13 July 2011

Buat baik .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allah .
One word that described eveything .
Allahu Akbar . All praises to Allah for everything He gave to us .
Either good or bad .

Allah .

Alhamdulillah , berjumpa lagi kita kali ini dalam rancangan , tazkirah pepias PJ !

Allahu Akbar , saban hari mengejar waktu , nak selesaikan itu dan ini . Alhamdulillah, diberi juga kesempatan untuk menconteng bukan di muka buku , tapi di muka Encik Blog .

Alhamdulillah , selesai sudah usrah bagi minggu ke-3 semalam . Dalam banyak-banyak perkara yang dibincangkan dan dibahaskan semalam , penulis paling suka nak highlightkan beberapa perkara .

Hidup Ibarat Roda yang Berputar .

Betulkan kalau tersalah . Hidup ini diumpamakan ibarat roda yang berputar . Kalau hidup ibarat roda je , yang rosak tak boleh pusing lagi tu apa cerita ? Jadi apa yang dimaksudkan dengan frasa di atas ? Bi makna , kadang-kala kita di atas , kadang-kala kita di bawah . Tak selamanya di atas , tak selamanya juga di bawah .

Begitu jugak dengan apa yang kita buat . Bak kata seseorang dalam usrah semalam , kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan . Sebagai contoh , mulut jahat kita ni tak habis habis nak mengutuk mengumpat cela orang lain . Walhal diri bukanlah hebat mana pun . Let say la kita cakap ' eii gemuknya dia ni . tak jaga makan la tu '. Tak pun , ' mak aih pendeknya tudung dia ni . kain lap lagi besar gamaknya '. Allahu Akbar .

Satu pesanan ringkas dan padat . Jangan terkejut , tapi sebaliknya bersedialah . Kerana Allah pasti akan mengujimu dengan apa yang kamu perkatakan . Berdasarkan contoh tadi , tak mustahil entum akan jadi gemuk , atau lebih gemuk dari orang yang entum maksudkan . Dan tak mustahil jugak , tudung entunna akan jadi lebih pendek , bahkan mungkin tercabut terus dari kepala . Na'udzubillah . Sebab tu lah adanya Allah sebut ; adakah mereka mengaku beriman sedang mereka tidak diuji ?

Niat dah ada , buat ajelah .

Niat ni bukan untuk buat benda tak baik , tapi benda yang baiklah kiranya . Sebagai contoh , kita dah berazam , mulai dari esok , tak nak lagi HUHA HUHA , gelak guling-guling sana sini , bercampur muslimin muslimat lah bagai . Tapi bila tiba keesokan harinya , lain pulak kisahnya . Tersengih-sengih tersenyum-senyum macam kerang busuk , last last apa yang diniatkan tu tak jadi ... Alahai ...

Lagi satu contoh . Niat nak jadi kaki masjid . Dalam erti kata lain , kalau boleh nak solat 5 waktu berjema'ah kat sejid sokmo . Tapi esoknya , dah la solat pun dah hujung-hujung , jema'ah pulak entah ke mana . Tangguh punya tangguh , langsung tak jadi apa .

Nak dijadikan cerita , semalam ada yang cerita , tentang satu kisah benar . Dia ada sahabat , yang mana sahabat ni akui yang dia tak pandai mengaji Qur'an . Pendekkan cerita , hamba Allah ni pun buat keputusan untuk belajar memngaji Qur'an kat sebuah rumah anak yatim ni . Tapi hamba Allah ni bukan anak yatim , cuma mengaji di sana . Dipendekkan lagi cerita , satu hari hamba Allah ni meninggal ketika sedang mengaji di rumah anak yatim ni . Tambah pulak cerita , hamba Allah ni merupakan salah seorang mangsa tanah runtuh tu . Allahu Akbar . ~al-Fatihah~

Teringin nak meninggalkan dunia ni dengan sebaik-baik pengakhiran . Tapi rasa tak layak . Sangat tak layak .

Konklusinya , kalau kita dah terlintas di hati nak buat sesuatu kebaikan , buat aje . Jangan difikir kesan atau impak yang kita tak pasti . Contohnya kita nak derma rm50 , tapi kita tak jadi derma dek memikirkan apa yang orang nak kata . Padahal kita tak tau , betul ke ada yang akan mengata nanti ? Lagipun mana yang kita nak cari sebenarnya , redha Allah atau redha manusia semata ???

Macam kes hamba Allah yang syahid tadi . Cuba kita ambil tempat dia . Tapi kita buat keputusan untuk tak nak belajar mengaji hari tu . Ditakdirkan Allah , kejadian tanah runtuh tu berlaku di hari yang kita tak nak pergi . Kan dah terlepas antara pahala terbesar yakni pahala syahid ? Penulis bukanlah seorang yang sangat baik jadi impian untuk syahid atau husnul khatimah tu sangaaaatlah besar . Allahu Akbar . Layakkah kita ?

Penutup .

Sebelum penulis tutup kedai , sukalah kiranya untuk penulis ingatkan semua termasuk diri sendiri tentang hari yang tidak ada keraguan padanya ; yakni Hari Kiamat . Hari di mana setiap apa yang kita lakukan hatta sebesar zarah sekalipun tak akan terlepas dari hitunganNya . Kita semua tak tahu bila due date kita , penulis juga tak tahu , dan tiada siapa pun yang tahu sebenarnya . Sama ada kita dah dekat dengan tarikh tu , atau belum , Allahu'alam .

Jadi , selama kita masih diberi kesempatan ni , apalah salahnya kita cuba sehabis baik untuk buat apa yang termampu ? Walau sekecil-kecil perkara sekalipun . Hatta , memenuhi jemputan orang , atau menyenangkan hati seseorang pun insyaAllah dah dicata nilai pahalanya . Jadi kenapa kita tak gunakan masa yang ada untuk buat amalan sebagai bekalan untuk hari esok ? Atau kita nak tunggu nyawa di kerongkong baru nak terfikir untuk buat itu dan ini ?

Sesungguhnya pengetahuan tentang ajaldan maut itu hanyalah di sisiNya .

Allahu'alam .


* * * * * * * * * * * * * * *
Memandangkan weekend nanti ada family day pepias , sedikit titipan buat semua . Agar masing-masing beringat untuk menjaga muamalah dan ikhtilat antara muslimin muslimat .

Subhanallah , seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim , tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta , segan berkongsi cerita selain dari yang halal baginya , kerana percayalah , bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang adalah cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya dari akhawat juga . Jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatanmu dengan muslimin di matamu . Ayuh koreksi diri , selagi nyawa masih dipinjami , insyaAllah pintu JannahNya masih lagi terbuka !

p/s : kalau entum tak kisah bakal pasangan hidup entum berHUHA HUHA atau bersuka ria , bergelak ketawa dengan galaknya sesama berlainan jantina , then it shud be ok if u're one of it . Ingatlah , yang baik untuk yang baik , yang kurang baik untuk kurang baik . Peringatan untuk diri sendiri juga =)

p/p/s : awatnya tiba-tiba cakap pasal kahwin ni ? penangan musim senior-senior pepias yang berjaya dirikan masjid mereka =)

01 July 2011

Yang Lebih Indah Daripada Cinta

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allah , tiba-tiba digerakkan hati ini untuk sama-sama berkongsi dengan sahabat sahabiyyah semua . Sesuatu yang penulis baru je baca kat iluvislam tadi .

Ingatlah , setiap apa yang penulis buat , entum , atau sahabat entum buat , semuanya telah digerakkan oleh Allah , diilhamkan olehNya .

* * * * * * * * * * * * * * *

Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia... Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah...

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. "Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan "pertunjukan" dengan peranan yang lebih berkesan.

Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus... Bagaimana? Masih berserikah wajah si dia seperti yang kita lihat pada malam pertama?

Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih "ekstrem" lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, "aku terima nikah," oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya...

Walaupun begitu bagi si isteri... penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain "virus" perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
"Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?"
"Tergodakah dia bila di belakangku?"
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang "diganggu" panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu... tetap di sini, di hati ku!

Ada si suami yang curi-curi memeriksa "inbox" dan "sent" telefon bimbit isteri kalau-kalau adaSMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada "kesan-kesan" tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut "disoal siasat" oleh isterinya?

"Ini bil makan, abang makan dengan siapa?"
"Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?"
"Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?"

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal "perang besar". Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan"alibi"!

Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah "on going" (berterusan) sifatnya.

Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.

Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.

Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
"Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama."
"Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu..."

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri... sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai... itulah dipercayai!

Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar "Al Amin" (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

- Artikel iluvislam.com