31 May 2009

MENEMUI HAZRAT ABU DARDA R.A KERANA SATU HADITH.

Hazrat Kathir bin Qais r.a berkata bahawa pada suatu ketika saya duduk bersama Hazrat Abu Darda r.a di dalam Masjid Damsyik. Seseorang telah datang dan berkata, "Saya datang dari Madinah semata-mata kerana satu hadith. Saya dengar bahawa tuan telah mendengar sendiri hadith itu daripada nabi S.A.W.

Hazrat Abu Darda r.a bertanya,"Tidakkah kamu ada apa-apa urusan perniagaan yang lain?"
Beliau menjawab,"Tidak".
Hazrat Abu Darda r.a bertanya lagi,"Apakah tidak ada apa-apa tujuan yang lain?"
Jawabnya,"Tidak, saya datang hanya untuk mempelajari hadith itu sahaja."

Hazrat Abu Darda r.a menjawab,"Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah S.W.T. akan memudahkannya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayap mereka kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka.
Penduduk langit dan bumi akan beristighfar. Kelebihan seorang alim keatas seorang 'abid ialah seumpama kelebihan bulan keatas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s. tidak mewariskan dinar dan tidak juga dirham (wang ringgit) tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapat ilmu, sebenarnya dia telah mendapat suatu nikmat yang besar."
(HR Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment