*baca dengan nada berdebat*
Bila mana kita sebut mengenai masalah hati,
saya boleh katakan hampir setiap manusia di muka bumi ini, mempunyai masalah hati.
Kenapa? dan mengapa hal ini berlaku?
Nahh, jawapannya mudah.
Kerana, kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia.
Andaikan jika kita berinteraksi dengan pokok.
Agak-agak anda, akan wujudkah masalah hati di situ?
Sudah tentu tidak, bukan?
Nahh, penerangannya cukup mudah.
Manusia diciptakan mempunyai pelbagai ragam dan karenah.
Oleh itu, terpulang pada kita, untuk menerima atau tidak ragam manusia di sekeliling mereka.
Memang, saya percaya, akan ada mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya katakan ini.
Atas alasan dan hujah mereka, mengatakan ragam dan karenah mereka boleh diubah sekiranya
mereka ditegur.
mereka ditegur.
Ya, memang benar, saya setuju.
Namun, di situ timbul persoalan iaitu, menegur untuk membina, atau menegur untuk menjatuhkan.
Di situ letaknya anda terima ragam mereka atau tidak.
Wahai manusia sekalian, ketahuilah, Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza.
Oleh itu, menerimalah kita terhadap orang lain.
Dan janganlah kamu menilai atau menghina orang lain.
Jagalah hatimu.
Nescaya baiklah amalanmu.
Renung-renungkan, selamat beramal. :)
No comments:
Post a Comment