17 July 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



selepas baca silakan share..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Nak Regur Sikit Ni!!!



Salam. 

Ni nak minta perhatian sikit. Sikit je, tak banyak mana pun. 

Para perempuan sekalian, tolong jaga cara pemakaian korang. Apa, korang ingat semua lelaki baik?

Jalan tunduk, mata tak merayap, tangan tak gatal nak meraba, kaki duduk diam tak gerak mana-mana dan seumpamanya hanyalah kisah dongeng fantasi ciptaan dunia perempuan semata-mata. 

Minta maaf, aku sendiri tak percaya kepada lelaki. Kalau lelaki sendiri tak percaya kepada lelaki, perempuan sepatutnya tak percaya kepada lelaki lebih-lebih-lebih lagi. Maaf. Nahu dengan ejaan lintang-pukang. Abaikan kesilapan tersebut dan tumpukan kepada mesej yang ingin disampaikan. 

Aku pelik bin ajaib betul. 

Pakai tudung, tangan baju pendek. Pakai tudung, baju lengan panjang, tapi ketat pulak. 

Hei, orang suruh tutup aurat la, bukan balut aurat! Nampak macam marah kan? Bergantung kepada nada yang korang gunakan waktu baca la. Kalau marah, marah la bunyinya. Tanda seru tu sekadar penegasan terhadap ayat. Tu je. Tak lebih, tak kurang.

Aku ni boleh je nak melampaui batas. Aku ni bukannya baik sangat pun, cuma sekali-sekala tu aku teringin jugak nak jadi budak baik. Ye la, sampai bila aku nak jadi aku-bukan-baik-sangat ni kan? Fitrah manusia, suka kepada kebaikan dan korang jangan lupa, fitrah lelaki, suka kepada aurat perempuan. 

Tu bagi yang normal la. 

Nak tak nak, mata ni akan merayap jugak. Ni jujur, serius tak poyo. Hah, senang-senang aku dapat dosa kering. Dah la aku ni susah nak buat pahala, tambah dengan dosa kering tu, jadi minus pulak amal kebaikan aku. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Aku jadi lelaki dah lama dah. Korang apa tau? Perempuan.

Nak aku bagi cadangan kat korang yang cakap ”tak sampai seru lagi” ni?

Betul?

Jangan menyesal ae?

Senang je nak tutup aurat ni. Korang tutup sekadar yang korang mampu, tapi konsisten. Dalam masa konsisten tu, korang tutup pulak menyeluruh secara perlahan-lahan. Aku tau, susah nak tutup aurat bagi perempuan ni. Panas. Kalau Malaysia sejuk boleh consider lagi. Tapi tu la ujiannya. Baru challenging! 

Heh, aku cuma pandai suggest je. Aku sendiri tak pakai tudung, nak komen lebih pulak. 

Well, aku lelaki kot. 

Hehe.

Oh, ya. Sebelum terlupa. Gambar dekat fb jangan hardcore sangat. Saham dosa bertambah tu.

p/s: aku dalam artikel ini merupakan seorang lelaki biasa yang sedang cuba menjaga pandangannya. jangan biarkan usahanya menjadi sesuatu yang sia-sia!

09 July 2013

Renungan Kita Bersama. In shaa Allah.

 FITNAH PADA AGAMA


Saya seorang yang berlatar belakang agama yang biasa. Oleh kerana Abah adalah seorang ustaz, saya juga kadangkala mendapat tempiasnya. Alhamdulillah persekitaran yang baik menjadikan saya terdedah dengan perkara yang baik dan sentiasa mahu lakukan yang baik.

Namun cabaran duniawi tidak dapat lagi dinafikan. Semakin saya membesar dan mengenali ramai orang, saya semakin tertarik dengan pelbagai cara hidup yang indah dan mempesonakan. Gaya hidup kebendaan dan hiburan. Saya sendiri merasa rugi jika saya tidak mencubanya. Namun kadang kala latar belakang agama saya menghalang saya untuk mencubanya. Maka saya rasakan hidup saya terbatas dan terkongkong.


Entah dari mana datangnya bisikan yang banyak menyuruh saya mencuba pelbagai nikmat dunia. Maka saya mencari banyak dalil yang membolehkan saya untuk mencubanya seterusnya ‘menghalalkan’ perbuatan saya dan mungkin membuatkan saya berasa tidak berdosa.

Atas nama kesederhanaan, saya mula berpendapat hidup ini perlu seimbang. Dunia pun kita kejar, akhirat pula jangan kita tinggalkan. Maka saya mula berjinak-jinak dengan banyak hal dunia. 

Hiburan, bergaul rapat dengan bukan mahram dan mementingkan harta. Dalam masa yang sama saya juga bersolat. Malah saya jarang tinggalkan solat berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid yang berdekatan.

Saya juga menyertai beberapa organisasi keagamaan kerana saya cenderung dan minat dalam bidang dakwah. Sekiranya ada program dakwah, saya tidak akan tegah untuk menolaknya jika ada yang mengajak. Malah ada yang memanggil saya ustaz kerana kadangkala saya berpeluang berceramah di hadapan umum dan mampu mengeluarkan hadis dan ayat Al-Quran. Alhamdulillah…

Pada satu saat saya merasakan diri saya bagus. Saya lakukan aktiviti dakwah. Saya berkelakuan baik dan dihormati ramai orang. Hanya dengan penampilan saya, mereka merasakan saya baik. Tetapi dalam kebaikan itu, tanpa sedar saya juga banyak melakukan perkara yang batil dan dosa. 

Saya sudah kurang menjaga batas pergaulan. Kata-kata saya mula celupar. Usikan saya kadangkala mengguris hati ramai orang. Di saat inilah bila saya amati dan fahami keadaan diri saya, rupanya saya sudah jauh tersilap langkah. Tidak hairanlah saya selalu mengalami kegelisahan yang saya tidak tahu dari mana puncanya.

Hati saya mula berbolak-balik. Akhirnya saya akur dan bertekad untuk menghentikan semua pemahaman saya dahulu. Nampaknya kefahaman saya sebelum ini menjerumuskan saya dalam dunia fitnah yang sungguh besar. Fitnah pada agama.

“Alah, selalu pergi surau pun keluar dating juga”
“Selalu jadi imam, ada parti pun pergi, siap berkaraoke lagi”
“Dia yang tak tinggal solat pun boleh buat jahat, aku ni lagi la boleh”

Sedikit sebanyak perkataan di atas terdengar di telinga saya. Walaupun perkataan itu tidak ditujukan kepada saya, saya seperti terasa dan saya tahu ia adalah salah.

Hati saya terasa sungguh berdosa kerana telah menyumbang kepada fitnah ini. Saya mula menyesal dengan perkara yang saya telah lakukan dan bertekad untuk menghentikannya. Biarpun tidak mampu meninggalkan semua, namun saya mesti mencuba.

Semoga Allah mengasihani saya dan memberi kekuatan kepada saya untuk terus menentang arus duniawi yang selalu menjatuhkan nilai iman di hati saya.

Saya mula sedar kebaikan dan kejahatan tidak boleh dicampur aduk. Jika seseorang telah bertekad mahu menjayakan bidang dakwah, beliau juga perlu bertekad untuk menjaga setiap tingkah lakunya supaya manusia lain bukan hanya mendengar dari mulutnya atau membaca dari penulisannya, malah pada perbuatannya setiap hari.

Seorang pendakwah berusaha menjadikan dirinya orang yang mampu membawa agama biarpun berada dalam arus duniawi yang menentang gerakan dakwahnya. Di samping membuat beberapa pembaharuan kaedah yang seiring dengan perkembangan dunia moden, tetapi masih tidak lari daripada syariat agama.


“Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 42)

Sedih tak kalau tahu bahawa perbuatan dan tindak tanduk kita menjadi fitnah pada agama? Mesti sedih kan. Rasa hina sangat sangat. Oleh itu, mari kita sama sama renungkan kisah ini. Selamat beramal.

sekian
~A'A~