17 April 2011

Buatmu , yang belum pasti .


Bismillahi Rahmani Rahim .

Assalamu'alaikum warahmatullah ... Apa khabar hati kita ? Dan apa khabar juga iman kita ? Dah diberi makan atau belum ? Hmm , hari-hari melahap , hari-hari makan sampai bengkak , jangan pernah lupa bagi juga makanan rohani pada diri ye ...

Alhamdulillah , all praises to Allah , yang masih beri kita peluang untuk bernafas , peluang untuk kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan tiap masa dan ketika . Cepat cepat kita istighfar sekarang !

Alhamdulillah jugak , tadi masa berjalan-jalan di blog sahabat , penulis dapat idea .....

Ketika perasaan itu hadir
Kuyakin ia putih dan suci
Kerana tak ku hembuskan ia dalam nafsu
Dan insyaAllah akan aku menjaganya

Kau datang ketika rasaku sudah waktunya
Tapi tetap ia tak ku nyatakan..
Kerana pernyataan hanya akan menodai kesucian
Yang ku juga yakin kau sangat menjaganya

Lalu aku hanya diam
Dan kau pun diam
Kerana kau tak tahu
Dan ku tak ingin kau tahu

Semua ada masanya
Kerana takdir Allah itu pasti
Tuk aku memastikan tidak lagi memendamnya
Dan ketika itu kau pun akan tahu

Saat ini kau menjaga diri
Dan harapku selalulah begitu
Kerana itu ku jadikan alasan
Untuk memendam rasa ini

Pesanku kepadamu wahai bakalku
Keazamanmu sudah tepat
Kuatkan Allah di hatimu
Sebelum Dia mengizinkanku memiliki mu

Dan jika kau berpaling dari penjagaanmu
Mungkin aku tidak lagi menyimpan rasa ini untukmu
Aku akan mencari yang istiqamah
Yang kuat dan tidak sepertimu

Maka tetaplah kau menjadi dirimu
Sabar di dunia dan bahagia di akhirat
Aku akan selalu mendoakanmu
Semoga kau tetap di jalan itu


Andainya nanti kau tidak bersamaku
Ku yakin kau akan mendapatkan yang terbaik
Ku harap aku pun begitu
Kerana Allah tidak akan memungkiri janji

Kau adalah untuk orang yang baik
Semoga Allah menjadikanku orang yang baik
Mari berdoa kepada Yang Maha Penyayang
Agar kita mendapatkan yang terbaik


Pada akhirnya Allah lah tujuan
Aku menginginkanmu bukan kerana dirimu

Dari Allah lah ku mengharap keredhaan
Dan kau hanya salah satu jalan kearah yang dituju

BY: A. Ridho

Penulis dapat idea untuk share artikel ni ! Kalau penulis sendiri yang buat , memang bertahun lamanya barulah siap satu baris ayat . Jadi penulis harap perkongsian ni mampu memberi kesedaran buat sahabat sahabiyyah kat luar sana ...

Sweet sangat . Tak sampai hati penulis nak diamkan je , means tak nak share dengan sahabat sahabiyyah . Renungilah . Dalamilah maksudnya . Teringat ayat Ustaz Syaari dan Ustazah Fatimah Syarha ; bercinta lepas nikah adalah sangat manis ! Penulis juga mahukan kemanisan itu . Boleh tak ?

INGAT ! Jangan senang senang je, sesuka hati , secantik kaki je nak luah perasaan kat orang lain ! Sesama muslimin atau sesama muslimah tak apa la . Itulah kita , yang halal tak nak pulak cakap i lep u ke , i lap u ke . Tapi buat yang tak halal untuk kita , yang itulah yang kita sibuk nak lap ! Hmm penulis cukup tak faham (geleng geleng geleng) .

INGAT ! Jangan seksa iman kita . Kita cakap ; alah , luah je kat dia . bukannya buat apa apapun . Ceh , sebanyak mana , sebesar mana iman entum tu ? Yang dengan gagah beraninya nak menahan godaan dan pujuk rayu syaitan laknatullah ??? Confirm ke entum dapat jaga iman , dapat jaga hati ??? Penulis tak jamin langsung .

Atau entum ingat , bila entum buat macam tu , kiranya entum dah cop sirim kat dia ? Means entum dah cop dia untuk jadi milik entum ?? Ini lagi penulis tak faham . Sedangkan dua orang yang dah berkahwin sekali pun , si suami tetap bukan hak milik isteri dan si isteri jugabukan hak milik si suami . Semuanya milik Allah . Dah tu , buat apa nak cop cop ni ?? Pening pening ~

Takut dikebas orang ke ?? Aissshhh , tak kan ragu-ragu dengan janji Allah ? Yang baik untuk yang baik , yang kurang baik untuk yang kurang baik , dan yang jahat kompem kompem dengan yang jahat . Pendek cerita , kalau nak yang baik , pandai pandailah jadi baik ! Habis cerita ...

Ok lah . Penulis dah penat . Next time kalau penulis dapat idea bernas lagi (untuk mengcopy artikel) , insyaAllah penulis takkan lupa untuk share kan bersama . Moga semua dapat manfaatnya !

Renung-renungkan , dan selamat beramal !

4 comments:

  1. Luahkan kepada Allah, pasti Allah akan luahkan kepada si dia!!!
    Istikharah

    ReplyDelete
  2. article yang sangat tepat dengan keadaan sekarang~ syukran~~~~

    ReplyDelete
  3. wah , siapakah gerangan itu ? sgt tpt dgn keadaan skrg ?? ~curious ~

    ReplyDelete
  4. xperlu luahkan..nasib baik x luahkan..Allah tau apa yang terbaik untuk kita kan? =) soleh/ah nye dye hanya sementara..kini Allah dah tunjuk.

    ReplyDelete