09 November 2011

Selamat!


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, dan seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah 'azza wajalla, kerana dengan izinNya, dapat kita berjumpa lagi di medan maya ini buat ke julung kalinya! :)

Apa dan mengapakah tajuk entri kali ni cuma selamat? Selamat datang? Selamat tinggal? Atau Selamat Hari Lahir?

Fleksibel.

Pertama-tamanya, selamat kembali ke medan perjuangan kepada sahabat-sahabat kita yang mengambil short sem. Dan selamat kembali kepada kepeningan dan ketensionan yang melampau yep :) Berperang dengan asignment, exam dan exam...

Dan bagi yang telah menamatkan pengajian di cfs tercinta, atau yang bakal menamatkannya pada tahun ini, pun selamatlah tinggal kepada anda semua... Moga berjumpa lagi... Kalau tak di dunia, biarlah di Syurga sana~ Ameen~

Seterusnya, Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang berkenaan... Kepada yang dah tua, dan yang hampir tua, atau yang dah sedia tua, Selamat Hari Lahir kepada anda! Penulis bukan tak mahu mendo'akan, tapi disebabkan tempoh atau had umur entum telah Allah tentukan, jadi tak dapeklah nak do'a 'semoga panjang umur'. Tapi sebaliknya, semoga umur yang Allah kurniakan itu, tak kiralah sama ada pendek atau panjang, moga ianya diberkati dan dirahmati... :)

Dan mungkin ini 'selamat' yang terakhir. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Atau yang paling penulis suka, SELAMAT BERKORBAN.

Kalau zaman para anbiya' dulu, Nani Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s, kita di zaman serba canggih dan advance ni, apakah yang telah kita korbankan? Setimpalkah pengorbanan yang telah kita lakukan demi melayakkan diri kita ke JannahNya?

Apakah yang telah kita korbankan sepanjang hayat kita ini? Hati dan perasaan? Jiwa dan raga? Harta dan kemewahan? Atau jasad dan nyawa? Yang mana satukah? Ceciter ceciter~

Hmmm... Semuanya adalah bentuk-bentuk pengorbanan. Sesuatu yang kita sayangi atau ingini, tapi kita tahan dari menuruti, itulah pengorbanan. Kita nak bersuka-ria, joli sana sini, tapi kita tahan semua tu, sebalkinya sedekahkan apa yang kita ada pada yang lebih memerlukan. Itu dikira pengorbanan.

Kita tengok ramai orang zaman sekarang, atau lebih molek lagi kita panggil pasangan yang berkasih-kasihan (ouh gelinya tekak ambo), tak kiralah sama ada dengan jalan halal atau sebaliknya, kita pun nok jugok! Amboih dok gatai naa! Tapi oleh sebab kita tau kita tak mampu, kita tahan nafsu dari dituruti, dan kita bersabar demi sebuah ikatan suci (ececeh...)... Padahal kita boleh je nak buat cenggitu jugak. Dengan cara yang haramlah tapi kan. Tapi kita rela berkorban. Ini pun dipanggil pengorbanan apa???

Tahap pengorbanan seseorang itu bergantung kepada kekuatan seseorang itu dalam menghadapinya. Aiseh, dalam Al-Qur'an dah banyak kali Allah sebut, mafhumnya, takkan dibebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Jadinya, kalau awok tu dop buleh nok tanggung sesuatu masalah tu, tak dop la Allah bagi ke awok ye dop??

Kesimpulannya, pengorbanan itu mungkin, memberi kesusahan sikit pada kita. Ye lah, nak korbankan perasaan, duit yang dah memang tinggal seciput, ingat senang ke??? Memang susah sikit. Tapi impaknya, memang maksima! Sesuailah dengan pepatah, bersuah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak pun, kalau awok tokse gak, buleh jugok, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudie! Ikut kat awok la deh! Kawe tokse keno bakor dale api. Kalau awok nok, buleh jah. Kawe tengok awok dari jauh deh~



Renung-renungkan, dan selmat beramal ! :)

09 October 2011

Setelah sekian lama.


Bismillahi Rahmani Rahim.

Subhanallah. Setelah sekian lama, kalau tak silap semenjak bulan Ramadhan lagi, Encik B telah dipinggirkan. Aduhai... Mana taknya, setelah menyibukkan diri di bulan Ramadhan, Syawal pula
menjelma. Naik cuti, semakin banyaklah pihak yang nak tambah lagi kesibukkan yang dah sedia sibuk. Dan yang terbaru, final exam.

Tapi walau apapun, alhamdulillahi rabbil 'alamin, pada hari dan saat ini, Allah memberi peluang kepada diri penulis untuk mengyedut semula segala habuk hama dan segala jenis insect-insect yang ada dalam blog ni :)

Alhamdulillah, seperti yang semua maklum, kami pelajar CFS UIA PJ dan NILAI baru je habis exam minggu lepas. Tapi ada juga yang habis awal minggu ni. Alhamdulillah. Walau kami sibuk di akhir-akhir minggu sebagai membuat persediaan akhir semester, kami warga pepias pj berjaya melaksanakan program sekolah terakhir bersama beberapa
ahli pepias dari cawangan lain yang berlapang dada membantu di SMK Bandar Baru Sri Petaling.


Alhamdulillah, walaupun sejujurnya memang agak busy dekat dekat tarikh program, tapi berjaya jugak kami laksanakan program tersebut selama 2 hari 1 malam. Walaupun ada 'insiden' yang berlaku, segalanya tetap memberi kami ilmu yang baru. Syukur alhamdulillah :)

Bersama Abang Lukman

Si conquer di atas pentas

Fasilitator

Sorang yang nak makan, tapi 3 orang buka mulut

Sebahagian peserta

Banyak lagi memori antara kami yang tak terakam di sini. Harapnya ukhuwwah kami tak berakhir di sini, memandangkan ramai antara kami akan bermastautin pula di UIAM Gombak bersama senior-senior kami pada tahun hadapan :)

Bagi yang tak ada short sem, termasuklah penulis sendiri, semoga cuti yang 'dikurniakan' selama hampir 3 bulan lebih ni digunakan sebaiknya. Isilah ia, penuhilah ia dengan ilmu dan amal tanpa henti, tanpa putus asa. Moga pengakhir kehidupan kita, tidaklah dihiasi dengan dunia semata~

Jazakallahu lakum wa syukran jaza' 'alaikum, atas segalanya. Wang ringgit, masa dan tenaga, kasih sayang dan ukhuwwah antara kita, serta keikhlasan dalam perjuangan bersama :)

06 August 2011

Ramadhan Kareem .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Alhamdulillah wa syukurillah , bertemu kita di saat dan ketika ini , walau kian dihambat masa di akhir zaman kini .

Alhamdulillah , usai bersolat tarawih di surau tadi , penulis diberi kesempatan lagi oleh Allah , untuk memberi makanan kepada rohani yang kian lama kian lapar dan dahaga . Allahu Akbar .

Kurang pasti dengan tajuknya , tapi isinya masyaAllah , terlalu tinggi nilainya .

Penulis tak mahu buang masa lagi , memandangkan tiada masa sepatutnya yang dibazirkan di bulan penuh barakah ini .

Imam baca surah panjang gila .

Inilah rungutan yang selalu kita dengarkan atau lebih tepat lagi yang selalu kita ungkapkan . Tak dinafikan , penulis juga tak terkecuali . Tapi alhamdulillah , disedarkan kembali oleh Al-Fadhil ustaz sebentar tadi . Beliau berkata , kenapa perlu kita rungutkan bila pak imam baca panjang-panjang , sedangkan pak imam tu sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berlama-laman menghadap Allah ??? Allahu Akbar . Tersentap kot . Ustaz bagi analogi , kalau si pemerah tebu boleh perah tebu 3-4 jam , kenapa berdiri depan Allah yang tak sampai sejam tu kita tak sanggup ? Renung-renungkan ....

Apa lagi ye ? Hmm ustaz juga ada ceritakan tentang kemanisan solat . Kemanisan sewaktu berdiri , rukuk , duduk di antara dua sujud , sujud dan sebagainya . Allahu Akbar . Tak pernah terbayang akan nikmatnya semua itu sewaktu solat .

Di mana sewaktu rukuk dan sujud , itulah saat kita menghinakan diri kita di hadapan Allah . Tapi kebanyakan kita , bila rukuk , bila sujud , semua nak cepat-cepat . Tak sanggup nak rukuk , sujud lama-lama . Rukuk lama-lama nanti sakit pinggang . Sujud lama-lama nanti berdarah dahi . Aduhai ..... Manusia oh manusia . Tu lah ustaz cakap , kalau dapat dirasa kemanisan tu , lama-lama rukuk , sujud pun tak apa .

Lagi ustaz ada cerita tentang takabbur . Yang mana kalau kita tahulah , bila ada rasa takabbur dalam diri walau sebesar zarah , selamat jalanlah dari Syurga jawabnya . Sebab siapa yang punya sifat tu , confirm tak akan masuk Syurga . Allahu Akbar . Walau sebesar zarah , kita tak boleh masuk Syurga . Tapi di hati kita , dlam diri kita , adakah sebesar zarah je sifat itu ? Atau dah ada kerajaan dah sifat takabbur dalam diri kita ? Na'udzubillah ...

Zaman khalifah dulu pun , Khalifah Umar Abdul Aziz , pernah ditegur oleh seorang ahli sufi . Kerana pada suatu hari Khalifah Umar memakai baju yang sedikit mahal . Maklumlah , kan beliau seorang khalifah ? Tak pelik kalau nak pakai baju yang sedikit mahal . Tapi kita ? Bukan siapa-siapa kat dunia ni , tapi sibuk nak bergaya dengan benda-benda mahal !!! Apa yang ahli sufi ni cakap lebih kurang macam ni ; ya Umar ! Dari manakah asal kamu ? Kamu berasal dari tempat kencing ayah kamu ! Dari tempat yang hina . Wajarkah untuk kamu seperti itu ? Hmm lebih kuranglah . Tak berapa nak ingat ceritanya . Tapi maksudnya , kita ni berasal dari tempat yang hina , tapi berlagak macam kita ni terlalu agung dan mulia di dunia !

Lihatlah , betapa mereka pada zaman khalifah dahulu sangat berjaga-jaga dengan tipu daya dunia . Tapi kita ? Makin lama makin leka . Padahal Hari Kiamat dah menunggu kita ! Allahu Akbar ... Lagi , ustaz cakap , bila kita berdo'a pun , sibuk nak minta dunia . Minta dimurahkan rezeki , minta panjang umur , minta naik pangkat , dan macam-macam lagilah berkaitan dunia . Padahal sejak kita dalam perut ibu kita lagi Allah dah tetapkan semuanya buat kita . Nak minta buat apa lagi ??? (tiba-tiba terlebih bersemangat) Walhal nasib kita di akhirat sana pun tak tentu lagi macamana . Kenapa tak kita minta supaya dipelihara dari bakaran azab api neraka ??? Allahu Akbar ...

Ada jugak ustaz sentuh tentang isu cincin bernilai RM 24 juta . Na'am , RM 24 JUTA . Bayangkan , macam-macam yang boleh dibuat , boleh dibeli dengan RM 24 juta tu . Tapi , ianya jadi tak bernilai bila RM 24 juta tu terletak di jari seseorang buat tatapan umum . Allahu Akbar . Tambah beliau , beliau sejujurnya menitis air mata bila dengar cerita ni . Sebabnya , ramai pelajar beliau yang menuntut ilmu di negara arab sana , tak ada duit walau untuk membeli makanan . Dikecilkan skop lagi , ustaz kata , ibu-ibu tunggal di Malaysia ni pun belum tentu ada barang-barang persiapan buat anak-anak mereka khususnya , untuk menyambut Hari Eidul Fitri nanti . Allahu Akbar ...

Banyak lagi yang ustaz ceritakan . Tapi mampu nak cerita semua kat sini . Rasanya cukuplah setakat ini . Sebelum terlupa , Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpesta Ibadah di bulan mulia ini :)

Salam Ramadhan Kareem . Moga dipertemu lagi di lain hari :)

Salam 'alaikum li jami'an .

13 July 2011

Buat baik .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allah .
One word that described eveything .
Allahu Akbar . All praises to Allah for everything He gave to us .
Either good or bad .

Allah .

Alhamdulillah , berjumpa lagi kita kali ini dalam rancangan , tazkirah pepias PJ !

Allahu Akbar , saban hari mengejar waktu , nak selesaikan itu dan ini . Alhamdulillah, diberi juga kesempatan untuk menconteng bukan di muka buku , tapi di muka Encik Blog .

Alhamdulillah , selesai sudah usrah bagi minggu ke-3 semalam . Dalam banyak-banyak perkara yang dibincangkan dan dibahaskan semalam , penulis paling suka nak highlightkan beberapa perkara .

Hidup Ibarat Roda yang Berputar .

Betulkan kalau tersalah . Hidup ini diumpamakan ibarat roda yang berputar . Kalau hidup ibarat roda je , yang rosak tak boleh pusing lagi tu apa cerita ? Jadi apa yang dimaksudkan dengan frasa di atas ? Bi makna , kadang-kala kita di atas , kadang-kala kita di bawah . Tak selamanya di atas , tak selamanya juga di bawah .

Begitu jugak dengan apa yang kita buat . Bak kata seseorang dalam usrah semalam , kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan . Sebagai contoh , mulut jahat kita ni tak habis habis nak mengutuk mengumpat cela orang lain . Walhal diri bukanlah hebat mana pun . Let say la kita cakap ' eii gemuknya dia ni . tak jaga makan la tu '. Tak pun , ' mak aih pendeknya tudung dia ni . kain lap lagi besar gamaknya '. Allahu Akbar .

Satu pesanan ringkas dan padat . Jangan terkejut , tapi sebaliknya bersedialah . Kerana Allah pasti akan mengujimu dengan apa yang kamu perkatakan . Berdasarkan contoh tadi , tak mustahil entum akan jadi gemuk , atau lebih gemuk dari orang yang entum maksudkan . Dan tak mustahil jugak , tudung entunna akan jadi lebih pendek , bahkan mungkin tercabut terus dari kepala . Na'udzubillah . Sebab tu lah adanya Allah sebut ; adakah mereka mengaku beriman sedang mereka tidak diuji ?

Niat dah ada , buat ajelah .

Niat ni bukan untuk buat benda tak baik , tapi benda yang baiklah kiranya . Sebagai contoh , kita dah berazam , mulai dari esok , tak nak lagi HUHA HUHA , gelak guling-guling sana sini , bercampur muslimin muslimat lah bagai . Tapi bila tiba keesokan harinya , lain pulak kisahnya . Tersengih-sengih tersenyum-senyum macam kerang busuk , last last apa yang diniatkan tu tak jadi ... Alahai ...

Lagi satu contoh . Niat nak jadi kaki masjid . Dalam erti kata lain , kalau boleh nak solat 5 waktu berjema'ah kat sejid sokmo . Tapi esoknya , dah la solat pun dah hujung-hujung , jema'ah pulak entah ke mana . Tangguh punya tangguh , langsung tak jadi apa .

Nak dijadikan cerita , semalam ada yang cerita , tentang satu kisah benar . Dia ada sahabat , yang mana sahabat ni akui yang dia tak pandai mengaji Qur'an . Pendekkan cerita , hamba Allah ni pun buat keputusan untuk belajar memngaji Qur'an kat sebuah rumah anak yatim ni . Tapi hamba Allah ni bukan anak yatim , cuma mengaji di sana . Dipendekkan lagi cerita , satu hari hamba Allah ni meninggal ketika sedang mengaji di rumah anak yatim ni . Tambah pulak cerita , hamba Allah ni merupakan salah seorang mangsa tanah runtuh tu . Allahu Akbar . ~al-Fatihah~

Teringin nak meninggalkan dunia ni dengan sebaik-baik pengakhiran . Tapi rasa tak layak . Sangat tak layak .

Konklusinya , kalau kita dah terlintas di hati nak buat sesuatu kebaikan , buat aje . Jangan difikir kesan atau impak yang kita tak pasti . Contohnya kita nak derma rm50 , tapi kita tak jadi derma dek memikirkan apa yang orang nak kata . Padahal kita tak tau , betul ke ada yang akan mengata nanti ? Lagipun mana yang kita nak cari sebenarnya , redha Allah atau redha manusia semata ???

Macam kes hamba Allah yang syahid tadi . Cuba kita ambil tempat dia . Tapi kita buat keputusan untuk tak nak belajar mengaji hari tu . Ditakdirkan Allah , kejadian tanah runtuh tu berlaku di hari yang kita tak nak pergi . Kan dah terlepas antara pahala terbesar yakni pahala syahid ? Penulis bukanlah seorang yang sangat baik jadi impian untuk syahid atau husnul khatimah tu sangaaaatlah besar . Allahu Akbar . Layakkah kita ?

Penutup .

Sebelum penulis tutup kedai , sukalah kiranya untuk penulis ingatkan semua termasuk diri sendiri tentang hari yang tidak ada keraguan padanya ; yakni Hari Kiamat . Hari di mana setiap apa yang kita lakukan hatta sebesar zarah sekalipun tak akan terlepas dari hitunganNya . Kita semua tak tahu bila due date kita , penulis juga tak tahu , dan tiada siapa pun yang tahu sebenarnya . Sama ada kita dah dekat dengan tarikh tu , atau belum , Allahu'alam .

Jadi , selama kita masih diberi kesempatan ni , apalah salahnya kita cuba sehabis baik untuk buat apa yang termampu ? Walau sekecil-kecil perkara sekalipun . Hatta , memenuhi jemputan orang , atau menyenangkan hati seseorang pun insyaAllah dah dicata nilai pahalanya . Jadi kenapa kita tak gunakan masa yang ada untuk buat amalan sebagai bekalan untuk hari esok ? Atau kita nak tunggu nyawa di kerongkong baru nak terfikir untuk buat itu dan ini ?

Sesungguhnya pengetahuan tentang ajaldan maut itu hanyalah di sisiNya .

Allahu'alam .


* * * * * * * * * * * * * * *
Memandangkan weekend nanti ada family day pepias , sedikit titipan buat semua . Agar masing-masing beringat untuk menjaga muamalah dan ikhtilat antara muslimin muslimat .

Subhanallah , seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim , tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta , segan berkongsi cerita selain dari yang halal baginya , kerana percayalah , bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang adalah cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya dari akhawat juga . Jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatanmu dengan muslimin di matamu . Ayuh koreksi diri , selagi nyawa masih dipinjami , insyaAllah pintu JannahNya masih lagi terbuka !

p/s : kalau entum tak kisah bakal pasangan hidup entum berHUHA HUHA atau bersuka ria , bergelak ketawa dengan galaknya sesama berlainan jantina , then it shud be ok if u're one of it . Ingatlah , yang baik untuk yang baik , yang kurang baik untuk kurang baik . Peringatan untuk diri sendiri juga =)

p/p/s : awatnya tiba-tiba cakap pasal kahwin ni ? penangan musim senior-senior pepias yang berjaya dirikan masjid mereka =)

01 July 2011

Yang Lebih Indah Daripada Cinta

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allah , tiba-tiba digerakkan hati ini untuk sama-sama berkongsi dengan sahabat sahabiyyah semua . Sesuatu yang penulis baru je baca kat iluvislam tadi .

Ingatlah , setiap apa yang penulis buat , entum , atau sahabat entum buat , semuanya telah digerakkan oleh Allah , diilhamkan olehNya .

* * * * * * * * * * * * * * *

Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia... Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah...

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. "Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan "pertunjukan" dengan peranan yang lebih berkesan.

Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus... Bagaimana? Masih berserikah wajah si dia seperti yang kita lihat pada malam pertama?

Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih "ekstrem" lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, "aku terima nikah," oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya...

Walaupun begitu bagi si isteri... penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain "virus" perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
"Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?"
"Tergodakah dia bila di belakangku?"
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang "diganggu" panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu... tetap di sini, di hati ku!

Ada si suami yang curi-curi memeriksa "inbox" dan "sent" telefon bimbit isteri kalau-kalau adaSMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada "kesan-kesan" tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut "disoal siasat" oleh isterinya?

"Ini bil makan, abang makan dengan siapa?"
"Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?"
"Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?"

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal "perang besar". Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan"alibi"!

Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah "on going" (berterusan) sifatnya.

Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.

Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.

Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
"Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama."
"Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu..."

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri... sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai... itulah dipercayai!

Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar "Al Amin" (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

- Artikel iluvislam.com

29 June 2011

KKPI 2011

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allah , Allah , Allah . Alhamdulillahi rabbil 'alamin .

Allah , telah Kau gerakkan hati ini , tangan ini , jari-jemari ini , akal ini , dan segala-galanya untuk menulis kali ini . Moga setiap apa yang dicoretkan dapat memberi ibrah kepada pembaca , sebagai sedikit bekalan buatku di kemudian hari insyaAllah .

Segala puji bagi Allah , penulis , juga para pembaca masih lagi mampu menghirup udara milikNya , walau acapkali timbul persolan di benak fikiran ; masih adakah lagi esok buat aku ?

Moga segala apa yang dikurniakan Allah buat kita , kesenangan mahupun musibah , seperti yang dibincangkan dalam Usrah Pembukaan kami semalam , mampu membuatkan kita semua bersyukur .

Kenapa perlu bersyukur bila ditimpa musibah ???

Kerana dari berjuta juta berbillion bermillion trillion manusia dan makhluk kat dunia ni , Allah telah memilih kita untuk menerima tanda kasih sayangNya . Bi makna bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk beri ujian ni . Semuanya untuk buat manusia bersyukur danhampir denganNya .

Allah , mampukah aku walau mencium sedikit bau JannahMu ?

Back to main topic . Sepatutnya kena ada dua tiga empat atau lima column untuk letak tajuk sebab entry yang ditulis bukan hanya tertumpu pada satu tajuk . Tapi tak apa , nanti pening pulak Encik Blog ni .

Sekarang penulis nak ceritakan , bukan serba sedikit , tapi serba tak berapa nak banyak tentang KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM atau KKPI 2011 . Oleh sebab penulis bukan pergi sana sebab nak seronok atau dua tiga ronok , jadi tak adalah nak cakap seronok kan ? Tapi alhamdulillah , banyak yang Allah bagi sepanjang berprogram 3 hari 2 malam kat sana .

Bertempat di Kem MAPPETRA , Sg.Lui , Hulu Langat . Bertolak dari CFS dalam pukul 2 lebih (dekat-dekat pukul 3) , ke Stesen U . Sampai stesen U kami ke stesen Taman Jaya yang tak berapa nak jauh sangat , sebab cuma satu stesen je pun . Sampai Taman Jaya kami pun teroponglah teksi-teksi yang tak berpenumpang untuk ke Yayasan Selangor . Untuk pengetahuan semua , Yayasan Selangor sangat sangat sangatlah jauh dari situ yakni adalah dalam 3minit kot penulis agak-agak .

Dipendekkan cerita , dekat sejam kami entertained kanak-kanak yakni peserta-peserta kkpi yang dah sampai kat situ , barulah muncul bas untuk ke Sg.Lui . Pendek lagi cerita , alhamdulillah sampai jugak kat kem tu dalam pukul 6.45petang . Sampai sana , bermulalah tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami semua ....

Hmmm sebenarnya tak berapa tau sangat nak cerita pasal apa . Yang pastinya , untuk pembaca semua dapat gambaran tentang kem ni , dia ada 3 dorm yang bersebelahan untuk lelaki dan 3 dorm untuk perempuan . Kantin dia pulak , nak cerita pun tak larat . Bayangkan , kalau lepas habis makan kat kantin , lepas tu nak ke dewan , memang boleh lapar balik . Siap boleh sakit jantung , muntah , loya-loya , pening-pening , semualah . Mana taknya , tangga dia sangatttttlah curam , lebar , dan tinggi . Kalau tak silap ada 3 stage tangga dia . Sampai stage ke 3 atau tangga teratas , memang tak sah kalau tak tercungap-cungap , gasping for air ...... (tarikh nafas jap , teringat masa kat kem hari tu)

Pendek lagi cerita , malam pertama tu , semuaaaaaaa biro kena tembak dengan Abang K . Biasalah , ramai yang pertama kali jadi komiti . Tak kurang ada jugak yang baru je dengan pepias ni . Memang agak *&^%$%# (ni bukan mencarut , but ive no word tu describe the feeling . harap maklum) . Dah la tengah mengantuk tahap langit ke-7 , kena pulak ceramah 2 3 episod . Layan je laahh ...

Ada apa lagi yang penulis tertinggal ke? Hmm tak berapa nak ingat . Ha , penulis jadi teringat pada beberapa orang peserta yang FREE HAIR . Memang betul . Free hair . Allah ... Mulanya agak gelabah jugak . Apa nak buat , apa nak buat . Terlintas jugak bisikan syaitan dalam hati . Tapi alhamdulillah , diri kembali termuhasabah .

Cuba kita renung sejenak , kalau kita nampak perkara-perkara atau orang-orang yang kurang sempurna imannya , let say la macam yang free hair ke , yang tak jaga ikhtilat , yang couple atau yang sewaktu dengannyalah . Kita cenderung untuk kutuk mereka kan ???

" Eee apasal dia tak pakai tudung ? Rambut berkarat pulak tu (dye rambut) ".
" Eh , pakai serban . Pakai tudung labuh . Macam ustaz ustazah pun ada . Tapi sembang kemain lagi ".
" Ek eleh , tergedik sana , tergedik sini . Pegang-pegang tanganlah bagai . Nak muntah I ".

Hmmm I lagi nak muntah dengan U all . U ingat U baik sangat ke ? U dah habis alim ke ?

Tak boleh ke kalau kita mendo'akan mereka je ? Habis cerita . Dah kalau rasa tak boleh nak ubah dengan kuasa , dengan tangan , do'akanlah mereka . Kadang-kadang sedih jugak tengok mereka ni , mungkin mereka tak tahu . Tak didedahkan atau tak faham mana dosa mana pahala . Mana boleh buat , mana yang tidak . Allahu Akbar , sama-sama kita do'akan para belia remaja kita serta buat kita dan sahabat-sahabat kita supaya hidayah dan rahmat Allah sentiasa bersama .

Suka penulis nak ingatkan , JANGAN SEKALI-KALI kutuk orang-orang macam mereka . Kerana hanya Allah yang tahu , kita atau mereka yang lebih baik . Jangan nak memandai-mandai ambil alih kerja Allah . Yang menentukan siapa lebih mulia , siapa lebih baik .

Okay lah , dah panjang lebar dah ni . Jadinya entry kali ni bolehlah cover dua tiga entry kan ? Memandangkan entry dah terlebih panjang , bolehlah penulis rehat dua tiga empat minggu .....

Yang baik dari Allah ,yang buruk juga dari Allah , tapi berlandaskan diri yang lemah lagi hina ini .
Wallahu'alam .

27 June 2011

Program Sekolah Pertama PJ

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Pepias PJ akhirnya selesai melaksanakan Program Sekolah Pertama di SMK Tunku Idris Shah,Kapar,Klang
Setelah hampir 2 minggu menyediakan diri untuk prog ini, akhirnya kami dapat berprogram dengan adik-adik di SMKTIS yang seramai 165 orang. Alhamdulillah, kekuatan committee dan fasi seramai hampir 40 orang!!!!! JazakAllah kepada semua adik-adik fasi daripada pj,nilai dan USIM.

Macam biasa la..semua baru 1st time jadi pc,kfc,pm,dni dan sebagainya. Lebih banyak kekurangan daripada kekuatan. Tapi keseluruhannya amat lah memuaskan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak menyokong kami daripada awal hingga akhir. Kami baru nak belajar-belajar lagi ni. tegur-tegur la ya.

tak nak membebel panjang-panjang. tak reti membebel macam penulis utama, jadi, saya sediakan video untuk meng'explain' selebihnya k!

23 May 2011

Satu Amalan Nilainya Syurga .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Subhanallah , walhamdulillah , Allahu Akbar .

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Allahu Akbar ... Begitu banyak kurniaanNya , tapi tak mungkin kita mampu membalasnya . Alhamdulillah , saat ini , detik ini , kita masih diberi nikmat iman dan Islam . Terbayangkah entum semua seandainya kita dilahirkan dalam agama selain Islam ?

Hmm kali ni penulis nak ubah haluan . Asyik cakap pasal cinta je boring jugak kan ? Kononnya cinta pada Allah , kasih pada RasulNya , tapi hampeh . SuruhanNya kita abaikan , laranganNya pulak susah kita nak jauhi . Allahu Akbar ... Moga Kau kuatkan hati kami agar sentiasa berada di jalanMu . Aamiin .

Satu Amalan Nilainya Syurga .

Di padang Mahsyar segala amalan manusia akan ditimbang oleh Allah . Mana yang banyak pahalanya akan dimasukkan ke Syurga dan yang sebaliknya , kan dihumban ke Neraka .

Seorang hamba Allah didapati kurang hanya SATU AMALAN SAHAJA untuk melayakkan dia masuk ke dalam Syurga . Kalau nak diikutkan , dia adalah calon Neraka namun Allah itu Maha Penyayang dan Dia memerintahkan orang itu mencari satu mata (pahala) lagi untuk masuk ke Syurga .

Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang namun semuanya mengatakan nasib mereka sendiri tak menentu , bagaimana mahu memberikan dia satu pahala mereka . Namun dia tak berputus asa . Dan akhirnya , dia berjemupa seorang hamba Allah yang ingin memberi satu pahala kepadanya .

Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan sahaja . Padanya satu pahala itu tak membawa makna kerana dah tentu dia akan ke Neraka . Jadi dia memberikan satu pahala itu kepada si hamba Allah tadi .

Dengan gembiranya hamba Allah tadi bertemu dengan Allah dan menerangkan kepada Allah apa yang berlaku . Akhirnya , Allah menyuruh hamba Allah ini mencari orang yang memberi pahala kepadanya tadi untuk sama-sama masuk ke Syurga .

Kesimpulan .

1. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
2. Satu kebajikan itu penentu sama ada kita akan ke Surga atau ke Neraka .
3. Di padang Mahsyar nanti , semuanya nafsi-nafsi (masing-masing) . Semuanya mahu melepaskan diri masing-masing .
4. Satu kebajikan amat berat timbangannya di sisi Allah .

Penulis ingin tekankan kepada SATU amalan ni . Sekarang ni penulis nak tanya , adakah entum tahu , apakah amalan entum yang menentukan entum semua masuk ke Syurga atau Neraka ?

Bermakna , just imagine , satu hari , entum nampak sampah kat tengah jalan . Tapi entum tak kutip pun , dengan harapan ada orang lain akan kutip sampah tu . Tapi adakah entum tau , kalau satu pahala (macam dalam cerita tadi tu) terletak pada sampah tadi ?

Contoh lain . Mak entum minta tolong . Mungkin suruh buang sampah . Atau minta tolong tengokkan adik yang menangis . Entum tak nak buat . Sebab tengah asyik layan fb atau ym . Namun adakah entum tahu , andainya satu pahala tadi terletak pada pertolongan entum pada mak entum ?

Contoh terakhir . Sahabat entum meminta pertolongan . Mungkin mintak tolong ambilkan barang , atau mintak tolong jemurkan baju macam melampau , atau mintak tolong belikan makanan kat cafe pun macam melampau , atau apa-apa ajelah kan . Tapi entum tak nak buat . Tahukah entum semua , memenuhi permintaan seseorang itu saaaaaaangatlah besar pahalanya di sisi Allah Ta'ala ?

Ya , kebanyakan kita memandang remeh hampir ke semua perkara yang kecil . Bertepatan dengan kisah tadi . Dia memandang remeh akan satu kebajikan itu . Padahal ianya tinggi di sisi Allah . Allah itu Maha Pemurah . Apa jenis kebajikan pun Allah tetap beri ganjaran pahala . Hinggakan kepada sekecil-kecil perkara pun Allah tetap beri pahala .

Meringankan beban orang lain misalnya . Banyak sangat . Tolong ambilkan sesuatu untuk orang lain pun dikira . Kerana itu juga memberi kepuasa kepada orang lain jugak kan ? Kutip sampah . Senyum pada orang lain walau diri sendiri punya banyak masalah . Yang ni agak susah jugak . Sebab jarang jugak penulis jumpa orang macamni . Selalu yang kita jumpa , asal muncung panjang sedepa je , mesti ada masalah . Jom sama-sama kita jadi orang yang sentiasa memaniskan mukanya walau masalah setinggi gunung !

Jadi renung-renungkan . Sementara kita masih diberi peluang untuk bernafas ni , apa salahnya kalau kita penuhi permintaan mak ayah , ahli keluarga , sahabat-sahabiyyah yang lain ... Ya , walau sekecil-kecil perkara sekalipun . Mereka gembira , kita juga gembira kan ? Apa salahnya kita korbankan kebahagiaan kita demi kebahagiaan orang lain ... Hmm memang betul , its easier to say than to do it right away ...

Setakat nak belanja kawan-kawan sekali sekala kat cafe pun apa salahnya ... Dibuatnya jadi sesuatu kat mereka na'udzubillah atau yang lebih parah , dibuatnya sesuatu terjadi kat kita ? Dan permintaan mereka tadi merupakan permintaan terakhir ? Dan andainya , permintaan mereka itu penentu kita ke Syurga atau ke Neraka ? Apa nak buat ? Dapatkah kita minta Allah rewind balik saat mereka memohon sesuatu dari kita ?

p/s : gunakan saki baki masa yang ada dengan sebaiknya . Ingatlah , Hari Pembalasan itu bukan makin jauh , sebaliknya makin dekat menghampiri . Tahukah kita , andai Hari yang Dijanjikan itu akan berlaku setahun lagi ? Atau satu minggu lagi ? Atau beberapa hari lagi ? Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu hanya terletak di sisiNya .

Wallahu'alam .

27 April 2011

TAZKIRAH = PERINGATAN


Bismillahi Rahmani Rahim .
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat sahabiyyah semua ..... Kabare kome semue (semua loghat keluar) ? Iman pulak macamana ? Sihat ? Atau semakin hari semakin semput dan nazak ? Na'udzubillah ... Moga dijauhkan Allah ...

Alhamdulillah , sama-sama kita rafa'kan kesyukuran kepada Allah , yang masih sudi untuk izinkan kita semua bernafas hingga ke saat ini . Alhamdulillah ya Allah ... Jom kita renung sejenak . Kalau kat CFS , bila sahabat kita bagi kita pinjam (atau bahasa lainnya bagi tiru) jawapan untuk kuiz ke , tutorial ke , mesti kita akan layan dia first class punya kan ? Maklumlah , nak kipas dia .... Kang nanti dia mengungkit pulak kan ....

Tapi tapi tapi , cuba renung dalam lagi , sampai tembus tembok rumah pun tak apa . Allah dah bagi kita macam macam , yang tak akan mampu kita kira dan hitung walau berjuta , bermilion calculator kita guna sekalipun , tapi kita tak kisah pun kalau tak bagi layanan first class pada Dia kan . Why why why ???

Sebabnya , kita tak nampak pahala dan dosa tu . Apalagi Syurga dan Neraka . Dibuatnya Allah tunjuk Syurga dan Neraka depan mata kepala lutut kita , tak ke menggigil semua orang ? Confirmla semua orang akan buat baik ye dak ? Confirm tak akan ada orang jahat kat muka bumi ni kan ?

Itulah sebenarnya yang membezakan antara orang yang beriman , orang yang separuh beriman , dengan yang tak beriman ... Orang yang separuh beriman ni on-off la kiranya . Ni macam kategori penulis pun ada jugak . Bi makna kadang kadang rasa takut , teringat akan janjiNya . Jadi bila nak buat jahat tu , automatik ter'stop' secara mendadak . Tapi kadang kadang bila rasa takut tu terbang entah ke mana , apa orang cakap pun tak jalan . Buat jugak apa yang dilarang . Ish ish ish ... (geleng geleng geleng)

Yang sepenuhnya beriman pulak , nafsu tak pernah menguasai (siapakah ?) . Selalu je nafsu kalah dengan dia . Apa nafsu bisik , goda , semua mampu ditepis (boleh buat calon ni =B) . Pendek kata semuanya tip top lah . Tapi ... Dah akhir zaman ni susah kan nak jumpa hamba Allah macam ni ? Kalau penulis jumpa , dah lama minta otogerap ~

Hmm rasanya dah melencong ke laut dah ni . Tajuk pasal tazkirah (tazkirah la ni kan ?) . Sebenarnya penulis nak promote satu blog ni . Baguuuuuuus sangat . The whole blog are talking about tazkirah . Hadis-hadis , semualah . Try la singgah . Jemput jemput jemput ~

Nak share a bit about this blog ;

KERAS HATI .

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.
(Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin."
(HR. Imam Ahmad)

Nampak tak yang penulis dah highlight kan tu ? Kalau tak nampak , meh sini penulis cut and paste kat sini ;

BANYAK BERCAKAP .

Kalau tak nampak jugak , tak tau lah nak cakap apa . Beli lah spek 21 inci kat kedai tb tu ha . Manusia sekarang ni suka cakap banyak banyak kan ? Macam iklan kat tb tu la . Caaaaakap banyak banyak . Then dosa pun baaaaaanyak la jugak .

Kan lagi banyak cakap , lagi banyak dosa ? So janganlah buka mulut kalau tak ada keperluan . Kan lebih baik diam ?

" Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

" Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
( RW BUKHARI & MUSLIM )


Hah kan dah terbanyak cakap dah ni ? Hmm tak pa tak pa , im not talking , im writing . Sebelum termengarut dekat sini , baik penulis tarik diri dulu .

Selamat bermujahadah ! ^^