mitos tentang uia
Assalam..
Bila aku kerja kat Sony ni, ramai yang terkejut bila aku cakap aku belajar kat uia. Apasal ek? Takde rupa budak uia ke aku ni? Aku pun tanyalah persepsi they all pasal budak uia. Nilah jawapan yang biasa aku terima.
Semua budak uia hebat berspeaking
Kata international Islamic university. Full of international students. So, they expect we can speak English very well. Haha. Mitos semuanya tu. Aku sebagai salah seorang student uia tak rasa pun aku dan kengkawan aku hebat berspeaking. Lebih kurang je dengan budak-budak uni lain. Cuma lebihnya kami bila kami ada peluang nak practice speaking tu. Nak interact denganinternational students kan? Tak kan nak cakap melayu. Faham sikit-sikit je they all tu.
Ko budak uia ek? Mesti ko pandai cakap arab kan?
Ni lagi satu. Aku tau lah uia tu penuh dengan pak arab. Aku tau lah kitorang belajar bahasa arab time kat matric uia dulu. Tapi tak la bermakna budak uia mesti pandai cakap arab. Betulkan persepsi korang itu. Hanya orang yang betul-betul berminat je yang fasih berbahasa arab.
Semua budak perempuan uia bertudung labuh, berbaju kurung, berjubah dan bersopan santun
We hold the "Islamic" title. That's why most people think that we are Islamic. Tapi kalau nak tau Islamic tahap mana kami ni, try test datang uia. Kalau zaman awal-awal pembukaan uia dulu, mugkinlah korang boleh tengok senario most of the muslimah are wearing hijab to cover their aurah. Tapi sekarang, yang sekadar tutup rambut dengan shawl je pun ada. Bila keluar dari uia je terus hilang shawl. Rambut pun dah berkaler-kaler. Itulah hakikatnya.
Course yang ditawarkan kat uia hanyalah course yang Islamic sahaja
Haha. Ini memang tak boleh blah. Sebut je Islamic, kena belajar yang Islamic la ek? Hey, come on la! Kita sebagai muslim ni kena tahu juga pasal bidang lain salain dari bidang Islamic. We have to master them as it is our duty to theummah. It's a fardhu kifayah. Tak kan nak bukak pusat pengajian islam tapi belajar usuluddin semata-mata. Siapa nak jadi ilmuwan Islam dalam bidang kejuruteraan? Perubatan? Siapa nak jadi lawyer yang berpegang pada hukum Islam? Jadi, uni Islam la salah satu platform untuk belajar ilmu selain ilmu agama Islam ni sebab kat uni Islamic la salah satu tempat nak dapat ilmu dunia dan akhirat.
Budak uia pandai-pandai
Ini, aku lagi tak faham. Mana ntah they all dapat info ni. Dah tu, budak-budak uni lain tak pandai ke? Kalau tak pandai tak kan masuk uni kot. Ye tak?
No comments:
Post a Comment