17 May 2013

HARI GURU

Assalamualaikum [PEPAYA]. :)

Terimalah cerpen yang tak berapa sempurna daripada saya. ^^

BUKAN SEKADAR GURU

Tatkala matahari di ufuk sana, dia menongkat dagu. Mengenang kembali nasib dirinya. Genangan air matanya tidak lagi dapat diseka.

Bergelinangan turun membasahi pipinya. Dia begitu terkesan dengan apa yang dilalui hari ini. Terasa sangat berat bahu ditarik ke bumi. Dia sedar, jalan yang dipilihnya sebagai Penolong Ketua BADAR bukanlah sesuatu yang mudah. Dan dia juga sedar banyak rintangan yang bakal dia hadapi.

Tanpa dia sedar, muncul suara yang dirinduinya. Menegur tanpa sangka. Dia terkesima. Tubuh yang sederhana tinggi itu berdiri di belakangnya tanpa disedari. Seorang lelaki berumur lingkungan 50an itu tiba-tiba memegang lembut bahunya.

Ayat2 pujukan dilontarkan yang bertujuan untuk menguatkan kembali dirinya. Lelaki itu tenang berkata kata. Setiap madahnya sangat bermakna.

Kemudian, beliau mengakhiri madahnya dengan seukir senyuman. Dia membalas dengan ikhlas. Diseka air mata yang dari tadi tidak berhenti mengalir.

Aku harus kuat! Seraya dia bermonolog sendirian. Tidak ada jalan mudah dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Hatinya membara. Bersemangat.

Lelaki itu perlahan meninggalkan dia sendirian. Dia kemudian terkaca. Begitu banyak pengorbanan lelaki tersebut kepadanya. Selama ini, dia tidak menyedarinya.

Lelaki itu seorang guru. Seorang ustaz. Dan juga merupakan ayahnya. Yang membantunya menempuhi saat2 sukar dalam hidup dia. Dia tersenyum. Ikhlas. Lelaki itu bukan hanya seorang guru, ustaz dan juga ayah baginya. Beliau juga merupakan tulang belakang baginya untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama Ilaahi di muka bumi ini. Dia sedar dia seorang khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk memakmurkan bumi.

Cerpen ini ditujukan utk guru2 di seluruh negara dan juga kepada ayah saya yang merupakan seorang guru di sekolah yang sama tempat saya belajar. Terima kasih, guru. Selamat hari guru! :)

nukilan ~penulis muda~ ukhwah fillah.

JODOH. PERLUKAH DICARI?

Assalamualaikum [PEPAYA]. :)

Terimalah coretan terakhir saya sebelum bertolak pulang ke rumah untuk cuti sem. ^^

renung-renungkan, selamat beramal. :)

KEBAHAGIAAN DALAM PENCARIAN

"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"

"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.

"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.

Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!

Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan.

Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...

Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya... insyaAllah!

#demi manfaat bersama, renung-renungkan. :)..wasalam~



hasil nukilan
~A'A~

KEMAAFAN SESUATU YANG INDAH

Assalamualaikum. [PEPAYA]. :)

Pimpinan semua kepenatan ke setelah selesai meeting tadi? :)

marilah kita tenangkan sedikit minda kita dalam pada masa yang sama merawat rohani dengan sedikt tazkirah.

Mulia Memaafkan & Menahan Marah 

 Saya sediakan beberapa hadis dan potongan ayat al-Quran.

renung-renungkan..selamat beramal. :)

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya." (Hadis Riwayat Muslim)

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (Hadis Riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran : 133-134)

Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (Hadis Riwayat Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Taghobun : 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Nuur : 22)


#Meminta maaf itu adalah satu perkara yang mulia, namun adalah lebih mulia untuk memaafkan orang lain. 

#Bersabarlah kamu pada kebanyakan masa. kerana kesabaran itu dapat menjaga hubungan kita dengan insan lain.

#Tidak sempurna iman seseorang muslim sekiranya kamu tidak mengasihi saudara kamu sendiri, sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

hasil nukilan
~A'A~