Assalamu'alaikum w.r.h , awwalan pennulis mohon maaf kerana lambat meng'update' tentang usrah terakhir kami beberapa hari lepas (rasa macam baru semalam) . Aasif , bukan usrah terakhir buat selama-lamanya , cuma usrah terakhir bagi sem II 2010/2011 . Jadinya sem depan yakni sem I 2011/2012 kompemlah ada balik kan ? (dilarang menepuk dahi)
Alhamdulillah , penulis sendiri tak menjangkakan kehadiran ahli-ahli usrah yang ramai (sebelum ni pun ramai jugak , cuma tak sangka kali ni pun ramai) sebab macam ramai yang tak boleh datang tapi apapun alhamdulillah ^_^
Tajuk yang dibincangkan sangatlah hangat (lebih hangat dari biasa) hinggakan penulis rasa seram sejuk malam tu (nak pitam pun ada) . Hmm usrah membincangkan tentang masalah ummah yang hangat diperkatakan sekarang ; BUANG BAYI yang terhasil daripada perbuatan ZINA .
Sangatlah rapat , kaitan antara dua perkataan yang di'bold'kan kerana tak akan terjadinya pembuangan bayi tanpa berlakunya zina (mungkin juga ada tapi dengan peratusan yang sedikit) . Usrah membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ni yakni dengan mengambil langkah pencegahan ; mencegah itu afdhal min merawat . Terlalu banyak yang disuarakan hingga penulis tak sanggup nak 'list'kan di sini .
Namun adakah masalah ummat sahaja yang perlu difokuskan ? Masalah sendiri macamana ? Adakah kita para da'ie terlepas dari melakukan sebarang ketelanjuran ? (geleng-geleng-geleng laju-laju) . Sudah tentu tak . Jadinya persiapan dalaman untuk diri sendiri juga perlu agar satu hari nanti kita tak jadi orang yang terjun ke dalam lubang walhal dulu kita nasihat orang lain agar jangan masuk ke dalam lubang .
Wallahua'lam .
p/s ; mohon maaf pada semua . penulis banyak merapu rasanya . Do'akan penulis , Allah kasi tarik sikit itu nikmat kesihatan ^_^
p/p/s ; sesiapa yang berhajat nak gantikan penulis , boleh contact nombor kat atas tu ye ^_^
No comments:
Post a Comment