10 May 2009

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Muslim Taghlibi r.a. katanya, "Saya menemui Hazrat Abu Umamah r.a. semasa beliau berada di masjid. Saya bertanya kepadanya, "Wahai Abu Umamah, sesungguhnya seorang lelaki telah memberitahu kepada saya bahawa tuan telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan sempurna, membasuh kedua-dua tangan dan mukanya serta menyapu kepala dan kedua-dua telingany. Kemudian dia mendirikan solat fardhu maka Allah S.W.T. akan mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan oleh kedua-dua kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, kedua-dua tangannya yang digunakan untuk berbuat maksiat, kedua-dua telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, kedua-dua matanya yang melihat maksiat dan maksiat yang dilakukan oleh hatinya pada hai itu".

Hazrat Abu Umamah r.a. menjawab, "Demi Allah, saya telah mendengar sabdaan ini berkali-kali daripada Rasulullah S.A.W. (HR Imam Ahmad)


Dari Muslim bin Haris Tamimi r.a. berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berkata secara senyap-senyap kepadaku: Selepas kamu bersolat Maghrib hendaklah kamu membaca “Allahumma Ajirni Minan-naar” (Wahai Allah, hindarilah aku daripada api neraka) sebanyak tujuh kali. Apabila kamu membaca doa ini dan jika kamu ditakdirkan mati pada malam itu, nescaya Allah hindarkan kamu dari api neraka. Dan apabila kamu membacanya selepas solat Subuh, sebanyak tujuh kali dan jika kamu ditakdirkan mati pada hari itu, nescaya Allah akan hindarkan kamu daripada api neraka. (HR Abu Daud)

No comments:

Post a Comment