Hazrat Abu Bakar r.a dan Hazrat 'Umar r.a berlumba dalam Menderma.
Hazrat 'Umar r.a menceritakan, "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah s.w.t. Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta. Saya telah berkata sendirian, "Kebetulan pada ketika itu aku mempunyai harta. Sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a maka inilah masanya.
Setelah berfikir sedemikian, dengan perasaan gembira saya pulang ke rumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada di rumah. Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Saya telah menjawab, "Ada sedikit."
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapakah yang kamu tinggalkan?"
Saya mennyatakan, "Saya tinggalkan separuh."
Hazrat Abu Bakar Siddiq r.a telah membawa kesemua harta yang ada di dalam rumah beliau. Rasulullah s.aw bertanya, "Abu Bakar, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Beliau menjawab. "Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka." Yakni beliau tinggalkan keberkatan nama Allah s.w.t dan RasulNya serta keredaannya untuk keluarga beliau.
Hazrat 'Umar r.a berkata, "Sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a."
No comments:
Post a Comment