Assalamu'alaikum warahmatullah li jami'an , kabare semuanya ? Hmm moga-moga semuanya sihat belako deh . Kalau nak cakap tak sedar blog ni dah berhabuk , tipulah kan . Penulis pun tah kenapa , makin malas la pulak nak buat tahu . Jadi , buat tak tahulah jawabnya ... Tapi bila fikir balik , oops , amanah . Lagipun Encik Pengerusi dah bising ... Tak pa , proses menyapu , mengemop dan memvacuum akan dijalankan sekarang juga , roger roger ~
Seperti yang semua sedia maklum , minggu lepas adalah antara minggu yang sweet and sweat sweat sour bagi peserta , fasilitator , komiti dan urusetia-urusetia dan yang berkaitan dengan PMG . Perkampungan Menara Gading yang bertempat di UNISEL , Shah Alam . Iklan sekejap ;
SERONOOOOK bangat . Alhamdulillah . Allah beri sedikit kesenangan buat kami setelah kesukaran yang kami lalui .
Penulis pun pergi jugak . Tapi lambat sikit . Nasib baik tak kena marah dengan kak Fiqa . Dah la turun turun dari kereta baru perasan , kasut sebelah lain , sebelah lain . Nasib baik sempat kejar ayah . Kalau tak , memang jadi badut la jawabnya .
Next episode . Penulis jadi salah seorang fasilitator kat sana . First gathering dengan adik-adik peserta , nervous tahap tak ingat . Masa tu kat dalam dewan . Dah berapa kali ulang-alik ulang-alik dalam dewan , sebab takut nak jumpa adik-adik kumpulan . Bukan apa , takut bila penulis yang jadi fasi mereka , nanti takut tak capai objektif .
Nama-nama kumpulan dalam PMG ;
UniKL , UiTM , Al-Azhar , Unisel , UM , Poly-Tech , UIAM , KUIS , MMC dan UPM . Penulis kumpulan yang mana ? Ceteka ceteka ? (cuba teka)
LDK 1 . Means pertama kali berjumpa dengan adik-adik kumpulan , ya Allah alhamdulillah sangat sangat sangat . Adik-adik ni sangatlaaahhh sporting . Sebenarnya ada je yang malu-malu tapi sekejap je . Then all of us can get along very well lah kiranya .
Kesimpulan kat sini ;
LDK 1 ; macam biasa , more to ta'aruf . Tapi cara pengenalan luar biasa sikit . Semua diberi sehelai kertas , & perkenalkan diri dengan gaya yang ditulis dalam kertas tu . Hmm .. interesting . Walaupun penulis tak berapa menjiwai watak . Tapi bila dah jadi fasi , adik-adik tak bolehla bantah ... Soalan-soalan yang kena jawab ; nama , sekolah lama & ciri-ciri suami/isteri idaman (soalan terakhir tu adik-adik yang cadangkan)
Objektif buat karakter-karakter ni adalah untuk memberitahu adik-adik , macam ni lah perangai-perangai atau ragam yang akan dihadapi kelak di ipt . Bahkan lebih teruk lagi pun ada . Jadi mereka semua perlulah bersedia dari segi mental , fizikal , rohani dan jasmani .
Dalam LDK 1 jugak adik-adik ni kena lantik ketua dan penolong . Ada ke patut , mereka ni nak lantik kami (fasilitator) ni jadi ketua dan penolong ? Haishh ... Buat lawak aje ... Lagi , kami pun ada buat trademark kumpulan ... Best best ^^
LDK 2 ; mengenal dan memahami potensi diri sendiri , mengetahui peranan seorang mahasiswa . Alhamdulillah , adik-adik kumpulan penulis ni dah ada hala tuju masing-masing . Means mereka dah tahu lepas ni teruskan dalam jurusan apa dan di mana . Mereka tak alami masalah yang dilalui penulis satu ketika dulu . Alhamdulillah , dalam LDK 2 ni adik-adik didedahkan dengan situasi dan keadaan yang akan dihadapi oleh mereka di ipt kelak .
LDK 4 ; dalam LDK ni adik-adik peserta didedahkan tentang kepentingan berjema'ah atau bepersatuan di ipt kelak . Contoh terdekat yang penulis bagi ; kalau semua orang dok fikir nak kejar pointer je , nak kejar 4 rata (4 flat) , akan wujud ke program PMG ni ? Akan ada ke fasi dan urusetia semua ? Penulis paling suka part ni sebab masa tanya adik-adik soalan ni mereka terus TERsenyap , dan TERkedu . Jadi lepas ni kalau ramai adik-adik yang turun program bi makna mereka adalah kumpulan penulis ! (iklan lagi)
Jap jap . Perasan tak , LDK 3 tak ada ? Atas sebab-sebab tertentu , LDK 3 tak dapat dijalankan tapi diganti dengan forum oleh senior-senior PEPIAS yang memang seronok tak boleh cerita ^^
Hmm banyak lagi sebenarnya . Tapi kalau nak cerita very the detail , sampai PMG next 3 years pun belum tentu habis . Banyak yang kami buat masa PMG hari tu . Antaranya tepuk PMG 11 , tepuk KEKUPES , tepuk fasilitator , nyanyian lagu PMG (best best) , persembahan fasi untuk adik-adik , tepuk tenggiling & macam-macam lagi lah (ni saja nak bagi jelous untuk siapa yang tak pergi) . Paling best ; tepuk tenggiling . Nak tau lebih lanjut boleh tanya Abang Muslim ...
Itu aje kot setakat ni . Tulis banyak nanti makin jelous pulak orang-orang di luar sana . Kesimpulannya , keseluruhan program memang mantop lah kiranya ! Apa lagi nak tau ? Boleh tanya yang pergi PMG ye ...
p/s : Asifun jiddan lama tak update . Tak tau nak cerita pasal apa . Lagipun sejak akhir-akhir ni penulis lebih suka membaca , memerhati dan menganalisa . Nak cerita macam malas . Satu perkara yang sejak akhir-akhir ni penulis selalu ingatkan khusus buat diri sendiri ;
Kurangkan dunia . Jangan terpedaya lagi dengan dunia dan segala isinya . Petanda dah banyak yang Allah bagi . Nak tunggu apa lagi ? Kaut saham akhirat sebanyak yang boleh . Boleh jadi esok lusa adalah hari terakhir kita , siapa tahu ? So dah bersdiakah kita ?
No comments:
Post a Comment