20 May 2012

Satu Penerbangan

Bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan sebuah negara lain iaitu kubur dan akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangam, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semua orang akan dapat menerima jemputan penerbangan ini pada bila-bila masa bermula dari sekarang tidak kira bangsa, umur mahupun jantina.

* Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Mas, tetapi melalui Al-Jenazah.

* Bekalan kita bukan lagi bagasi seberat 20 kilo, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, ianya atas kesudian  
   Pencipta kita.

*Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton. 

* Pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.

* Pasport kita bukan Malaysian, British atau Arabian tetapi Islam.

* Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'

* Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

* Layanannya bukan lagi kelas bisnes atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

* Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi liang lahad di tanah       perkuburan.

* Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan dihampari permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

* Pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Mungkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Universal Studios Singapore tetapi Syurga atau Neraka.

* Tidak perlu melalui pegawai kastam dan alat pengesan.

* Lapangan transit adalah Al-Barzakh.

* Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan digunakan walaupun ada berjuta-juta ringgit.

* Tiket penerbangan tidak terhad, semua orang berhak mendapat sekali, jadi tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risau malsaha alergi atau halal-haram makanan.

* Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

* Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

* Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita baik!

* Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang ekslusif untuk penerbangan tersebut. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh! 'Sekiranya' anda boleh!

Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa 'notis'. Cuma pesanan bahawa nama ANDA telah tercatat dalam rekod untuk penerbangan pada BILA-BILA MASA
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT?


15 May 2012

Kisah Rasulullah S.A.W. dengan sebiji limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa bersama beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik  sungguh buahnya. Siapa yang lihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerima dengan senyuman yang gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda..Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya, Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

    "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masa semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

>> Macam tulah akhlak Rasulullah SAW terhadap orang2 di sekeliling. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari bukan orang Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa, mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak Rasulullah SAW.

Refleksi diri: Adakah kita seperti akhlak Rasulullah SAW seperti kisah di atas? Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita, cubalah dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Better late than never.. it's not easy to practise, but it's not hard to try. 

13 May 2012

Jauhi Riak




إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142) 



Sama2 lah kita bermujahadah, sahabat2 saling memperingatilah antara satu sama lain, sesungguhnya tidak rugi air liur kita untuk memberi nasihat kepada orang lain, malah insyaAllah diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sekiranya sahabat kita yang lain terlanjur dalam sesuatu perkara, maka kita yang menyedari perbuatan tersebut segera menegur dan memberi nasihat. Jangan mudah memberi hukuman terhadap seseorang dengan mengatakan itu ini, sebab kita tidak tahu apa yang tersingkap di hatinya pada waktu itu. Semoga Allah merahmati kita semua, Allahu Akbar!