22 June 2013

SABAR ITU TANDA IMAN

 Assalamualaikum ahli usrati sekalian. ahaaa, lama sudah hamba tidak bercakna di sini. rindukan hamba?? kalau begitu, moh la kite bace sat naa..   :)

Sabar Atau Bunuh Diri?



Pernahkah anda mengalami stress yang melampau? Mungkin ada antara kita yang pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan seperti membunuh diri dan mencederakan diri sendiri ketika menghadapi tekanan yang melampau.

Ada juga yang gemar menjerit terpekik terlolong ketika stress menyelubungi diri. Saya sendiri contohnya, pernah menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata kerana memesan semua menu yang terdapat di McDonald akibat stress yang melampau.


Syeikh al-’Arifi, seorang penulis buku Arab yang terkenal menceritakan kisah beliau tatkala beliau berkunjung ke Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi sahabatnya Khalid. Dalam pertemuan itu, Khalid mengajak beliau untuk menziarahi sahabat mereka berdua, Dr. ‘Abdullah. Dr.
‘Abdullah merupakan seorang cendekiawan yang terkenal dengan akhlak yang mulia dan beliau sentiasa tersenyum.
Kisah Dr. ‘Abdullah ini cukup menyayat hati. Beliau diuji dengan dugaan yang sangat kuat oleh Allah S.W.T.

Suatu hari, anak lelaki sulung beliau membawa semua ahli keluarganya ke satu kenduri perkahwinan tidak jauh dari rumah mereka. Hanya Dr. ‘Abdullah yang tidak ikut serta ekoran tuntutan kerjaya beliau di universiti. Siapa sangka itulah kali terakhir beliau hidup bersama mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu anak sulungnya kemalangan dan mengorbankan keseluruhan ahli keluarganya, kesemua 11 orang!

Walaupun Dr. ‘Abdullah selalu bersabar apabila menghadapi pelbagai ujian, tetapi beliau tetap seorang manusia biasa. Beliau tetap punya hati dan perasaan dan mata yang bisa menangis. Dia juga mempunyai jiwa yang kadangkala gembira dan kadangkala sedih.

Sungguhpun berita itu sangat merapuhkan hati, beliau tetap menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan mereka dengan tangannya sendiri. Setelah selesai pengebumian, Dr. ‘Abdullah pulang ke rumahnya yang pernah dihuni oleh anak-anak dan isteri beliau. Dengan hati yang masih terluka, beliau mula menjelajah ke segenap pelusuk rumah. Sunyi, sangat sunyi. Tidak seperti sebelumnya.

Beliau memandang mainan yang terbiar di atas lantai. Tiada lagi Khulud dan Sarah yang riang bermain dan kadang-kadang berebut permainan sampai bertelingkah kecil. Sungguh girang hati-hati suci itu!

Beliau menjenguk kamar tidur beliau dan isterinya. Matanya tertancap pada katil yang tidak dikemas kerana tiada lagi Ummu Salih, isterinya yang dicintai sepenuh hati yang setiap pagi akan mengemas katil mereka berdua tanpa bersungut.

Basikal Yassir sepi sendirian tersandar pada dinding rumah. Tiada lagi pemuda mulia itu yang setiap petang akan menunggangnya ke pekan.

Beliau masuk ke kamar anak gadis sunti beliau yang sudah merancang untuk berkahwin dengan pemuda soleh pilihannya sendiri tidak lama lagi. Pakaian pernikahannya masih elok tersusun tidak terusik apatah lagi dipakai.
Masya-Allah. Kamu menghadap-Nya di saat-saat pernikahanmu semakin hampir!

Alangkah hebatnya seorang hamba Allah redha akan ketetapan Tuhannya. Sesiapa sahaja yang melihat beliau ketika mendapat ucapan takziah daripada orang ramai akan pelik. Kerana seolah-olah yang meninggal itu bukan sesiapa baginya. Malah beliau yang sebaliknya menasihatkan tetamu yang datang dengan tazkirah ringkas beliau.

Beliau sentiasa mengulang, “Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Segala yang Allah kurniakan, itu kepunyaan-Nya. Segalanya telah Allah tetapkan.”

Bayangkan jika beliau tidak redha dan bersungut atas kehilangan mereka. Lama kelamaan, beliau akan mati kerana kesedihan yang melampau. Kerja tidak akan menjadi. Hidup tidak dapat diteruskan dengan sempurna.

Benar sahabatku! Jangan kamu cuba untuk bunuh diri dan janganlah setiap kali kamu berbual dengan orang ramai, kamu mula bersungut terhadap dugaan Allah sampaikan orang lain mulai jemu dengan kerenahmu.

Contohnya apabila seorang isteri kerap sekali mengadu kepada suaminya, “Bang, rumah ni dah lama sangat dah.. Bang, kereta buruk tu dah selalu sangat masuk bengkel.. Bang, baju ayang dah out of fashion..”

Sudah tentu lama-kelamaan si suami akan menjadi bosan dengan sikap isterinya itu dan tidak mustahil andainya si suami tersebut mula mencari-cari bakal isteri baru.

Adalah lebih elok kalau kita terima segalanya seadanya. Tidak guna mencemuh mengatakan itu begitu, ini begini, yang itu begitu, yang ini begini.

Ingatlah wahai diri dan sahabat, dugaan itu tidak merupa dalam bentuk kesusahan sahaja, malah kesenangan yang ada sekarang juga adalah dugaan. Dugaan yang diciptakan untuk menguji hamba-Nya yang bersyukur dan hamba-Nya yang kufur.
Wallahu’alam.

sekian daripada ambo yg tak seberapa ni..  :)

20 June 2013

JANGAN SEKADAR HADIR, TETAPI HAYATI :)

assalamualaikum :) penat ke? sibuk nak menyesuaikan diri dalam sem baru ni? ahaaa, dalam pada itu, jangan tinggalkan majlis ilmu ye.

ADAB TERHADAP ILMU

Dalam menuntut ilmu, kita hendaklah melazimi 3 perkara iaitu:

-ilmu
-belajar
-guru

Antara perkara yang perlu kita jaga dalam menuntut ilmu adalah dengan memuliakan kitab. Kita hendaklah menghormati kitab, Sebagai contoh:

-membawa kitab dengan meletakkan kitab dekat dengan dada.
-jangan gunakan kitab sebagai alat lain sebagai contoh menggulungnya dan menjadikannya sebagai pembesar suara
-jangan menggunakan kitab sebagai tempat menyimpan barang sebagai contoh duit, nota-nota dan barang-barang yang bersifat duniawi


Selain itu, kita hendaklah memuliakan guru. Antara adab-adab yang perlu kita amalkan dengan guru adalah:

-memberi laluan kepada guru (tidak menghalang laluannya)
-menghormati ahli keluarga guru (anak-anak, suami/isteri, ibubapa)
-menghormati guru walaupun guru itu tidak berhadapan dengan kita (di dalam tv ataupun komputer)
-tidak melintas di hadapan guru
-tidak duduk di tempat guru
-kurangkan berbicara dengan rakan ketika guru sedang berkata-kata
-tidak bertanya soalan yang membosankan guru (soalan yang tidak relevan)
-tidak mengetuk pintu bilik guru, tunggu sehingga guru keluar (tidak mengganggu waktu rehat guru)

Hendaklah kita mencari redha daripada guru kita selagi mana perintahnya itu tidak menyalahi syariat Islam. Sejurus itu, ustaz menyambung, hormat itu adalah lebih penting daripada taat.

Sekian, hayati pengisian talaqi untuk minggu ini. Sampai di sini saja coretan pada hari ini.

hayatilah ye. renung-renungkan. selamat beramal :)

~fi amanillah~
-wasalam-

03 June 2013

Apa Tujuan Kita Sertai Usrah?

Assalamualaikum semua! :) Best cuti?? Haha,, cuti tu cuti jugak ye, tapi jgn terlampau leka dgn benda-benda yang lagha tau.

ahaa,, ni nak tanya sikit, cuba kita ingat balik, apa sebenarnye tujuan kte masuk usrah ni? sebab kawan? minat jadi fasi? atau nak tarbiah diri? haaa, siapa makan pedas, terasa la cilinyee ye. Haha XD

okay lahh semua, jom bce skit. hayati fahami. renung-renungkan. selamat beramal. :)

Aku Ingin Menjadi Baik


"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.

KEINGINAN UNTUK BERUBAH

Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.

Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,

"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."

BERSYUKUR

Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan.

Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.

Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.

Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!

Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?


sekian, terima kasih. :)