22 July 2010

mohon maaf dipinta sekali lagi

salam,
minta maaf byk2 kerana sdh lama tidak mengupdate blog ini..
tentu kalian terpinga-pingaMySpace bagaimana keadaan pepias cawangan petaling jaya ini...

kami disini syukur Alhamdulilah sihat-sihat sll,
walaupown sekarang, di sini musim exam,
MySpace
tetapi, kami disini semua baru sahaja join mn2 aktiviti yg
dianjurkan oleh pusat atau mn2 cawangan...
yang baru-baru ini,
pusat telah mengadakan hari keluarga pepias,
syukur alhamdulilah,
semuanya berjalan baik,
terima kasih kpd pusat yg sudi menganjurkan program sebegini
terima kasih juga kpd adik2 junior pepias pj yg sudi join skali..

Keadaan Pepias cawangan PJ???
walaupown agak sibuk sedikit dan trlupa,
syukur alhamdulilah,
kitaorg disini berjaya menganjurkan beberapa prog,
antaranya,
bengkel lakep siri 1 dan siri 2,
iftar solat hajat
serta
usrah mingguan yg kehadiran yg amat memberansangkan dr adik2 junior
terima kasih kalian trmsuk tetamu luar sudi memeriahkan majlis ilmu ini
insya Allah,
program yg terdekat
bengkel pengurusan pada 1 ogos ini
dan iftar
usrah mingguan seperti biasa

program ihya' ramadhan yg dianjurkan oleh pusat,
insya Allah,
kami disini akan turut serta...

wassalam...

23 June 2010

iftar dan bengkel mini fasilitator

Assalamualaikum,
Persatuan Pelajar Islam Selangor
cawangan Petaling Jaya

menjemput anda untuk hadir ke Iftar dan bengkel Fasilitator mini
pada
24 JUN 2010
bertempat di
SMAWP 3
majlis bermula pada 7.00ptg

aktiviti
makan berjemaah dlm talam
solat maghrib berjemaah
bacaan yassin dan tahlil
bengkel mini fasilitator

perkara yg perlu dibwa bersama
makanan sendiri (air disediakan)
yassin
alat tulis dan buku catatan

"Dan jiwa serta penyumpurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sengguhnya beruntunglah org yg menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah org yg mengotorinya" Asy-Syams: 7-10

wassalam~~ MySpace

12 June 2010

JOM FIFA!!!!!!!!!!!!!!

Salam

hehe, sempena musim bola (khas para brothers jer klu sister nak join pown bleh gak) FIFA world cup nih...
MySpace ramai yg mula menyokong pasukan bola masing2~ hehe
ader yg sokong Spain yg bakal Juara, ad yg beli jersey Jerman sbb design lawa, ad yg main bola kat padang atau PES2010 kat komp pown ader~~

semua tentang bola MySpace bola MySpace dan bola MySpace

tp janganlah kita lupa keadaan di gaza....
cuba kita jadikan perkataan FIFA itu sbg Free Islam For Al-Aqsa....
tlong ar jgn jadikan ia bermusim....

di sini ad sedikit pengisian nak dikongsi....
klu rajin, baca la... sambil2 tuh, fikirlah....

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia


Share

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.


ps: Insya Allah, usrah utk esok ditunda kpd khamis ini....


wassalam






10 June 2010

Taklimat Pengurusan Program Smart Solat di Shah Alam

MySpaceSalam,

Pada 6 jun 2010 yg lepas, JAIS tlh mengadakan taklimat pengurusan program smart solat bertempat di masjd negeri, Shah Alam. PEPIAS cawangan Petaling Jaya tlh menghantar seramai 51 orang sukarelawan fasilitator untuk taklimat pengurusan program smat solat yang dianjurkan oleh pihak JAIS.

Program yang bakal datangMySpace

Usrah
hari: setiap hari selasa
waktu: 9.00 mlm
tempat: LY atau Annex
PIC: sis Iman (013-2281945)

Rehlah
dlm proses perbincangan lg... insya Allah, sekitar bln jun atau julai

Perkampungan Orang Asli
bulan puasa, iaitu bulan Ogos...

solat hajat
tggu announcement dr kitaorg (tukang tulis blog nih lupa tarikh... hehehe sori MySpace)

ps: kepada sesiapa yg terlibat utk fasilitator utk hujung minggu ini (utk pelajar cfs IIUM PJ)... x der... insya Allah, klu info yg terbaru, kami akan inform korunk....

31 May 2010

Minta Maaf

Assalamuialaikum....
saya Asyraaf Azahari selaku wakil PEPIAS cawangan Petaling Jaya, mohon maaf atas segala kejadian smlm kpd adik2 pelajar baru(anak-anak negeri selangor) CFS IIUM dan semua org kerana tidak dpt menganjurkan Malam Tautan semalam atas sebab-sebab tertentu....

Rasanya tidak terlambat juga dari pihak kami utk mengucapkan selamat datang CFS IIUM, moga kalian dapat menyesuaikan diri kalian di alam pra-universiti...
jika ada masalah atau pertanyaan, bleh ar contact kitaorg (no kitaorg ad kat bwh nih)... MySpace

insya Allah, program yang terdekat ini, pada hujung minggu ini,
pihak PEPIAS dgn kerjasama pihak JAIS, akan menganjurkan Program Smart Solat.....
kpd sesiapa yg berminat ingin Fesi, bleh ar cnct kitaorg iaitu,
Bro Madi :013-3376268
Bro Asyraaf : 019-4168525
Sis Fatimah : 013-3905650

lagi satu, kami juga menganjurkan REHLAH (kpd sesiapa yg x paham istilah rehlah, meh ler join kitaorg, best~~ bwu korunk taw apa itu rehlah~~ hehe MySpace) nanti kitaorg akan foward msj kat korunk, klu korunk x dpt msj, tgk blog nih jer atau kat Facebook Group PEPIAS (join jerr, hehe)

klu da papa masalah, bleh ar cnct kitaorg nih... no ad kat tepi blog nih....

20 May 2010

babi pown tahu reti bersyukur~~

Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara timur tengah. Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript di bawah. Amin.

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Khinzir pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor khinzir. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang TIDAK SOLAT atau SEMBAHYANG "MySpace

Ini adalah sebuah manuskrip yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Cuba difikirkan balik, perkataan babi menjadi istiliah mencarut pada hari ini??
perlukah nak berbangga menyebut babi atau mengelarkan rakan2 kita sbg gurauan senda??
tepuk dada, tny iman....
babi pown tahu bersyukur berbanding kita yg msih tidak tahu bersyukur kpd Allah yg menghadiahkan kita mulut supaya berzikir atau berkata-kata perkara2 yg baik atau mendoakan kebaikan rakan2 kita kpdnya drpd yg asyik mencarut nama babi yg tahu bersyukur??
tidak malukah anda yg sering menyebut babi???
tepuk dada, tny hati masing2

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

so moralnya, jgan ar MySpace duk mencarut sll... ringanklah mulut kita ini berzikir kpd Allah.... syukurlah mulut yg Allah kasi nih....

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

07 May 2010

Cinta Kerana Allah

CINTA KERANA ALLAH

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

06 May 2010

Kisah Benar kasih ibu

Salam, sempena musim exam,
marilah baca sejenak sbg renungan....

sumber dr isuhangat

Kebesaran jiwa seorang ibu (True Story)

Semalam anak aku yang berada di tahun 2 bawa balik bunga dan hadiahkan kepada wife aku. Walaupun harga bunga tu hanya RM2.50 dan dikongsi bersama abangnya kulihat wife aku sangat gembira. Baru aku teringat “hari ibu’ sudah tiba.

Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang dideclaire hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun.

Selamat hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi isuhangat ni. Anda adalah insan istimewa sebab itu “syurga ada di telapak kaki ibu’. Kita lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.


Photobucket

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.

Photobucket

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!

Photobucket

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis,
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”

Photobucket

Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.


MySpace

klu bleh, telefonlah ibu kita setiap hari atau setiap minggu utk bertnya khabar,

tanpa mereka siapalah kita~~~

so, jgnlah kita menhancurkan atau melukai hati ibu kita,

Allah berfirman:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia

dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika diantaranya kedua atau kedua-duanya

sampai berusia lanjut dlm pemeliraharaanmu,

maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "AH"

dan janganlah engkau membentak keduanya,

dan ucapkanlah kepadanya keduanya perkataan yang baik"

surah Al-Isra' : 23

renung-renungkanlah....

gud luck for exam

wassalam

ps: jangan lupa tepon keluarga taw utk bertanyakan khabar dan tolong kirim salam skali taw!!!!


04 May 2010

Program Utama PEPIAS 2010

Berikut adalah senarai nama Pengarah bagi program-program utama PEPIAS tahun 2010 :-


1. KKPI 2010
( Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Negeri Selangor )

UTARA (Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Pandan )
25-27 JUN 2010
Pengarah : AHMAD FAWWAZ

SELATAN ( Bangi, Ampang, Kuala Langat )
9-11 JULAI 2010
Pengarah : MUHAMMAD AFIQ B RAMLEE

2. PMG 11 2010
( Perkampungan Menara Gading Negeri Selangor )
24-26 DISEMBER 2010
Pengarah : MUSTAFFA KAMALUDDIN B MASLUPI


Keputusan dibuat oleh musyawarrah pimpinan Pusat pada 21 April 2010. Diharapkan kepada Pengarah yang diamanahkan tanggungjawab ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Anda boleh lah membentuk komiti anda dan draf kerja masing-masing bermula sekarang. Semua program ini akan dipantau oleh Exco Latihan dan Kepimpinan dibawah seliaan Sdr Shafezan b Rosli dan Naib Presiden, Sdr Azali Mohd Nor. Satu perjumpaan akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sekian. Credits to PERSADAPEPIAS dan ANAK CUCU ADAM

24 April 2010

Pada 24 april 2010....

Satu program smart solat telah diadakan di SMK Dato' Ahmad Razali Ampang , anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Seramai dua org ahli PEPIAS Petaling Jaya telah mengikuti Program tersebut. Program Smart Solat ini telah diketuai oleh Abg.Khairul Anwar dan disertai oleh fasilitator yg seramai 35 org dari berbagai cawangan.

Program ini berlangsung selama sehari bermula Jam 9 pagi . Sesi pertama dimulakan dengan sesi taaruf diantara fasilitator dan juga peserta. Berbagai karenah dapat kita lihat dalam melaksanakan sesi ini . Seterusnya , peserta - peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan utk aktiviti yg seterus nya. Di dalam kumpulan masing-masing , peserta didedahkan dengan cara-cara bersolat dgn betul,cara bacaan dan sebagainya. Alhamdulillah , peserta dapat mengikut dgn baik. Penulis berharap adik-adik tersebut dapat lagi mendalami ilmu agama dan melaksanakan solat dengan sempurna.

Akhir sekali , program diisi dgn ceramah berkenaan dgn kepentingan solat oleh Abg Ustaz . Sedikit sebanyak peserta dapat memahami isi yg disampaikan dalam ceramah tersebut.Bak kata pepatah , " Belajarlah ilmu walauapa yg kita faham hanya dengan satu alif sahaja" . Jadi seharusnya dalam hidup ini , kita perlu belajar walauapa sekali pn ilmu itu , andai kita tidak dapat memahmi semua , asalkn kita dapat sedikit pn cukup. Prog berakhir pada Jam 6 ptg .Kelihatan adik-adik kita ceria setelah menjalani Program smart solat. Moga-moga dipermudahkan urusan mereka dalam mendalami ilmu Allah.. Insyallah....

Maaf Atas Kelemahan Kami

Assalamualaikum

Minta maaf kepada semua pengunjung Blog PEPIAS cawangan Petaling Jaya atas ketidakaktifan kami sepanjang 3 minggu ini atas kesibukan dan kekangan masa.

Di harap pengunjung dapat bersabar utk menanti berita-berita daripada blog kami..

22 April 2010

~~Induksi~~


salam kembali lg~~ MySpace

baru-baru ini, barisan kepimpinan pepias caw pj bwu shj selesai induksi pj....
x larat nak taip panjang2 untuk berseloka dlm blog ini... maka si tukang penulis blog ini menguploadkan pic2 sepanjang program ini untuk santapan mata anda semua....



sesi taaruf qubra~~
mcm2 rahsia yg dpt dicungkil kuar
tanpa ditanya~~~ hehe











ketika di waktu pagi nan indah... pelbangai karenah yg kita bleh lihat~~













sesi memasak~~~ masing2 nak tonjolkan bakat semula jadi bakal suami dan isteri mithali.... dgn kain telekung kak long nih angkut skali masak... bak kata pepatah, makanan yg dimasak sendiri lg berkat drpd beli diluar~~~









sbloom train bergerak naik ke atas...
sempat lagi kanak-kanak ribena bermain di taman permainan... khidmat bakti pown sempat gak skit2~~









semasa dlm perjalanan ke puncak dan berada di puncak aktiviti rehlah~~






ketika slot visi,misi, halatuju+POA ngan swot+jobscope=inysa Allah bakal memimpin PEPIAS caw Petaling Jaya...








ok, setakat ini shj sy berceloteh... ad sedikit anouncement...
pada hari selesa ini (27 april 2010), pepias cawangan petaling jaya akan mengadakan solat hajat untuk sempena exam final yg hampir tiba... bertmepat di cfs iium pj, smawp 3 dan program akan start pd pkul 7.00mlm... sila tolong bwk yassin skali... sebarang pertanyaan, bleh menghubungi saudara madi>013-3376268, atau saudari iman>013-2281945....

20 April 2010

~~Visi,Misi dan Halatuju~~

Visi

-melahirkan intelektual yang profesional,bersifat rahmah,

dan memiliki sahsiah islamiah

Misi

-gerakan islam yang kreatif dan berinovatif dalam menyebarkan dakwah

Islamiah kepada mahasiswa uiam pj dan masyarakat setempat


Hala Tuju

1.Kederisasi

-mengamalkan sikap keterbukaan

-mengeratkan ukhwah

2.Tarbiyah

-memantapkan kefahaman

-meningkatkan kualiti usrah

-menignkatkan pengamalan dan penghayatan sunnah Rasulullah

-memantapkan penghayatan asmaul husna

-meningkatkan kesedaran amar ma’ruf nahi mungkar

-meningkatkan bilangan mahasiswa ke masjid dan surau

3.Hilwani

-melahirkan hilwani yang berketerampilan

4.Ekonomi

-menjana kewangan PEPIAS caw Petaling Jaya

-mewujudkan akaun PEPIAS caw Petaling Jaya

5.Pengurusan

-memantapkan kemahiran fasilitator

-melancarkan gerakan kerja dalam pelbagai pengurusan

19 April 2010

~~usrah~~

salam, MySpace

mintak maaf byk2 kerana kami agak sibuk sedikit sbb caw pj baru shj menyelesai induksi 3 hari dua mlm daerah kuala selangor...

usrah pada minggu lps telah dibentang 4 tajuk yg menarik2...
iaitu:
  1. tafsir surah At-Taubah:71-72 oleh bro. badrul
  2. kepentingan zikir dan selawat (pengikatan hati antara hamba dgn tuhan) oleh bro. hazrimi
  3. supaya gelisah bernilai ibadah oleh bro. asyraaf
  4. kasih sayang sesama makhluk oleh sis. Athirah
dalam surah At-Taubah:71-72, bro. bad tlh menyentuh byk perkara dlm dua ayat tersebut.
berdasar dua ayat tersebut, bad byk menerangkan ttg peranan seorang lelaki dan seorang perempuan dan syurga 'Adn yg merupakan kedudukan syurga yg plg tggi....

kepentingan zikir plak, bro. hazrimi membincang ttg kebaikan yg diperoleh drpd berzikir.. saudara syazni juga berkongsi ttg bab berzikir ini... ad tiga peringkat iaitu qalbi(hati), mulut serta perbuatan.

tajuk supaya gelisah bernilai ibadah ini tlh diambil berdasarkan buku bertajuk "supaya gelisah bernilai ibadah" oleh Dr. Ibrahim Fiqhy. byk persoalan yg ditimbulkan ketika topik ini dibincangkan. Antara soalannya, bagaimana nak solve org yg tggi egonya yg x mahu ngaku kesalahannya.. terima kasih kpd abg zul dan pak jam yg menjawab persoalan. konklusinya, sumanya dtg dr hati... so ubatnya adalah zikir dan rajin beramal utk dekatkan diri dgn Allah...
tp bak kata abg fawaz, jgn ar bila ssh shj kita perlu dekatkan diri dgn Allah shj, bila senang pown kita perlu bersyukur.

kasih sayang bersama makhluk plak msih lg hangat dan bersemangat MySpace dibincang oleh sis. Athirah. antara perkara sis. Athirah tekankan ialah senyum. dgn senyuman manis (bkn senyum gatai eh~~) ia dpt mengeratkan lg silaturahim antara insan~~

ok, masa mencemburi tukang tulis MySpace blog ini utk nak cita byk lg pasai usrah yg lps~~

ok jgn lupa temujanji kita pd mlm ini bertempatkan di ax102

antara topik dibincangkan:
  1. tafsir surah Taha:123-126 oleh bro. syazni
  2. cara2 meninggalkan maksiat hati oleh sis. kak aisyah
  3. reformasi diri dgn bertaubat oleh sis. kak hamizah
jgn lupa nyer.... MySpace

wassalam~~

08 April 2010

TAUTAN UKHUWWAH



Ukhuwwah yang kita bina takkan bisa diputuskan, walau sekuat mana badai melanda, walau seterik mana panas mentari, walau sehitam mana pekat malam...

Namun, tautan itu perlukan energi untuk terus kuat, terus utuh, dan terus padu....
Di sinilah pentingnya usrah..

Alhamdulillah, minggu ni pepias pj telah pun ber usrah, dengan kehadiran yang amat-amat menakjubkan, khususnya dari cawangan2 lain. Terima kasih atas kesudian kalian meluangkan masa bersama kami..

Usrah dimulakan dengan taaruf. Kalau kita lihat, setiap kali usrah, setiap kali tu jugak akan diadakan taaruf, tujuannya x lain x bkn, agr kita lebih mengenali, dan untuk kali ini, kita dapat tahu per yg mengujakan bagi setiap ahli.....ade yg kte tdo la, dpt rsult xm la, dan x kurg jugak yg teruja ble dtg usrah(bgs2)...

1. Sis Fatimah mula membentangkan ttg buku maza yakni, karangan Dr Fathi Yakan, menyambung semula topik saya mestilah muslim di sudut akidah. Pekara yang disentuh adalah mengenai nama2 dan sifat2 ALLAH, berfikir tentang ciptaan ALLAH, mengabdikan diri kpd ALLAH dan sentiasa takut kepada ALLAH. Perkongsian diutarakan mengenai banyak nye rancangan2 tv pd hari ini yg menyebabkan iman terpesong sprt cerite2 mistik. Takut Allah atau takut hantu??



2. Bro Madi diberi peluang utk bersuara mengenai muamalat antara lelaki n perempuan. Tips2 nye adalah
Tundukkan pandangan

Tutup aurat

Ada hijab antara lelaki & prmpuan

x bersama dalam bilik tertutup

x boleh melunakkan suara

x boleh bersentuhan


YBN juga menerangkan tentang ikhtilat, dan pendapt tentangnye oleh 3 golongan iaitu golongan mutasyaddidun, mutasahhilin dan mutawassitin. Perbincangan mengenai akhlak remaja zmn skrg yg x takutkan balasan Allah turut hangat...

3. Seterusnya, penghayatan sunnah Rasul oleh Sis Syafiqah. Start dengan pengertian sunah Rasul itu sendiri, disusuli cth sunah yg ptt diamalkan terutamanya oleh kite sbg pelajar. Cth yg terbaik adlh sprt merendah diri, lembut tp tegas, dan mengasihi isi bumi. Dalam penghayatan sunnah ini, ada lima matlamat yg ingin dicapai iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta. Perkongsian pula berkisar mengenai sunah rasul pada zmn moden ni, cthnya, dlm bersiwak. Kite mugkin lbh mudah utk bjumpa dengan berus gigi berbnding kayu sugi. Jadi perlulah sesuai ikut zaman tanpa lari dr konsep kebersihan yg diajar oleh Rasulullah...




4. Last but not least, pmbntgan Asmaul Husna: Al-Haq oleh Sis Nashreen. Al-Haq bermaksud yang Maha Benar. Kebenaran itu adalah dr Allah. Sbg cth, Kalamullah itu sendiri. Kandungannya adalah benar dan x boleh di permainkan. Kita mesti percaya bahawa janji2 ALLAH itu benar sprt pertemuan dengan ALLAH dan adanya syurga dan neraka. Bukti plg kukuh adalah dalam Surah ar-Rum, dimana ALLAH telah berkata yang kerajaan Rom akn menang stlh dikalahkan...dan ia benar2 berlaku!!!!




04 April 2010

Mini Tamrin dan musim quiz/midterm di cfs iium pj~~

Salam dan syukur alhamdulilah msih diberi masa oleh Allah utk men-updatekan blog ini...

firstly, hendak mengucapkan tahniah dan terima kasih kpd pepias pusat kerana berjaya menganjurkan mini tamrin utk ahli-ahli pepias....
harap program ini dpt diteruskan pd masa akan datang kerana banyak manfaat bleh diperolehi...
MySpace

tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli pepias caw pj yg sudi dtg mini tamrin iaitu

Ahmadi Fathi B. Muhamad Shahri
Muhammad Hazrimi B. Omar
Asyraaf B. Azahari

Nurul Iman Bt. Muhd Sulor
Fatimah Zahra Bt Mohd Syukor
Athirah Nur Bt Ahmad Roslee
Nashreen bt Hamdan

double thumb-ups MySpaceMySpace kpd anda

walaupown kalian ad quiz dan midterm pd masa terdekat ini...
tp kalian bijak mengatur masa dan tekanan yg dialami MySpaceMySpace

semoga kalian dpt kuatkan semangat utk studyMySpace
supaya dapat mencapai 4 ciri-ciri yg disampai oleh ustaz Al-Bani yg sanggup dtg jauh dr Indonesia...
Antara 4 ciri-ciri utk menjadi pemuda-pemudi yg MANTOP!!! MySpace yang disampaikan oleh ustaz Al-Bani

  1. kekuatan mental/spiritual (penguasaan Ad-din)
  2. kekuatan fizikal yg mantop MySpace
  3. kekuatan skill kemahiran yg tggi (komunikasi dan mcm2) (cth terdekat, bleh rujuk kpd Sultan Mehmed Al-Fateh, karena beliau fasih tujuh bahasa dan reti bermain pedang sehingga dpt memimpin tentera Islam utk menawan kota constinopel pd usia yg muda)
  4. Intelektual
itu sahaja yg dpt dikongsi, (sebenarnya byk lagi nak dikongsi tp apekah day)
nak taw lg lanjut ttg mini tamrin ini,
bleh ar rujuk kpd nama yg disebut di atas ini....

kpd para pelajar cfs iium dan iium gombak,
gud luck menghadapi ujian dan quiz....
kuatkan semangat gambate dan CHAIYOK2~~

doakan kami utk mencapai kejayaan yg cemerlang MySpace

wassalam MySpace

ps: jangan lupa usrah kita yg bakal dilaksanakan pd hari selasa ini (6/4/2010)
insya Allah, byk pengisian yg menarik utk dikupas dan dikongsi bersama
antaranya:


  1. tafsir surah At-Taubah:71-72 oleh bro. Badrul
  2. maza yakni [sambungan minggu lps] oleh sis. Fatimah
  3. cara2 bermuamalat antara lelaki dan perempuan dr sudut Islam oleh bro. Madi
  4. penghayatan dan amalan sunnah2 Nabi dlm kehidupan sbg pelajar muslim oleh sis. Syafiqah
  5. As Ma'ul Husna, Al-Haq, Yang Maha Benar oleh sis. Nashrin

01 April 2010

lagu PEPIAS~~

Hari silih berganti hari
Jejak Anbiya' kekal di sini
Kita penyambung warisan abadi
Penerus generasi ibu pertiwi

Langkah aturkan seribu visi
Menaburkan jasa budi dan bakti
Biar keringat gugur jatuh ke bumi
Namun berundur tidak sekali......

Bersama kita bina cita dan harapan
Untuk hari ini dan masa depan
Kita aturkan langkah seiringan
Demi satu wadah perjuangan
Agar esok menjanjikan kegemilangan

Biar seribu onak duri dan halangan
Tempuh dengan tekad keazaman
Tetap teguh berdiri gagah bergandingan
Di PERSADA kehidupan perjuangan.....3x




tukang copy paste lagu nih pown x taw cam mn nak nyanyi...
sbb ini arahan ybn suh buh lirik dlm blog....
nanti time usrah, kita suh ybn nyanyi....
hehehehehe

30 March 2010

Usrah Pertama!!!!!!!!!!

Salam,

syukur Alhamdulilah, baru selesai sudah sesi usrah yg pertama bertempatkan LY 005~~
bleh dikatakan semua berjalan lancar....
dan saya dikejutkan dgn ada pertambahan ahli usrah yg x disangka~~~ MySpace
terima kasih MySpace dan salam ukhwah MySpace drpd kami kpd

Siti Nuratrina Bt Azman
Suriani Bt Yusoff
Siti Wazira Bt Mat Shoh

Abdul Hakim Bin Mansor
Muhammad Fazreen Husaini
Muhamad Syazani Bin Rosli


yg sudi menjadi ahli keluarga kitaorg yg baru~~
MySpace

kesimpulan drpd pengisian usrah td:

  • Sis. Iman menbentangkan ttg sifat2 nama Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Maksud Ar-Rahman dan Ar-Rahim iaitu maha pengasih dan maha penyayang... Begitu sayangnya Allah terhadap kita tanpa kita sedari.... sbg cth, Sis. Kak Aisyah gtaw td dlm surah Al-Fatihah yg first dlm Al-Quran dah sebut ttg pasai Ar-Rahman dan Ar-Rahim yg menceritakan betapa sygnya Allah kpd kita, cth yg lbih spec spt dtg usrah td, syukur alhamdulilah kita semua mampu dtg usrah sebentar td dgn izin Allah... See, Allah sayang kita kan??, Klu Allah x sayang kita, mungkin kita x dpt hadir usrah sebentar td.. So, kita mestilah bersyukur atas nikmat yg Allah berikan.. MySpace

  • Sis. Athirah membentangkan ttg sifat keterbukaan rasullah s.a.w dlm kepimpinan baginda.. Byk sirah rasullah yg sis. Athirah ceritakan time usrah td, sampai penulis blog ini pown rambang mata nak pilih sirah rasullah yg mn satu~~ so, mmg rugi sape yg x dtg usrah td.... ad gak sentuh isu2 semasa yg lepas iaitu isu penggunaan khalimah Allah.... byk gak input2 baru yg ditambah oleh sis. Fatimah dan kak Aisyah...
  • Sis. Fatimah plak membentang topik yg agak menarik iaitu "saya mesti muslim di sudut Akidah" yg sumber dr buku maza yakni/apa ertinya saya menganut Islam?? oleh Fathi Yakan (amat digalakkan suma ahli usrah membaca buku ini.. x mahal pown, less than rm10).... Sis. Fatimah hanya menbentangkan perkara 1 sampai 7 shj.... byk input dlm topik td... ad 12 perkara lg yg x disentuh dan disambung pd minggu depan... So klu x maw miss, jom ler dtg usrah pd minggu dpan plak nyer~~MySpace

  • Akhir skali, sis. kak Aisyah berceremah topik yg ckup mendalam dan padat iaitu jalur pemikiran remaja-fikrah yg wajib dipupuk: daei dan khalifah. Kak Aisyah menyentuh ttg maksud fikrah dan fitrah... maksud fikrah ini adalah pemikiran manakala fitrah bermaksud naluri... cabaran utama sbg daei/pendakwah mmg ssh dilaksanakan bab pepatah yg diberikan oleh ahli baru, bro. Muhamad Syazani Bin Rosli iaitu ibarat makan durian... pada mulanya tidak suka kerana baunya tetapi apabila dah makan durian pd kali pertama, pergh.. sodap tuh~~~ MySpace.... begitu manisnya klu kita dpt merasa kemanisan iman jika kita berjuang di jalan Allah... x semestinya hanya menegur org2 yg seperti mat rempit, sampah masyarakat itu dipanggil dakwah, dakwah nih byk caranya, jika x mampu menegur golongan2 yg ssh, tp aper salahnya kita mendoakan mereka ini mendapat hidayah Allah. so dgn pemikiran yg Allah berikan kpd kita ini, kita haruslah menggunakan yg sebaik mungkin di jlan dakwah ini..
itu jer, yg ingin dikongsikan kpd sesiapa yg miss usrah td...
so jgn lupa temu janji kita pd minggu depan...
hari yg sama dan waktu yg sama,
tmpt akan bgtaw kemudian...
wassalam~~MySpace

Insya Allah, Pepias PJ akan mengadakan rehlah+induksi pd masa yg terdekat ini..
tarikh besar berkemungkinan 16,17 dan 18 april... so sila bookmark tarikh itu supaya tiada aktiviti yg clash nanti... tmpt dan aktiviti prog akan kami bgtaw pd masa yg terdekat~~