20 May 2013

Perlu ke kita pergi usrah?

Hye gadis-gadis cumel serta pemuda-pemuda hensem sekalian :)

oh, silap.

Assalamualaikum w.b.t semua!

ingat ya, dalam kita bersosial ni, perkara paling penting ialah ucapan salam. cuma ungkapan salam itu perlu kena pada tempat, waktu dan keadaannya.

analogi mudah.

**********

"Assalamualaikum Nabeel! tak jawab salam dosa tau."

~krik3~

"Mustaqim, Nabeel kan tengah tido?"

**********

"Assalamualaikum Naim! tak jawab salam dosa tau."

~krik3~

"Mustaqim, Naim kan tengah ehem2."

**********

"Assalamualaikum Jefri! tak jawab salam dosa tau."

~krik3~

"Mustaqim, Jefri kan bisu."

**********



ha, sekarang semua dah faham? jadi, jangan pernah cuba aksi seperti di atas ya!

urm, ni just intro je. tajuk pun tak masuk lagi.

so, perlu ke kita pergi usrah?

eh, haruslah! sebenarnya bukan saja harus, malah sangat-sangat digalakkan. macam kita semua sedia maklum, lahirnya manusia itu bersama dengan dua jenis.

rohani dan jasmani.

saya tahu, rohani itu nama mak jiran saya dan jasmani itu merupakan nama ayah rakan baik saya, namun bukan itu yang saya cuba sampaikan di sini.

mengapa kita perlu menjamah makanan pada setiap hari? jawapannya adalah kerana badan kita memerlukan nutrisi. kita memerlukan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian.



itu jasmani.

bagaimana pula dengan makanan rohani kita? sedang badan kita mendapat makanan keperluannya setiap kali perut kita menyanyikan lagu keroncong, roh kita sedang berteriak, terjerit, terpekik, terlolong meminta dirinya supaya diberikan makanan yang diperlukannya. jadi, apa solusinya?

usrah!

ya, manusia itu, jika dia kaya, kuat, sihat, mana sekalipun, hatinya tetap tidak akan tenteram. jiwanya akan terasa kosong. bukan najwa, tetapi hatinya akan merasakan bahawa hidup ini tidak bererti lagi. ha, dasat kan, sampai macam tu sekali.

tetapi, itulah realitinya.

cuba tanya saya, apa yang saya akan rasa kalau dalam masa seminggu, saya tidak pergi ke usrah? saya mesti akan jawab:

"rase macam kosong. jiwa tak tenteram."



sebab apa saya tahu saya akan cakap macam tu?

saya kan penulis. hehe.

eh, bukan. usrah tu terapi jiwa! masalah kita akan terbang jika kita pegi ke usrah. beban kita akan terasa ringan setelah usrah kita ikuti. di akhir usrah itu, kehebatan ukhwah mampu menghilangkan segala macam masalah yang melanda.

sumpah makan sate 30 cucok kalau tipu.

tulis, baca, cakap saja tak guna. keseronokan usrah itu akan dirasai jika diri kita sendiri yang terlibat dengannya.

cuba try test, bagaimanakah rasanya kemanisan berusrah.

manis giler wa cakap lu :)

3 comments:

  1. waaahhh....~~..rajinnyer update blog..~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, entry yg sangat bagus.. keep it up, tapi cuba wujudkan unsur suspens...

    ReplyDelete
  3. haha..faiz,no prob..laen kali kite buat sesame :)

    ReplyDelete