22 May 2014

Tahun baru ea??

"Abang, tak keluar ke malam ni?"

"Kenapa kena keluar? Perlu ke?"

"Malam ni kan malam tahun baru"

"Oooh, kan tak elok keluar malam."

"Hah?? Tak elok? Kenapa ya bang?"

"Yela, dalam Islam kan ajar tak elok keluar lepas maghrib. Banyak dosa yang boleh berlaku. Lebih baik kita elakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang lagha ni. Eloklah waktu malam ni kita penuhkan dengan ibadah, dgr, kuliah ke, tak pun ulang kaji pelajaran."

"Errr, hehe, baru tahu. Thanks abg. Selama ni adik hanya tahu tak elok keluar malam je. Tak tahu plak sebabnya apa."

"Hah, sekarang dah tahu kan? Jadi, jangan nak keluar malam lagi."

"Baik abang, sayang adik eaa? hehe"

"Cehh, perasan."




"Abang!"

Apa lagi?"

"Hehe, nak tanya. Apa azam tahun baru abang?"

"Oooh, azam tahun baru ye. Takde la dik. Maaf. Abang tak sambut tahun baru."

"Ehh, kenapa pulak?"

"Dalam Islam" belum sempat abangnya menghabiskan ayat, adiknya menyampuk.

"Alamak, dah mula dah"

"Heyy, dengar la dulu"

"Hehe, baik."

"Dalam Islam, ada kalendar Islam, dan ada tahun baru bagi Islam iaitu..."

"Ma'al Hijrah kan bang?"

"Haa, tahu pun. Dah tu, kenapa nak sibuk-sibuk sambut perayaan yang bukan kita punya perayaan? Time ma'al hijrah takde la pulak nak sambut meriah-meriah, bunga api bagai. Mentaliti orang Islam sekarang ni lemah. Terlalu ikut budaya barat."

"gulp. . .baik"

"sentap?? hah, bagus."

No comments:

Post a Comment