31 May 2010

Minta Maaf

Assalamuialaikum....
saya Asyraaf Azahari selaku wakil PEPIAS cawangan Petaling Jaya, mohon maaf atas segala kejadian smlm kpd adik2 pelajar baru(anak-anak negeri selangor) CFS IIUM dan semua org kerana tidak dpt menganjurkan Malam Tautan semalam atas sebab-sebab tertentu....

Rasanya tidak terlambat juga dari pihak kami utk mengucapkan selamat datang CFS IIUM, moga kalian dapat menyesuaikan diri kalian di alam pra-universiti...
jika ada masalah atau pertanyaan, bleh ar contact kitaorg (no kitaorg ad kat bwh nih)... MySpace

insya Allah, program yang terdekat ini, pada hujung minggu ini,
pihak PEPIAS dgn kerjasama pihak JAIS, akan menganjurkan Program Smart Solat.....
kpd sesiapa yg berminat ingin Fesi, bleh ar cnct kitaorg iaitu,
Bro Madi :013-3376268
Bro Asyraaf : 019-4168525
Sis Fatimah : 013-3905650

lagi satu, kami juga menganjurkan REHLAH (kpd sesiapa yg x paham istilah rehlah, meh ler join kitaorg, best~~ bwu korunk taw apa itu rehlah~~ hehe MySpace) nanti kitaorg akan foward msj kat korunk, klu korunk x dpt msj, tgk blog nih jer atau kat Facebook Group PEPIAS (join jerr, hehe)

klu da papa masalah, bleh ar cnct kitaorg nih... no ad kat tepi blog nih....

20 May 2010

babi pown tahu reti bersyukur~~

Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara timur tengah. Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript di bawah. Amin.

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Khinzir pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor khinzir. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang TIDAK SOLAT atau SEMBAHYANG "MySpace

Ini adalah sebuah manuskrip yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Cuba difikirkan balik, perkataan babi menjadi istiliah mencarut pada hari ini??
perlukah nak berbangga menyebut babi atau mengelarkan rakan2 kita sbg gurauan senda??
tepuk dada, tny iman....
babi pown tahu bersyukur berbanding kita yg msih tidak tahu bersyukur kpd Allah yg menghadiahkan kita mulut supaya berzikir atau berkata-kata perkara2 yg baik atau mendoakan kebaikan rakan2 kita kpdnya drpd yg asyik mencarut nama babi yg tahu bersyukur??
tidak malukah anda yg sering menyebut babi???
tepuk dada, tny hati masing2

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

so moralnya, jgan ar MySpace duk mencarut sll... ringanklah mulut kita ini berzikir kpd Allah.... syukurlah mulut yg Allah kasi nih....

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

07 May 2010

Cinta Kerana Allah

CINTA KERANA ALLAH

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

06 May 2010

Kisah Benar kasih ibu

Salam, sempena musim exam,
marilah baca sejenak sbg renungan....

sumber dr isuhangat

Kebesaran jiwa seorang ibu (True Story)

Semalam anak aku yang berada di tahun 2 bawa balik bunga dan hadiahkan kepada wife aku. Walaupun harga bunga tu hanya RM2.50 dan dikongsi bersama abangnya kulihat wife aku sangat gembira. Baru aku teringat “hari ibu’ sudah tiba.

Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang dideclaire hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun.

Selamat hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi isuhangat ni. Anda adalah insan istimewa sebab itu “syurga ada di telapak kaki ibu’. Kita lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.


Photobucket

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.

Photobucket

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!

Photobucket

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis,
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”

Photobucket

Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.


MySpace

klu bleh, telefonlah ibu kita setiap hari atau setiap minggu utk bertnya khabar,

tanpa mereka siapalah kita~~~

so, jgnlah kita menhancurkan atau melukai hati ibu kita,

Allah berfirman:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia

dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika diantaranya kedua atau kedua-duanya

sampai berusia lanjut dlm pemeliraharaanmu,

maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "AH"

dan janganlah engkau membentak keduanya,

dan ucapkanlah kepadanya keduanya perkataan yang baik"

surah Al-Isra' : 23

renung-renungkanlah....

gud luck for exam

wassalam

ps: jangan lupa tepon keluarga taw utk bertanyakan khabar dan tolong kirim salam skali taw!!!!


04 May 2010

Program Utama PEPIAS 2010

Berikut adalah senarai nama Pengarah bagi program-program utama PEPIAS tahun 2010 :-


1. KKPI 2010
( Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Negeri Selangor )

UTARA (Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Pandan )
25-27 JUN 2010
Pengarah : AHMAD FAWWAZ

SELATAN ( Bangi, Ampang, Kuala Langat )
9-11 JULAI 2010
Pengarah : MUHAMMAD AFIQ B RAMLEE

2. PMG 11 2010
( Perkampungan Menara Gading Negeri Selangor )
24-26 DISEMBER 2010
Pengarah : MUSTAFFA KAMALUDDIN B MASLUPI


Keputusan dibuat oleh musyawarrah pimpinan Pusat pada 21 April 2010. Diharapkan kepada Pengarah yang diamanahkan tanggungjawab ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Anda boleh lah membentuk komiti anda dan draf kerja masing-masing bermula sekarang. Semua program ini akan dipantau oleh Exco Latihan dan Kepimpinan dibawah seliaan Sdr Shafezan b Rosli dan Naib Presiden, Sdr Azali Mohd Nor. Satu perjumpaan akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sekian. Credits to PERSADAPEPIAS dan ANAK CUCU ADAM

24 April 2010

Pada 24 april 2010....

Satu program smart solat telah diadakan di SMK Dato' Ahmad Razali Ampang , anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Seramai dua org ahli PEPIAS Petaling Jaya telah mengikuti Program tersebut. Program Smart Solat ini telah diketuai oleh Abg.Khairul Anwar dan disertai oleh fasilitator yg seramai 35 org dari berbagai cawangan.

Program ini berlangsung selama sehari bermula Jam 9 pagi . Sesi pertama dimulakan dengan sesi taaruf diantara fasilitator dan juga peserta. Berbagai karenah dapat kita lihat dalam melaksanakan sesi ini . Seterusnya , peserta - peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan utk aktiviti yg seterus nya. Di dalam kumpulan masing-masing , peserta didedahkan dengan cara-cara bersolat dgn betul,cara bacaan dan sebagainya. Alhamdulillah , peserta dapat mengikut dgn baik. Penulis berharap adik-adik tersebut dapat lagi mendalami ilmu agama dan melaksanakan solat dengan sempurna.

Akhir sekali , program diisi dgn ceramah berkenaan dgn kepentingan solat oleh Abg Ustaz . Sedikit sebanyak peserta dapat memahami isi yg disampaikan dalam ceramah tersebut.Bak kata pepatah , " Belajarlah ilmu walauapa yg kita faham hanya dengan satu alif sahaja" . Jadi seharusnya dalam hidup ini , kita perlu belajar walauapa sekali pn ilmu itu , andai kita tidak dapat memahmi semua , asalkn kita dapat sedikit pn cukup. Prog berakhir pada Jam 6 ptg .Kelihatan adik-adik kita ceria setelah menjalani Program smart solat. Moga-moga dipermudahkan urusan mereka dalam mendalami ilmu Allah.. Insyallah....

Maaf Atas Kelemahan Kami

Assalamualaikum

Minta maaf kepada semua pengunjung Blog PEPIAS cawangan Petaling Jaya atas ketidakaktifan kami sepanjang 3 minggu ini atas kesibukan dan kekangan masa.

Di harap pengunjung dapat bersabar utk menanti berita-berita daripada blog kami..