Sony ni, ramai yang terkejut bila aku cakap aku belajar kat uia. Apasal ek? Takde rupa budak uia ke aku ni? Aku pun tanyalah persepsi they all pasal budak uia. Nilah jawapan yang biasa aku terima.

Semua budak uia hebat berspeaking
Kata international Islamic university. Full of international students. So, they expect we can speak English very well. Haha. Mitos semuanya tu. Aku sebagai salah seorang student uia tak rasa pun aku dan kengkawan aku hebat berspeaking. Lebih kurang je dengan budak-budak uni lain. Cuma lebihnya kami bila kami ada peluang nak practice speaking tu. Nak interact denganinternational students kan? Tak kan nak cakap melayu. Faham sikit-sikit je they all tu.

Ko budak uia ek? Mesti ko pandai cakap arab kan?


Ni lagi satu. Aku tau lah uia tu penuh dengan pak arab. Aku tau lah kitorang belajar bahasa arab time kat matric uia dulu. Tapi tak la bermakna budak uia mesti pandai cakap arab. Betulkan persepsi korang itu. Hanya orang yang betul-betul berminat je yang fasih berbahasa arab.

Semua budak perempuan uia bertudung labuh, berbaju kurung, berjubah dan bersopan santun


We hold the "Islamic" title. That's why most people think that we are Islamic. Tapi kalau nak tau Islamic tahap mana kami ni, try test datang uia. Kalau zaman awal-awal pembukaan uia dulu, mugkinlah korang boleh tengok senario most of the muslimah are wearing hijab to cover their aurah. Tapi sekarang, yang sekadar tutup rambut dengan shawl je pun ada. Bila keluar dari uia je terus hilang shawl. Rambut pun dah berkaler-kaler. Itulah hakikatnya.

Course yang ditawarkan kat uia hanyalah course yang Islamic sahaja
Haha. Ini memang tak boleh blah. Sebut je Islamic, kena belajar yang Islamic la ek? Hey, come on la! Kita sebagai muslim ni kena tahu juga pasal bidang lain salain dari bidang Islamic. We have to master them as it is our duty to theummah. It's a fardhu kifayah. Tak kan nak bukak pusat pengajian islam tapi belajar usuluddin semata-mata. Siapa nak jadi ilmuwan Islam dalam bidang kejuruteraan? Perubatan? Siapa nak jadi lawyer yang berpegang pada hukum Islam? Jadi, uni Islam la salah satu platform untuk belajar ilmu selain ilmu agama Islam ni sebab kat uni Islamic la salah satu tempat nak dapat ilmu dunia dan akhirat.

Budak uia pandai-pandai
Ini, aku lagi tak faham. Mana ntah they all dapat info ni. Dah tu, budak-budak uni lain tak pandai ke? Kalau tak pandai tak kan masuk uni kot. Ye tak?