23 May 2014

Pemimpin. Usah lupa diri

"Rasa tak sedap lah."

-"Apsal pulak kau ni?"

"Satu benda aku tak minat jadi pimpinan ni, ialah bila kita duduk dengan VIP. Kawan-kawan kita kena beratur ambil makanan, kita pulak makan dah terhidang. Kejap ea."

-"Kau nak ke mana pulak ni?"

"Aku rasa kek tiramisu ni aku tak payah makan kot. Nak bagi kawan aku. Sian diorang kena beratur ambil makanan. Bagilah diorang rasa kek ni."

.

.

.

Sahabat Mutah yang baru sampai tadi mengajarkan kepada saya erti tawaduk.

Maafkan saya. Kalau saya tak beratur bersama kalian. Maafkan saya, kalau saya tak sempat tolong cuci pinggan bersama kalian di belakang dewan. Maafkan saya, kalau asyik bersama dengan "orang-orang besar" sehingga terlupa nak lepak minum di bawah tanah bersama kalian.

Maafkan saya.

22 May 2014

Ujian itu nikmat, nikmat itu ujian



"Allah does not burden a soul beyond it can bear"

 Pernah tak, anda rasa anda diuji oleh Allah?

Kalau tak pernah tu, bahaya tau.

Ujian itu tanda Allah sayangkan hambaNya.

Sangat beruntung sesiapa yang diuji Allah tau :)

sebab tu dikatakan ujian itu nikmat.

kerana ujian itu tanda Allah masih sayangkan kita.

sebab lain pula ialah ujian itu adalah kafarah dosa.

haa, nampak tak nikmat kat situ?

daripada kesusahan Allah bagi kat kita, Allah akan ampunkan dosa dosa kita.

best kan?? :')

nikmat itu ujian pula maksudnya bila kita mendapat sesuatu nikmat, atau rezeki

sebenarnya Allah nak uji kita samada kita bersyukur atau tidak

tamak atau tidak

gunakan nikmat itu ke jalan yang baik atau sebaliknya

haaa, nampak tak ujian di sebalik nikmat tu?

jadi sentiasa ingat ya. . .

"ujian itu nikmat, nikmat itu ujian"

Hati ^^

*baca dengan nada berdebat*

Bila mana kita sebut mengenai masalah hati,

saya boleh katakan hampir setiap manusia di muka bumi ini, mempunyai masalah hati.

Kenapa? dan mengapa hal ini berlaku?

Nahh, jawapannya mudah.

Kerana, kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia.

Andaikan jika kita berinteraksi dengan pokok.

Agak-agak anda, akan wujudkah masalah hati di situ?

Sudah tentu tidak, bukan?

Nahh, penerangannya cukup mudah.

Manusia diciptakan mempunyai pelbagai ragam dan karenah.

Oleh itu, terpulang pada kita, untuk menerima atau tidak ragam manusia di sekeliling mereka.

Memang, saya percaya, akan ada mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya katakan ini.

Atas alasan dan hujah mereka, mengatakan ragam dan karenah mereka boleh diubah sekiranya
mereka ditegur.
Ya, memang benar, saya setuju.

Namun, di situ timbul persoalan iaitu, menegur untuk membina, atau menegur untuk menjatuhkan.

Di situ letaknya anda terima ragam mereka atau tidak.

Wahai manusia sekalian, ketahuilah, Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza.

Oleh itu, menerimalah kita terhadap orang lain.

Dan janganlah kamu menilai atau menghina orang lain.

Jagalah hatimu.

Nescaya baiklah amalanmu.

Renung-renungkan, selamat beramal. :)