31 May 2009

VISI

Menjadikan PEPIAS PJ sebagai wadah untuk melahirkan mahasiswa rabbani dengan mengasimilasikan sepenuhnya nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

MISI

Memastikan setiap ahli PEPIAS PJ mempunyai kefahaman dan penghayatan yang syumul tentang asbab kejadian manusia serta kepentingan ilmu.

HALATUJU

- Mengeratkan ukhuwah sesama ahli secara istiqamah.
- Memperkukuhkan budaya ilmu.
- Menstabilkan perbendaharaan atau dana PEPIAS.
- Menerapkan semangat aktivisma dalam setiap ahli.
MENEMUI HAZRAT ABU DARDA R.A KERANA SATU HADITH.

Hazrat Kathir bin Qais r.a berkata bahawa pada suatu ketika saya duduk bersama Hazrat Abu Darda r.a di dalam Masjid Damsyik. Seseorang telah datang dan berkata, "Saya datang dari Madinah semata-mata kerana satu hadith. Saya dengar bahawa tuan telah mendengar sendiri hadith itu daripada nabi S.A.W.

Hazrat Abu Darda r.a bertanya,"Tidakkah kamu ada apa-apa urusan perniagaan yang lain?"
Beliau menjawab,"Tidak".
Hazrat Abu Darda r.a bertanya lagi,"Apakah tidak ada apa-apa tujuan yang lain?"
Jawabnya,"Tidak, saya datang hanya untuk mempelajari hadith itu sahaja."

Hazrat Abu Darda r.a menjawab,"Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah S.W.T. akan memudahkannya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayap mereka kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka.
Penduduk langit dan bumi akan beristighfar. Kelebihan seorang alim keatas seorang 'abid ialah seumpama kelebihan bulan keatas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s. tidak mewariskan dinar dan tidak juga dirham (wang ringgit) tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapat ilmu, sebenarnya dia telah mendapat suatu nikmat yang besar."
(HR Ibnu Majah)
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa satu hari baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepadaku: Wahai Abu Zar, sepagi kamu mempelajari satu ayat daripada kitab Allah S.W.T adalah lebih baik daripada kamu bersembahyang seratus rakaat nafil dan jika kamu mempelajari satu bab daripada kitab Allah adalah lebih baik daripada kamu bersembahyang seribu rakaat nafil.
(HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah S.W.T membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur) seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia), dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat.
(HR Ibn Hibban)


Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
Firman Allah S.W.T :

"Allah mengangkat martabat orang-orang yang beriman dan mereka yang berilmu pengetahuan kepada beberapa darjat".
(Al-Mujadalah:11)

"Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya".
(Al-Baqarah: 42)

10 May 2009

VISI

Menjadikan PEPIAS PJ sebagai wadah untuk melahirkan mahasiswa rabbani dengan mengasimilasikan sepenuhnya nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

MISI


Memastikan setiap ahli PEPIAS PJ mempunyai kefahaman dan penghayatan yang syumul tentang asbab kejadian manusia serta kepentingan ilmu.

HALATUJU

- Mengeratkan ukhuwah sesama ahli secara istiqamah.
- Memperkukuhkan budaya ilmu.
- Menstabilkan perbendaharaan atau dana PEPIAS.
- Menerapkan semangat aktivisma.

HAZRAT ABU TALHAH R.A. MEWAKAFKAN TANAH BELIAU KERANA TERLALAI DALAM SOLAT.

Suatu ketika Hazrat Abu Talhah r.a. sedang bersolat dalam kebunnya. Seekor burung telah terbang dan oleh sebab pohon-pohon di kebun itu rendang, burung itu tidak dapat menemui jalan keluar dengan cepat. Burung itu berterbangan ke sana ke mari sambil mencari jalan keluar. Beliau terpandang burung itu dan disebabkan oleh pandangannya itu, tumpuan hatinya beralih kepada burung itu dan mata beliau bergerak menurut burung itu.

Tiba-tiba beliau teringat akan solatnya dan beliau telah terlupa bilangan rakaat yang beliau telah kerjakan pada masa itu. Beliau begitu sedih kerana kebun itulah beliau terkena musibah tersebut yakni terlupa dalam solat. Dengan segera beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan kisah yang sebenarnya, "Disebabkan kebun itu, saya terkena musibah yang sedemikian. Oleh sebab itu, saya serahkan kebun itu untuk jalan Allah S.W.T. Tuan belanjakanlah kebun itu mengikut jalan yang tuan suka.

Demikian juga telah berlaku pada zaman pemerintahan Hazrat Uthman r.a. Seorang sahabat Ansari r.a. sedang bersolat dalam kebunnya. Disebabkan buah yang banyak dan berat, tandan-tandan itu tunduk ke bawah. Beliau telah terpandang tandan-tandan itu dan beliau gembira melihat tandan-tandan yang dipenuhi buah sehingga menyebabkan hatinya tertumpu kepada tandan-tandan itu.

Oleh sebab itu, beliau tidak ingat lagi bilangan rakaat yang telah dilakukan. Kesedihan dan kerunsingan beliau begitu hebat sekali lalu beliau membuat keputusan nekad bahawa kebun itu tidak boleh dimilikinya lagi. Oleh sebab itu, beliau telah berjumpa Hazrat Uthman r.a. lalu berkata, "Saya ingin membelanjakan kebun ini di jalan Allah S.W.T. Lakukanlah apa-apa yang tuan suka".

Hazrat Uthman r.a. telah menjual kebun itu dengan harga lima puluh ribu dirham dan membelanjakan wang itu untuk kerja-kerja agama.(Muwatto' Imam Malik)
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Muslim Taghlibi r.a. katanya, "Saya menemui Hazrat Abu Umamah r.a. semasa beliau berada di masjid. Saya bertanya kepadanya, "Wahai Abu Umamah, sesungguhnya seorang lelaki telah memberitahu kepada saya bahawa tuan telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan sempurna, membasuh kedua-dua tangan dan mukanya serta menyapu kepala dan kedua-dua telingany. Kemudian dia mendirikan solat fardhu maka Allah S.W.T. akan mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan oleh kedua-dua kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, kedua-dua tangannya yang digunakan untuk berbuat maksiat, kedua-dua telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, kedua-dua matanya yang melihat maksiat dan maksiat yang dilakukan oleh hatinya pada hai itu".

Hazrat Abu Umamah r.a. menjawab, "Demi Allah, saya telah mendengar sabdaan ini berkali-kali daripada Rasulullah S.A.W. (HR Imam Ahmad)


Dari Muslim bin Haris Tamimi r.a. berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berkata secara senyap-senyap kepadaku: Selepas kamu bersolat Maghrib hendaklah kamu membaca “Allahumma Ajirni Minan-naar” (Wahai Allah, hindarilah aku daripada api neraka) sebanyak tujuh kali. Apabila kamu membaca doa ini dan jika kamu ditakdirkan mati pada malam itu, nescaya Allah hindarkan kamu dari api neraka. Dan apabila kamu membacanya selepas solat Subuh, sebanyak tujuh kali dan jika kamu ditakdirkan mati pada hari itu, nescaya Allah akan hindarkan kamu daripada api neraka. (HR Abu Daud)
Seperti yang diketahui umum, wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa minggu lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat.

Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes. Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi buat masa ini 9 orang telah dikesan. Virus H1N1 telah mengorban mangsa pertamanya di Kanada semalam, menjadikan ia negara ketiga melaporkan kematian akibat penyakit berkenaan selepas Mexico dan Amerika. Setakat ini, 3400 orang sakit di 28 buah negara akibat virus ini.


Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan jenis yang baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.


Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Renung-renungkan :
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah Al-Nahl Ayat 115)

04 May 2009

VISI
Menjadikan PEPIAS PJ sebagai wadah untuk melahirkan mahasiswa rabbani dengan mengasimilasikan sepenuhnya niali-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

MISI
Memastikan setiap ahli PEPIAS PJ mempunyai kefahaman dan penghayatan yang syumul tentang asbab kejadian menusia serta kepentingan ilmu.

HALATUJU
- Mengeratkan ukhuwah sesama ahli secara istiqamah.
- Memperkukuhkan budaya ilmu.
- Menstabilkan perbendaharaan atau dana PEPIAS PJ.
- Menerapkan semangat aktivisma dalam setiap ahli.
NABI IBRAHIM INGIN MELIHAT BAGAIMANA MAKHLUK YANG SUDAH MATI DIHIDUPKAN KEMBALI OLEH ALLAH.

Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik dan persembahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya, ingin terlebih dahulu mempertebalkan iman dan keyakinannya, mententeramkan hatinya serta membersihkannya dari keraguan yang mungkin mengganggu fikirannya.

Lantas beliau memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati. Berserula ia kepada Allah: "Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati". Allah menjawab seruannya dengan berfirman: "Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?" Nabi Ibrahim menjawab: "Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepalaku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan hati dan supaya makin tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kekuasaan-Mu".

Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkan kepada beliau untuk menangkap empat ekor burung. Setelah memperhati dan meneliti bahagian-bahagian burung itu, beliau pun memotongnya dan memisahkan setiap bahagian serta mencampurkan bahagian-bahagian tersebut. Lalu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat buah bukit yang berjauhan diantara satu dengan yang lain. Setelah melakukan seperti apa yang telah diisyaratkan oleh Allah, Nabi Ibrahim diperintahkan sekali lagi untuk memanggil burung-burung yang sudah bercerai bahagian tubuhnya dan terpisah jauh diantara satu bahagian dengan bahagian yang lain tadi.

Dengan izin Allah dan kuasa-Nya, datanglah berterbangan empat ekor burung tadi dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala. Apabila mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya, lalu hinggaplah empat burung yang hidup kembali itu di hadapannya. Melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati, sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keraguan di dalam iman dan keyakinannya, bahawa kekuasaan dan kehendak Allah tidak ada sesuatu pun di langit atau di bumi yang dapat menghalang atau menentangnya dan hanya berkata "Kun" yang difirmankan oleh-Nya maka terjadilah akan apa yang dikehendaki "Fayakun".
Dari Abdullah bin Amru r.a, Nabi S.A.W. bersabda, "Ada dua perilaku yang jika keduanya dibiasakan oleh seorang Muslim, maka ia akan masuk syurga. Ia sangat mudah dilakukan, namun yang melakukannya sangat sedikit. Kalimah itu adalah bertasbih setiap selesai shalat sebanyak 10 kali, bertahmid sebanyak 10 kali, dan bertakbir 10 kali.Semuanya ada 150 kali diucapkan dengan lisan, namun ia adalah 1500 kali menurut timbangan Allah.

Dan bertakbirlah sebanyak 34 kali jika hendak tidur, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertasbih sebanyak 33 kali. Jumlahnya adalah sebanyak 100 kali jika diucapkan secara lisan, namun 1000 kali jika menurut timbangan Allah".

Aku telah melihat Rasulullah S.A.W. melakukannya. Kemudian mereka bertanya, "Bagaimana mungkin beliau mengatakan kedua-dua hal ini mudah dan yang melakukannya adalah sedikit?" Kemudian beliau mengatakan, "Syaitan mendatangi salah satu daripada kalian ketika ia tidur. Maka ia akan membuatnya tertidur sebelum mengucapkan kalimah tadi. Dan juga syaitan akan mendatangi seseorang dalam shalatnya, dan mengingatkannya tentang sesuatu dalam shalatnya".

(HR. Turmudzi)
"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya".
(An-Nisa':40)


"Barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung".
(Al-Mu'minun:102)

"Dan barang siapa ringan timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam".
(Al-Mu'minun:103)