Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seorang penyeru akan menyeru pada hari kiamat, di manakah mereka yang bijak?"
Orang ramai bertanya, "Siapakah yang dimaksudkan orang bijak?"
Jawab baginda S.A.W., "Mereka itu ialah orang yang mengingati Allah S.W.T. sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring (yakni dalam setiap keadaan mereka mengingati Allah S.W.T.). Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, "Ya Allah, tidaklah Engkau mencipta ini (semua) dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada seksaan api."
Satu bendera akan disediakan untuk mereka. Mereka semua akan mengikuti bendera itu dan dikatakan kepada mereka,"Masuklah ke dalam syurga untuk selama-lamanya."
No comments:
Post a Comment