Baginda Rasulullah s.a.w bersabda bahawa pada setiap hari di waktu Subuh, dua malaikat akan turun dari langit. Satu berkata, "Wahai Allah, berilah balasan kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya." Malaikat yang keduanya berkata, "Wahai Allah, binasakanlah harta sesiapa yang menggenggamnya (iaitu bakhil)."
Hazrat Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat r.a, "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka atau mereka memenggal leher kamu?" Para sahabat berkata "Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Zikrullah."
No comments:
Post a Comment