“Arghh.. bodohnya aku! Kenapa aku ikut nafsu..?”
“Aduh.. aku kalah lagi dengan nafsu..”
“Kenapa aku begini? Teruknya..”
Kerana
nafsu diri disalahkan.. begitulah keadaan kita apabila terlanjur
melayan kehendak nafsu.
Nafsu mengajak, kita melayan. Nafsu memang
hebat. Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sanggup kita
turuti.
Semuanya kerana apa? Kerana nafsu mengajak melakukan
sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kita suka. Akhirnya, nafsu menjadi
musuh yang sangat kita cintai.
Bayangkanlah.. keburukan nafsu
seperti banyak makan, banyak tidur, banyak cakap, marah-marah, seronok
berhibur, bermegah dengan kecantikan, sombong dengan harta kekayaan,
gila pujian, rasuah, melihat aurat orang lain, dan lain-lain adalah
sesuatu yang memang menjadi kesukaan manusia.
Semuanya ‘best-best’.
Allah ‘Azza Wa Jalla juga ada menyebutkan..
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ
وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan
terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang
diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali
yang baik (surga).”
[3 : 14]
Mahu menentang perkara yang kita suka? Huu.. pasti sukar.
Nafsu
yang menyeronokkan itu tetap akan ada dalam diri kita walau di mana
jua. Apabila nafsu ditentang, diri kita yang terseksa. Menentang nafsu
ibarat menentang diri sendiri. Keperitan dan kesakitannya pasti terasa.
Maka ramailah dalam kalangan kita yang tidak menentang nafsu malah rela
melayannya kerana tidak mahu diri terseksa.
Lalu apa jadi selepas nafsu dituruti?
Kita rasa menyesal atau rasa terhibur?
Kita
kesal? Alhamdulillah.. bersyukurlah sekiranya kekesalan itu wujud dalam
diri kita. ‘Rasa menyesal’ merupakan bukti bahawa kita masih beriman
dan kita masih punya harapan.
Biarlah kekesalan itu mendorong diri
kita untuk bertaubat, memohon keampunan daripada Allah atas
keterlanjuran kita. Jangan ditangguh-tangguh taubat itu kerana
pengampunan Allah tersedia buat hamba-hambaNya yang segera memohon
ampun.
margin: auto;”>
Sabda Rasulullah SAW
مَا
مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ يَقُوْمُ
فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّـهَ إِلاَّ غَفَرَ
اللَّـهُ لَهُ
“Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia menyempurnakan wuduknya.
Kemudian ia bangun, lalu mendirikan salat dua rakaat, seterusnya
memohon keampunan kepada Allah, melainkan Allah mengampunkan baginya.”
[Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]
Mengadulah
pada Allah akan kelemahan kita dalam melawan kerenah nafsu. Selalulah
meminta kekuatan dan petunjuk agar diri kita tidak mudah tergoda oleh
pujukan dan rayuan nafsu.
“Apa jadi kalau diri kita tidak rasa menyesal lalu terus hanyut dengan nafsu?”
Adush.. ruginya.. rugi besar..
Malang sungguh keadaan insan yang sedemikian. Sudah melakukan dosa
namun tiada rasa penyesalan, itu tandanya kita adalah penderhaka.
Langsung tidak rasa bersalah terhadap dosa.
Sepertimana yang disebutkan
oleh Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya orang yang derhaka itu melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya.”
[Riwayat Bukhari]
Ya,
memang benar. Apabila diri kita sanggup menderhaka kepada Allah
semata-mata menurut kehendak nafsu, maka dosa akan dianggap sesuatu yang
biasa. Lepas buat dosa, dibiarkan diri tanpa taubat. Seolah-olah dosa
yang dilakukan itu tidaklah memberi kesan apa-apa melainkan kepuasan
yang menyeronokkan.
Arhh.. apa sudah jadi? Adakah diri kita begitu?
Jangan.
Jangan bersikap sebegitu wahai diri. Jangan jadikan nafsu sebagai
Tuhanmu. Berhentilah menurut kehendak nafsumu. Jangan sampai
keseronokan dan kelekaan kita melayan nafsu menyebabkan kita rosak. Mata
kita jadi buta, tidak dapat melihat kebenaran. Hati kita jadi keras
tidak dapat dilembutkan dengan kebenaran. Lalu kita hidup dalam
kesesatan.
أَفَرَأَيْتَ
مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً
فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
“Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan
Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan
tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?”
[45 : 23]
Jelas
sungguh keterangan daripada Allah itu. Maka marilah kita bersama-sama
takut kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan berusaha menjauhkan diri daripada
segala pujuk rayu hawa nafsu. Mudah-mudahan Redha dan Syurga-Nya menjadi
milik kita. Hayati janji Allah ini;
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
“Dan
adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan
diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat
tinggalnya.”
[79 : 40-41]