Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah wa syukurillah ya Rahman , masih juga Kau beri kesempatan buat kami untuk terus berada di muka bumi-Mu ini walau banyak antara kami masih alpa dan leka akan peringatan-peringatan dari-Mu .
What reminder ? Which reminder ?
Hmm . Peringatan untuk kita memakmurkan bumi-Nya . Peringatan bahawa kita adalah khalifah dan hamba di bumi sementara ini . Peringatan bahawa hidup kita hanya sementara cuma . Peringatan bahawa tujuan kita adalah Jannah-Nya .
Na'am . Kita sentiasa lupa . Buktinya ?
Saat kita bergembira . Kita lupa semuanya . Senyum sampai ke telinga orang kata . Lagi parah ,ketawa terbahak-bahak , adakala sampai berguling-guling . Ya , kita lupa . Lupa tujuan hidup . Penulis tak cakap kita perlu serius sepanjang masa . Atau menjadi pembengis atau pemarah . Tapi cukuplah sekadar senyum .
SENYUM . Kenapa cuma senyum ? Salahkah kalau nak ketawa ?
Penulis tak cakap juga ketawa itu salah . Cuba renung kembali sirah kekasih kita , Nabi Muhammad s.aw. Setakat yang penulis pernah baca dan dengar , belum pernah lagi ada hadis atau dalil-dalil yang mengatakan Rasul kita ketawa . Terbahak-bahak . Tergolek-golek sampai nak jatuh longkang . Adakala sampai nak pecah usus perut . Sampai nak tercabut anak tekak .
Hmm . Just imagine . Rasulullah sendiri , yang maksum , yang dijanjikan Jannah-Nya , tak ketawa . Apalagi kita yang berlumuran dosa ni . Bau Syurga pun , confirmkah kita dapat hidu ? Kenapa Rasulullah tak ketawa ?Agak-agak ?
Sebabnya Baginda sering berfikir tentang ummatnya . Berfikir tentang kehidupan akhirat . Tapi kita ? Penulis juga manusia biasa . Tak lah keras membatu je bila ada yang buat lawak . Tapi sebolehnya penulis sendiri cuba sedaya upaya untuk me'minimize'kan rasa lawak tu . Supaya tak terbawak-bawak . Sejujurnya , penulis kagum dengan sesetengah orang yang penulis jumpa , yang sering cuba menahan ketawa ! Sebolehnya tak nak ketawa pun . Jom jadi macam mereka !
Aisyah Radliyallahu’anha bercerita , yang ertinya , “Tidak pernah saya melihat Rasulullah s.a.w tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya . Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum ”
(Riwayat Al-Bukhari)
Tapi bagaimana ? Na'am . Mengawal rasa ketawa tu . Cubalah . Antum wa antunna akan rasa 'kelainan'nya . Penulis sendiri , rasa macam satu kemenangan bila dapat mengawal ketawa . Lagi satu cara . Cuba kita fikirkan akhirat . Atau lebih specific ; NERAKA . Ketawalah , jika kita rasa kita dah confirm jadi penghuni tetap Jannah-Nya .
Rasanya macam dah jauh tersasar . Dah ke laut dah ni . Okaylah . Last week (rasanya) , 13 Februari 2011 , PEPIAS PJ telah mengadakan rehlah gabungan di KLCC . Seronok seronok seronok ^_^ . Alhamdulillah . Moga objektif dan matlamat anjuran rehlah ni tercapai walau tak semua yang turun padang ... Tak dinafikan , ke'best'annya pun kurang , bila tak semua ahli keluarga turut sama ...
Aktiviti kat sana ?
TA'ARUF . EXPLORACE . MAKAN (aktiviti wajib) . PETROSAINS .
Penat tu mesti , tapi kepuasan itu pasti ^_^
Aasif jiddan , tak upload gambar . Because it takes time . Dan penulis perlu baca buku sekarang sebab minggu depan nak exam ^_^
Apa kait , senyum dan ketawa dengan rehlah ni ? Hmm bila kita berehlah , kita senyum , suka . Kita ketawa bila gembira . Tapi harus kita ingat , ianya cuma sementara . Anggaplah kegembiraan kita tu adalah ganti bagi kesedihan kita yang lepas , atau yang akan datang (na'uzubillah) . Orang tua-tua cakap jangan gembira sangat , takut nanti menangis . Tapi orang muda cakap ; its okay . We're well prepared . ^_^
Hmm , pejam celik pejam celik , dah nak habis dah sem II , 2010/2011 . Mantan-mantan kami pun akan ke Kuantan dan Gombak . Semoga berjaya meneruskan kehidupan di sana ! Tak lupa juga kepada yang sedang menghadapi final exam (termasuk penulis) , semoga berjaya menjawab dengan tenang dan sabar soalan-soalan exam yang quite challenging itu !
No comments:
Post a Comment