20 June 2009

VISI

Menjadikan PEPIAS PJ sebagai wadah untuk melahirkan mahasiswa rabbani dengan mengasimilasikan sepenuhnya nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

MISI

Memastikan setiap ahli PEPIAS PJ mempunyai kefahaman dan penghayatan yang syumul tentang asbab kejadian manusia serta kepentingan ilmu.

HALATUJU

- Mengeratkan ukhuwah sesama ahli secara istiqamah.
- Memperkukuhkan budaya ilmu.
- Menstabilkan perbendaharaan atau dana PEPIAS.
- Menerapkan semangat aktivisma dalam setiap ahli.
Hazrat Abu Bakar r.a dan Hazrat 'Umar r.a berlumba dalam Menderma.

Hazrat 'Umar r.a menceritakan, "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah s.w.t. Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta. Saya telah berkata sendirian, "Kebetulan pada ketika itu aku mempunyai harta. Sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a maka inilah masanya.
Setelah berfikir sedemikian, dengan perasaan gembira saya pulang ke rumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada di rumah. Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Saya telah menjawab, "Ada sedikit."
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapakah yang kamu tinggalkan?"
Saya mennyatakan, "Saya tinggalkan separuh."
Hazrat Abu Bakar Siddiq r.a telah membawa kesemua harta yang ada di dalam rumah beliau. Rasulullah s.aw bertanya, "Abu Bakar, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Beliau menjawab. "Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka." Yakni beliau tinggalkan keberkatan nama Allah s.w.t dan RasulNya serta keredaannya untuk keluarga beliau.
Hazrat 'Umar r.a berkata, "Sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a."
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda bahawa pada setiap hari di waktu Subuh, dua malaikat akan turun dari langit. Satu berkata, "Wahai Allah, berilah balasan kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya." Malaikat yang keduanya berkata, "Wahai Allah, binasakanlah harta sesiapa yang menggenggamnya (iaitu bakhil)."

Hazrat Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat r.a, "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka atau mereka memenggal leher kamu?" Para sahabat berkata "Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Zikrullah."