09 October 2012

Sweetnya Usrah!


Assalamualaikum gang Muslim sekalian~

woohhoo, finally we at the end of the semester. Apa yang boleh diperkatakan syukur syukur Alhamdulillah, kami dah menempuh 2 semester sejak hari pelantikan kami menjadi pimpinan PEPIAS cawangan Petaling Jaya. Nampak macam mudah kan? Hanya Allah mengetahui liku-liku kami terpaksa lalui sebelum sampai ke penghujungnya. But not to mention our responsibilities as Muslim to spread dakwah also stop here. Sekarang adalah masa untuk mencari pelapis baru, insyaAllah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW ini.

Sempat berkongsi sedikit ilmu bersama saudara muallaf, which is a great pleasure to meet with, Chau William. Antaranya, semua Melayu itu Islam tapi tak semua Islam itu Melayu. Tapi rata-rata Melayu memainkan peranan penting untuk menyebarkan dakwah. Tatkala, ditanya kenapa ibu kepada William masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam, hanya satu yang terpacul dari mulut ibunya, mengatakan cuba lihat sikap dan akhlak orang Melayu? Berapa peratus Melayu menduduki carta untuk jenayah? So, it make sense Malay really reflects how Islam it is.

OK, tidak mahu mengulas secara lanjut, nanti semua bosan kan? Dampingilah rakan2 yang berkesempatan menghadiri majlis ilmu ini, kerana ilmu itu perlu disebarkan, pahala dilipat gandakan InsyaAllah. Maaf dan terima kasih yang tak terhingga diucapkan untuk semua secara langsung dan tidak langsung....Moga-moga ukhwah kita bersambung hingga ke jannahNya.






25 August 2012

Syawal vs Ramadan

Assalamualaikum,

yeah, kita semua dah pun seminggu menyambut bulan Syawal.
Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Ahad.
hhm.. boleh bayangkan ramai yang cuti waktu tu?
Apa-apa pun nak ucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada petugas2 am 
yang bekerja pada hari ramai yang berkumpul di halaman, 
berjumpa sanak-saudara..
sedangkan kita sedang bertugas demi memastikan keselamatan,
kesejahteraan and everything yang melibatkan public.
Jazakallah semuanya.

Ok, tak nak membebel panjang soal Syawal ni. Dah tahu ramai
yang dah telan lemang, ketupat dan kuih raya berbakul-bakul.
TAPI..
nak imbas dekat kawan Syawal ni, Ramadan.

Adakah kita menyoal kembali diri kita apa yang sudah kita
laksanakan masa bulan Ramadan lalu?
Semoga kita mencapat target yang kita nak.
Mungkin ada yang gembira menyambut Syawal dek kerana kemeriahan
suasana, adik-beradik kaum kerabat
kulaan muhirin semua.
Tapi..
Tak terasa hipokritkah kita sedangkan puasa kita,
amalan2 kita sebenarnya berada tahap normal ataupun kritikal?
Sepatutnya bulan yang baik tu bulan lonjakan hati utk membuat amal kebaikan
bukan menokok tambahkan dengan dosa2.
Ya Allah, sungguh berdosa hambaMu ini..

Paling terasa perit sekali,
pabila teringin utk berbuat kebaikan..dipandang pula
kita ni skema, sengaja nak buat baik.
Sedarlah sikit diri tu tak banyak amalan mana, sudahlah
menambah dosa dengan penjadi penghalang niat orang lain pula.
Tak mo tak mo! Jangan diulang lagi kesilapan itu.

satu lagi pesanan,
jangan buat satu tinggal yang satu.
Solat tapi tak puasa, puasa tapi tak solat.
Umur dah nk cecah 20. PULUH. bukan BELAS lagi.
Niat di hati, nak ada pasangan masing2..nak kahwin awal..
tapi tinggal keduanya. Ibarat berdiri satu kaki ataupun kudung terus.
Niat di hati nak zuriat yang comei loteh mcm Mek Kelantan,
anak soleh..
TAPI..
kita ni soleh k? Tak boleh nak ukur pun. Sampai bila.
tapi usaha kita mana?
Jadi, jadikan bulan Ramadan ni bulan semakan, bulan lonjakan..
bulan menambah menampal amalan kita..InsyaAllah.
tak rugi pun kalau mencuba..terus mencuba.
bak kata mak, bila berbuat sesuatu melebihi 44 kali, insyaAllah
jadi kebiasaan dan attached dengan diri.
Bila tinggal rasa janggal.
Macam nk tinggal handphone satu hari,
rasa janggal kan?????

Sudah-sudahlah tu..
banat2 banin2 yang dikasihi dirahmati Allah sekalian..
sesungguhnya kegembiraan yang sebenar bukan terletak masa tangan menyambut
sampul duit raya,
bukan ketika mulut terbuka luas nak kunyah lemang bersalut serunding..
TAPI..
ketika kita melalui hari2 dalam bulan Ramadan.
Masa ITU sahaja syaitan2 diikat.
Bisikan2 dari pihak yang ghaib tu tak ada.
Cuma tinggal hawa nafsu, yang masih liat
nak buat ibadah..yang masih degil mcm kotoran kat sinki.
Tak gitu? Tepuk dada, tanya iman.

Jangan rasa diri ini sudah terlambat.
Selagi langit Allah masih tergantung, banyakkanlah kita
membuat refleksi diri. Bukan tak semua sempurna,
 tapi semua tak sempurna.
 Hanya Allah Azza Wajalla yang miliki 
KESEMPURNAAN itu.

Untuk itu, tak perlulah kita mengejar sangat kesempurnaan itu,
kalau rasa diri ini masih jadi mcm simen.
Nak jadi lantai marmar?
Fikir-fikirkan, renung-renungkan omongan bukan kosong ni.

#jangan ditanya kenapa sudah berminggu-minggu tidak mengupdate blog, tanya berapa minggu tak sentuh Quran???

08 August 2012

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

(Surah Al-An'am 2:183)

08 June 2012

Bosan la cerpen kali ni.

Assalamualaikum wbt, sahabat2 amboi cuti sakan la korang semue ye, dah lama cik penulis tak tulis kat dlm ni kan, ape kate kite story2 ckit, alah tak de mende pon, korang suke j kan benda2 ni, enjoy~ tapi nk credited cerpen ni dari sebuah naskah sekolah dulu, org yg tulis tu name die Nurul Syuhada binti Zainol Abidin.
Terserahla nk pakei tisu k tak, tapi sedih gak ar crite die.. ok press START.

Wish for Hana Comel
-  Thanks for everything..jangan lupa aku ye, forget me not, semoga berjaya dalam exam nanti, semoga bahagia dunia dan akhirat, InsyaAllah..love you forever, >Sahabatmu, Mardiyah.<

Hana tersenyum. Kad comel yg diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu, tanpa disedari air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia byk belajar tntang erti khidupan. Dia masih ingt saat bersma dgn sahabat baiknya, Mardiyah. Sahabat sejati yg dicari-cari selama ini.

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu, Mardiyah byk membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardiyah tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardiyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah pada zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardiyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yg benar.

"kau yg rajin sgt carikan suami utk aku, kau tu bila lagi Mardiyah?

Hana teringat selorohnya kepada Mardiyah.

"Ala..bukan selalu. Aku nak sgt tengok kau kahwin. Tengok anak2 kau, takut tak sempat pula nanti," sambung Mardiyah.

'ish..kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji?"

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu; 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): 'Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

Pantas Mardiyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardiyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yg merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dgn segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

"Jadi apa maksudnya, Ustazah Mardiyah?" Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardiyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia bergelar 'ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

"InsyaAllah..kalau umur aku panjang, bolehla aku jadi pengapit dan 'mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang?"

Lantas, Mardiyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa.Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini bergelar 'raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yg sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Illahi yang  telah diilhamkan kepada hambaNya yg solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardiyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.

Petang Rabu itu, Mardiyah mengajak Hana utk bersama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka utk menghadiri mana2 majlis ilmu yg dianjurkan.

"Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman2 syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini, untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardiyah mengingatkan.

"Perkara apa, Mardiyah?" soal Hana.

"Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya kita dijauhkan daripada api-api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa2 kita. Insya-Allah, Allah akan mengabulkan permintaan hambaNya yg ikhlas."

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun rapi. Telekung disangkut ditempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yg mengandungi hadis2 sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertariik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak  mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yg bermaksud;

'Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya."

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardiyah yg ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

'Assalamualaikum," Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir2 shj kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambit mengurut-urut dadanya.

"Waalaikumusalam." Cepat2 Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

"Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi."

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

"Oh..tak ada apa. saya yg leka sikit tadi." hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yg bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dgn perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yg menjadi pegangannya yg riwayatkan oleh Al-Hakim yg bermaksud:

"Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga."

"Saya Aiman Ashraff. Saudari?" tanyanya.

'Hana Insyirah." Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardiyah yg sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan  titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yg dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Illahi.

2 minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardiyah.


Doa dari seorang sahabat:


Ya Allah jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yg melebihkan cintaNya padaMu agar bertambah kekuatannya utk menyintaiMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut padaMu agar sahabatku tidak jatuh dalam  jurang cinta yg murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yg merindui syahid di jalanMu, jagalah rindunya padaMu agar dia tidak lalali dari merindui syurgaMu..Amin..

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca SMS itu. Hana berdoa dalam hatinya..

"Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardiyah. Segalanya atas izinMu jua. Kau limpahkanlah rahmat atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga akhir hayat kami. Amin."

Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

"Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau," bisik mardiyah. Hana mengangguk.

'Syukran, Mardiyah." Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardiyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardiyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat2 itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

"Sabarlah, Mardiyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin," Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardiyah ketika itu. Mereka berpelukkan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardiyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

"hana, aku nak minta tolong sesuatu boleh?" ujar Mardiyah pada suatu petang.

"Insya-Allah..aku akan cuba penuhi permintaan kau tu."

Mardiyah menarik nafas panjang lalu berkata " Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak jagakan anak aku, Amirul dan baby yg bakal lahir ni?" Mardiyah mengusap-usap perutnya dgn penuh kasih sayang.

"Ish..kau ni.Kenapa ckp mcm tu? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama2." Hana gusar.

Mardiyah memegang perutnya. "Aku nak kau namakan anak ni Khaulah..Ummu Khaulah.."

*********************************************************************************

"Mama!!"

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari kearahnya.

"Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni?", tanya Hana sambil merangkul tubuh kecil Khaulah.

"Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cntik..Bsar nnt boleh jd pelukis..Boleh tambah duit poket!"

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

"Ada org nk beli k lukisan ni nanti? Memang nk jadi pelukis ke?", gurau Hana.

"Tak lah, mama. Khaulah nk jadi doktor Islam. Lukisan tu mamalah yg beli." sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardiyah,
Dah 6 tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi saat kau melahirkan Khaulah,
Kau pernah beritahu aku, Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah.
Amirul dan Khaulah aku jaga mcm anak2 aku sendiri.
masing2 dah bersekolah.
Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu.
Amirul banyak bersabar dengan kerenah adik2nya itu.
Kedua2nya bijak seperti kau dulu.
Janji kau padaku akan aku laksanakan sebaiknya.
Insya-Allah, aku terlalu merinduimu, Mardiyah.
Rindu saat2 dulu. Terima kasih atas segalanya.
Kaulah sahabatku, selama2nya.
Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amin..

________________________________________________________________________________

maaflah buat pembaca2, mesti hairan tajuk ngn isi tak ada kono ngono kan? Taktik je tu, TAHNIAH kepada pembaca2 yg bace sampai akhir. kalau yang bace AWAL dan AKHIR pun tahniah juga, sebb sudi jugak jenguk blog comel ni kan? Sekian saja, dari cik penulis yang tak kurang comel jugak, sedih lagi k? dah2, kesat air mata tu,,,amek iktibar dari cerpen yg 'bosan' ni..^..^


07 June 2012

Wudhu' (Wuduk)

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan ait atau bersamaan dengan titisan ait terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa."
Hadith Riwayat Muslim



Beberapa penemuan saintifik melalui Wuduk:

1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih ia mampu melancarkan peredaran darah serta membuatkan tubuh lebih berasa segar. Tak percaya, cubalah.

2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalm tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahan kesuburan.

4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

04 June 2012

Motivations of Life

The most difficult person to FACE in life is yourself,
A GRATEFUL heart is the cure for loneliness,
Do not judge the FUTURE by the past.
Never stop reaching the GOAL in front.
Hold on to your belief, then you will overcome difficulties.
TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.
Kind DEEDS can bring good returns.
DREAM is our motivation in life.
WISDOM is to understand that the world is ever-changing.
SINCERITY is a natural spring of water.
Danger brings us TRUE friends.
SMILE is the first step of a new life.


So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
Let today be better than yesterday and tomorrow is better than today.
Do not give up, Insya-Allah.. believe that every cloud has a silver lining behind it.
No matter how great or bad you are, Allah knows you more.

31 May 2012

Persiapkan diri Menuju Hari

Oleh: Wan Nadzipah Maharah
Pelajar Kejuruteraan Elektrik Elektronik
Universiti Sungyunkwan, Suwon, South Korea.



"Sejak kebelakangan ni, ramai kawan2 kita dah berumah tanggakan?" ujar Khairiyah kepada saya.
"Alhamdulillah, pasti tenang hidup mereka yang sudah halal di sisi syarak ni," jawabku bersahaja.
"Betul, tapi tidak bagi saya," balas Khairiyah dengan suara sendu seolah-olah menggambarkan sebak di dadanya.

'Eh, Kenapa pula?" saya tertanya-tanya sendiri. Saya ingin membalas bertanya, tetapi melihat wajahnya yang cuba untuk meluahkan isi hati, saya membiarkan angin berlalu melegakan resah di jiwanya.
"Saya sebenarnya cemburu melihat mereka." Saya tersenyum sendiri.

Saya percaya, perasaan inilah yang dirasai oleh kita. Cinta itu satu fitrah. Setiap dari kita mahu merasainya. Merasai kehidupan berumah tangga. Merasai cinta dan nikmatnya dicintai. Itulah lumrah kehidupan.

Tetapi sejauh manakah rasa fitrah itu kita telah salurkan di tempat yang betul? Memang kita lihat betapa manis dan bahagianya pasangan yang sudah bernikah. Mereka berdua ke mana sahaja bagai berasa dalam dunia mereka tersendiri. Semuanya begitu indah dan manis pada pandangan mata. Ada tempat untuk saling mengadu masalah dan berkongsi kasih.

Bagaimana pula dengan sisi yang pahitnya? Pernahkah kita terfikir bagaimana keadaannya apabila hidup berdua? Si isteri sukakan kebersihan, si suami pula suka meletakkan kasut di merata-rata tempat. Begitu juga si suami pula sukakan masakan gulai ayam kampung, sedangkan si isteri sukakan lauk lemak cempedak! Bagaimana pula dengan mebiasakan diri meminta izin suami atau memberitahu isteri untuk berbuat apa sahaja? Keada diri terus berubah 180 degree. Kalau dahulu, kita boleh berbuat sesuka hati, kini perlu memikirkan keadaan dan pasangan. Begitu juga hak kepada keluarga, telah bertambah dan tanggungjawab pasangan tersebut meliputi dua buah keluarga, bukan satu lagi.

Adakah semua itu akan terus menjadi kebiasaan setelah berkahwin kelak? Seandainya kita tidak mempersiapkan diri dari sekarang, pastinya kehidupan berdua nanti akan menjadi sukar.

Kita perlu senaraikan perubahan yang ingin dilakukan. Jika solat lima waktu sudah dipenuhi, usahakan pula untuk solat di awal waktu. Biasakan diri dengan solat-solat sunat seperti dhuha atau solat sunat rawatib. Jika dahulu berpuasa hanya pada bulan Ramadhan, cuba biasakan diri untuk berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Jika selama ini hanya membaca al-Quran satu muka surat sehari, cuba tambah jadi dua muka surat sehari.

Begitu juga menyediakan diri dengan kemahiran seorang suami, mahupun isteri. Suami dengan kemandirian kewangan dan kepimpinan. Isteri dengan skil memasak, mengemas rumah dan menjaga anak.

Hakikatnya, setiap dari kita mengimpikan pasangan hidup yang soleh dan solehah. Namun adakah kita telah mempersiapkan diri untuk menjadi bakal pasangan yang soleh dan solehah? Kita perlu menyiapkan diri kita untuk melangkah ke alam perkahwinan walaupun masih belum ada calonnya lagi. Kelak, ketika saatnya telah tiba, insya-Allah kita telah bersedia untuk menjadi pasangan idaman buat bakal teman hidup kita itu.

Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti,
Hadir tuk mendatang,
Menjemput hatimu,
Sabarlah menanti,
Usahlah ragu,
Kekasihkan datang,
Sesuai dengan iman di hati.

Ingatlah duhai sahabat, janji Allah itu pasti. Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..." (an-Nur:26)

24 May 2012

6 perkara yang dipandang asing di 6 tempat


Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat" iaitu:

  • Masjid adalah asing di kalangan orang2 yang tidak sembahyang di dalamnya.
  • Al-Quran adalah asing di rumah orang2 yang tidak membacanya.
  • Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang3 yang fasik (orang2 yang tidak mahu mengamalkan isinya).
  • Seorang muslimah solehah dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
  • Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, buruk akhlaknya.
  • Dan orang alim adalah asing dalam kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
Kemudian Rasulullah SAw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka pada hari kiamat dengan pandangan kasihan..

Wallahu'alam..


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini
 tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. 
Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, 
kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), 
maka sungguh telah tetap pahalaNya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS. An-Nisa' 4:100)"

Tolong Ingatkan Saya..

Assalammualaikum sahabat-sahabatku..

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan Allah,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupa jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarkan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-gala,
Dialah tumpuan.





Tolong ya ingatkan saya..

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam  hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan bersuci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya; "ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

3. Orang yang berasa di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


"Jika seorang imam mebaca..(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat,

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


"Doa seorang Muslmi untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannnya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."

9. Orang yang membelanjakan harta (infaq).

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata; 'Ya Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.."

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."




20 May 2012

Satu Penerbangan

Bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan sebuah negara lain iaitu kubur dan akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangam, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semua orang akan dapat menerima jemputan penerbangan ini pada bila-bila masa bermula dari sekarang tidak kira bangsa, umur mahupun jantina.

* Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Mas, tetapi melalui Al-Jenazah.

* Bekalan kita bukan lagi bagasi seberat 20 kilo, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, ianya atas kesudian  
   Pencipta kita.

*Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton. 

* Pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.

* Pasport kita bukan Malaysian, British atau Arabian tetapi Islam.

* Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'

* Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

* Layanannya bukan lagi kelas bisnes atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

* Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi liang lahad di tanah       perkuburan.

* Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan dihampari permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

* Pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Mungkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Universal Studios Singapore tetapi Syurga atau Neraka.

* Tidak perlu melalui pegawai kastam dan alat pengesan.

* Lapangan transit adalah Al-Barzakh.

* Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan digunakan walaupun ada berjuta-juta ringgit.

* Tiket penerbangan tidak terhad, semua orang berhak mendapat sekali, jadi tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risau malsaha alergi atau halal-haram makanan.

* Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

* Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

* Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita baik!

* Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang ekslusif untuk penerbangan tersebut. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh! 'Sekiranya' anda boleh!

Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa 'notis'. Cuma pesanan bahawa nama ANDA telah tercatat dalam rekod untuk penerbangan pada BILA-BILA MASA
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT?


15 May 2012

Kisah Rasulullah S.A.W. dengan sebiji limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa bersama beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik  sungguh buahnya. Siapa yang lihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerima dengan senyuman yang gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda..Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya, Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

    "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masa semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

>> Macam tulah akhlak Rasulullah SAW terhadap orang2 di sekeliling. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari bukan orang Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa, mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak Rasulullah SAW.

Refleksi diri: Adakah kita seperti akhlak Rasulullah SAW seperti kisah di atas? Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita, cubalah dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Better late than never.. it's not easy to practise, but it's not hard to try. 

13 May 2012

Jauhi Riak




إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142) 



Sama2 lah kita bermujahadah, sahabat2 saling memperingatilah antara satu sama lain, sesungguhnya tidak rugi air liur kita untuk memberi nasihat kepada orang lain, malah insyaAllah diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sekiranya sahabat kita yang lain terlanjur dalam sesuatu perkara, maka kita yang menyedari perbuatan tersebut segera menegur dan memberi nasihat. Jangan mudah memberi hukuman terhadap seseorang dengan mengatakan itu ini, sebab kita tidak tahu apa yang tersingkap di hatinya pada waktu itu. Semoga Allah merahmati kita semua, Allahu Akbar!

Jamuan Sayonara dan Hari Lahir!

Assalammualaikum warahmatullah, sekali lagi, bertemu anda bersama penulis PJ yang tak berapa nak setia ni, hehe gurau ja.. tapi InsyaAllah kami di sini akan sentiasa menghapdetkan dengan program2 atau aktiviti terbaru yang kami jalankan beserta slot tazkirah untuk peringatan semua.

Setelah program Seafield, ingat kan tak ada ape2 lagi perjumpaan dengan adik-beradik PJ, tup2 manusia hanya merancang Allah yang menentukan hari Selasa, 1 Mei..Abg Long ngn Kak Long merangkap Pengerusi dan Helwani merancang untuk mengadakan  mini jamuan perpisahan  dengan mantan2 yang bakal melanjutkan pelajaran level degree samada di Gombak mahupun di Kuantan sinun..

Sedih juge terpaksa berpisah jarak dengan mereka. Ya Allah, kau berikanlah keberkatan umur kepada kami agar dapat bersua kembali..Amin~

Antara yang hadir agak ramai, dan biasalah ada tetamu di luar kotak juga melibatkan diri..takpe2 jangan rasa terasing, kita juga saudara, saudara Islam..mereka dari cawangan Shah Alam dan bersama adik2 dari program PMG 2012.

Antara yang hadir, syukran ya antum.
Sesi memotong kek. Yang baju kaler hijau tu Along  Zahrul.

Kek Secret Recipe santapan kami~

Juga KFC!!

Syukur Alhamdulillah, kami semua sangat gembira pada waktu itu, kalau ada salah dan silap harap dimaafkan ya, wahai akhi2 dan ukhti2 yang selama ni banyak berkorban untuk kami, serta spend time untuk majlis ni tengah kesibukan nak menghadapi exam.
lastly, moga Allah permudahkan urusan kita di mane kita berada, grade di slip bukan penentu kejayaan sekiranya kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri. 

Kem Sahsiah Remaja SMK Seafield

Assalammualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dapat kembali kita bersua dia lain entri yakni entri yang ditaip sendiri oleh penulis wakil cawangan Petaling Jaya. Amacam antum semua? sihat? semoga antum berada di bawah lindungan rahmatNya. Cawangan PJ yang rata2 memang menuntut di CFS IIUM, baru shj menamatkan semester ke 2 pada minggu lepas, jadi masa cuti nilah sempat nak jenguk blog, mcm kemas rumah la jgak, ada masa lapang boleh la kita sapu2, tak gitu? ok, straight to the point..

Nak dijadikan cerita, program sekolah yang terakhir yang kami jalankan adalah Kem Sahsiah Remaja KESARI di SMK Seafield sebuah sekolah kluster di area Subang Jaya pada 27-29 April yang lalu. Memang dahsyat la kan, time2 dekat nak peperiksaan akhir semester pada bermula 30 April, sempat lagi mencari ruang celah untuk turun mendekati adik2 sekolah untuk memberi sedikit inspirasi, aspirasi serta cetusan2 titik perubahan dalam diri.

Objektif program kali ni ada tiga iaitu:

1.1  Menimbulkan kesedaran tanggungjawab sebagai seorang pelajar Muslim.
1.2  Memupuk sahsiah para pelajar dengan mengikut peribadi Rasulullah S.A.W.
1.3   Mengeratkan ukhwah Islami dalam kalangan komuniti sekolah. 


Seterusnya seperti biasa, sebagai student U yang masih tidak berkenderaan sendiri, kami akan menggunakan perkhidmatan awam utk ke sana mahupun dengan bantuan dari abang2 atau kakak2 serta adik2 lepasan SPM yang masih bercuti utk menumpangkan kami, jazakallah untuk adik Afiq Irfan, adik Asyraf, n Abg Syamim memberi peluang kepada kami untuk menaiki kereta secara percuma. =D

kami berada di sana selama 3 hari 2 malam, dan pertama kalinya kami mendapat bantuan dalam pengurusan kerja daripada adik2 urusetia yang terdiri daripada tingkatan 3-5 dari sekolah itu sendiri.


Ok, rasanya tak perlu cerita panjang, sebab bagi penulis sendiri, program kali ni antara program yang tak dapat dilupakan sebab antara peserta teramai yang terlibat, program pertama bagi pimpinan2 PJ yang baru mengendalikan program yang besar, serta dapat mengeratkan ukhwah antara warga2 PEPIAS yang lain, sebab pada jangkaan awal, ramai tak dapat turun untuk bg sumbangan, tapi Alhamdulillah kali ni dapat bantuan fasilitator dan komiti dari pelbagai cawangan yang mana tak terungkap jutaan terima kasih kerana sudi membimbing, membantu serta teguran dan nasihat kepada kami yang masih mentah dalam hal sebegini.
Biar penulis lampirkan beberapa gambar yang diambil sepanjang program sebagai penyampaian yang ringkas. Let the pictures speak =)

Komiti, urusetia dan fasilitator pihak lelaki~
Komiti, urusetia dan fasilitator pihak perempuan~


Slot Bina Menara, juga slot membina emosi ~

Solat berjemaah

Slot muhasabah diri bersama fasilitator

Aktiviti dalam kumpulan

Riadah yang dikendalikan oleh saudara PC, Abg Z dan Abg Long

Habits yang ingin diterapkan dalam kalangan pelajar SMK Seafield

Tak lupa kepada Murabbi caw. Ampang, Abg Edi selaku Ketua Fasilitator kami..


Sekian saja, untuk entri kali ni, berjumpa di next entry, InsyaAllah, ^_^

25 April 2012

Usrah Wida'

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, Allah bagi lagi kesempatan untuk kita berjumpa lagi untuk sesi usrah yang terakhir
bersama para2 mantan yang bakal graduate dan juga mantan2 dari Gombak.
Tak lupa juga dengan tetamu2 undangan dari cawangan2 lain serta Pepias Pusat.

Tema pakaian adalah jubah, semua berjubah..
Topik pada malam tersebut adalah mengenai "Ana Uhibbukuma Ya Umi Ya Abi"
masyaAllah, sangat tersentuh pada malam itu berbincang mengenai ayah ibu.
Abg Amir selaku mantan Pepias PJ meminta semua menghantar SMS kepada mak dan ayah
memohon maaf dan berterima kasih atas jasa yang mereka taburkan selama ini.

Sesungguhnya, kami sangat terharu dan agak terkejut pada mulanya
melihat kehadiran dan kemeriahan dalam usrah kali ini..
Untuk itu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan 
dan sekalung tahniah kerana menjadi insan terpilih oleh Allah SWT
untuk mengisi hati2 kita dengan ilmu-ilmu manfaat..

Ni video untuk mantan2 PEPIAS PJ










Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W bersabda...

Apabila akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah.Mereka adalah:

-imam yang adil
-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
-lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
-dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaanNya
-lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran
-lelaki yang bersedekah secara diam-diam
-lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya

Jazakumullah khairan kathira..


04 April 2012

Mari Berusrah!


Indahnya Ber’usrah’: Ada yang Menggelarnya “Bulatan Gembira”


wardina
Apa yang membuatkan kami gembira dan berbunga? Usrah itu sebenarnya "keluarga". Jujur sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Usrah untuk mereka yang alim-alim, untk mereka yang solehah, sempurna, bertudung labuh, bukan untuk saya.
Tidak pernah saya rasakan ukhwah di dalam keluarga usrah, tidak pernah saya rasakan kejujuran bersahabat kerana Allah.Tidak pernah saya sangka dengan izin Allah ianya memberi saya kekuatan untuk merubah serba sedikit diri yang serba dhaif ini. Bagaimana? Dengan keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah mengingatkan antara satu dengan lain mengenai perkara-perkara baik dengan penuh kasih dan hikmah.
Dengan contoh dari naqibah, bagaimana akhlak, ilmu dan kehidupan sehariannya disulami nilai-nilai Islam yang saya sangkakan sebelum ini hanya mainan bibir para ilmuwan. "Mana mungkin boleh hidup dengan nilai Islam sepenuhnya, di zaman ini" "Saya sudah bersolat 5 waktu, sudah bertudung, sudahlah!" Silapnya saya. Jahilnya saya. Saya baru seorang Muslim.
Belum saya fahami konsep Mu'min. TIdak saya sedar menjadi seorang yang beriman adalah dengan menjadi seorang Muslim dan masuk ke dalam agama Islam ini SEPENUHNYA.
BUkan setengah jalan, sekerat langkah dan separuh hati. Kerana menjadi seorang Muslim itu mestilah dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Segala niat DAN perbuatan perlu dizahirkan. Masih ada yang beranggap 'yang penting' niat? Memang niat itu penting, namun niat perlulah disusuli dengan perbuatan.
Setiap manusia jalan hidupnya sudah tertulis, ada manusia hidayahnya diberi Allah seawal usia. Faktor persekitaraan, pendidikan dan rahsia dari Allah kadangkala tidak boleh kita persoalkan, segalanya ada sebab musabab yang tersendiri.
Tersasarnya saya sewaktu remaja dahulu ada sebabnya. Kembalinya saya sebagai seorang Muslim yang mahu beriman sepenuhnya juga bersebab. Sebab itu mungkin tidak mampu pun untuk saya fahami. Walau saya cuba berfikir mengenai segala hikmah disebalik kejadian dalam hidup saya.
Kata-kata naqibah saya yang cukup saya sayangi tersemat di hati. "Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita mestilah menjadi seorang Muslim yang beriman" katanya. "Tidak cukup beriman saja, namun kita mesti beriman dan berilmu". "TIdak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu, namun kita mesti beramal dengan ilmu itu". "Dan tidak cukup kita beramal kita mesti ikhlas dalam segala amalan"
MasyaAllah. Sudahkah saya beriman,berilmu, beramal dan ikhlas? Sering saya tanya pada diri. Belum, belum sepenuhnya. Kata naqibah – ikhlas itu rahsia di antara Allah dan hambanya, malaikat pun tidak tahu. Dan ikhlas adalah motivasi terbaik seorang Mu'min.
Orang-orang yang ikhlas jarang atau hampir tiada perasaan sesal, kesal, mengeluh, sakit hati, murung, sedih.. kerana mereka... ya , Ikhlas! Ikhlaslah yang menjadi motivasi para Nabi, Rasul dan orang-orang Soleh untuk terus melakukan kebaikan meskipun dicerca, disakiti dan dihina.
Hanya 'kita', diri kita sendiri dapat rasakan ikhlas dalam hati, satu perasaan sayu dan redha , satu perasaan yang membuatkan kita terhenti dan terfikir tatkala kita melakukan sesuatu. "Semua ini kerana Mu Ya Allah".
Segala yang kita lakukan didalam hidup ini mampu dijadikan ibadah, setiap nafas yang dihirup, waktu tidur juga waktu jaga, waktu makan dan waktu lapar, tatkala mandi meskipun kata-kata di FB misalnya. Semuanya boleh dijadikan ibadah.
Ya, segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah semuanya mampu dijadikan ibadah. Tapi sayang, Ibadah dipandang begitu sempit sekali. Hanya solat, puasa, zakat, Cuma di atas sejadah saja!
Setiap titipan dan nasihat naqibah dapat saya rasakan keikhlasannya. Kerana tujuan usrah itu sendiri adalah untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan. Untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan Islam. Di dalam Al-Quran selain surah Al-Asr 103:3 yang mengingatkan supaya kita sentiasa saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran dengan sabar, Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat 51:55, bahawa peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang Mu'min.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunghnya peringatan itu bermanafaat bagi orang- orang mukmin"Maka, di dalam keluarga usrah ini, kami mencari semangat untuk menjadi Mu'min yang lebih baik dengan saling mengingatkan. Kali pertama saya hadir, (tak ramai pun yang hadir) saya bertanya pada diri, apa yang bakal saya perolehi? Adakah perlu saya laburkan 'masa' ini, dan bersusah susah ke sini.
Untuk apa? Objektif, motif, rasionalnya apa?. Aduh banyaknya persoalan. Tamaknya kita dengan diri sendiri untuk memperbaiki diri. Banyaknya alasan boleh diberi, sibuk, (semua orang sibuk, kadangkala terasa seolah diri sendiri saja yang paling sibuk) ada hal, anak tiada yang jaga.
Kemudian saya tersedar dari lamunan, Naqibah ini, iaitu guru saya ini, sanggup datang kemari, walaupun dia jauh lebih sibuk, tanpa meminta bayaran untuk mengajar dan memperbaiki diri kami, dan saya pula yang mahu berkira dengan masa saya.
Sunguh tidak bersyukur! Berapa banyak peluang yang telah diberi kita sia-siakan, memberi segunung tinggi alasan? Kehidupan dan kesibukan dunia dijadikan alasan.
Tersenyum saya tatkla naqibah mengingatkan, dunia ini tak perlu orang ingatkan! Memang kita sentiasa akan ingat! Kerana dunia ini sudah dihadapan mata bukan? Akhirat itulah yang perlu diingatkan selalu.
Fitrahnya insan ini pelupa jahil dan lalai. Maka peringatan tentang akhirat ini amat wajar.
Risaulah jika hari silih berganti dan tiada langsung peringatan diberi. Makanya usrah ini, antara salah satu medium dimana tatkala kami bersila dalam bulatan gembira ini, akhirat dan hakikat penciptaan jin dan manusia diulang kembali, lagi dan lagi.
Asas aqidah, tauhid, ibadah, sirah ,serta bertadabbur dengan Quran benar-benar menyentuh jiwa.Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki amalan, memahami tujuan penciptaan, berwaspada dengan tipuaan syaitan dan bersama di waktu susah dan senang tidak mampu dijual beli dengan wang ringgit.
Ukhwah yang terbina ini terlalu berharga. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya, bukan sebab material atau dunia yang lain.
Memang hakikat kehidupan dunia moden kapatilis ini, kita biasanya meletakkan kepentingan diri dahulu. Kepentingan diri diambil kira melebihi kepentingan orang lain.
Dunia moden amat kompetitif dan individualistik. Makanya saya hairan bagaimana masih ada manusia yang sanggup "memberi" tanpa meminta balasan kerana mencari keredhaan Allah.
Ya, masih ramai insan begitu, cuma saya sahaja yang tidak tahu. Dan semangat memberi itu kini sudah terpercik pada kami. Benarlah peringatan yang senantiasa diberikan, kita pasti akan terpengaruh dengan rakan kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan. Maka di dalam keluarga usrah ini, percikan minyak wangi akhirnya terkena pada diri kami semua. Sipi-sipi sudah bau harumannya. Indah bukan?
Namun perubahan tidak terbina dengan sekelip mata. Bukan satu dua sesi sudah berubah semuanya. Ada diantara ahli keluarga ini, pergi meninggalkan kita dan tidak kembali lagi, (bukan meninggal dunia namun tidak berminat lagi) ada yang datang sekali dua, namun yang tinggal komited itulah telah ditakdirkan oleh Allah untuk bersama. Membuang prasangka, memperbaiki diri dan membersihkan hati ini adalah satu proses berterusan.
Usrah cuma batu loncatan. Ilmu selebihnya perlu dicari ditempat lain. Namun di dalam bulatan keluarga usrah yang gembira ini, ianya menyedarkan diri dimana kurangnya kita. Yang perlu membetulkan tajwid pergi mengaji semula,yang sudah lama meninggalkan Quran mula membacanya kembali, yang tudungnya singkat dilabuhkan ke dada, yang berfikir mengenai diri sendiri sudah mula mahu memberi.
Fitrahnya kita semua mahu berbuat baik, dan kita semua mahu menyembah. Jika tidak menyembah Allah maka kerana fitrah menyembah ini, kita terdorong untuk menyembah sesuatu yang lain, iaitu harta, pangkat, rupa, lelaki atau wanita, material mahupun diri sendiri! Kembali kepada fitrah menyembah Allah ini adalah kebahagian sebenar dan hakiki.
Belum, saya masih jauh perjalanan. Belum, saya belum sempurna. Namun saya mahu mencari kesempurnaan itu. Terima kasih Usrah dan keluarga bulatan gembira ku! Terima kasih kerana mengingatkan! Quran kini dibawa kemana saja saya pergi, saya mula membaca dan menghafal ayat Quran kembali.
Saya cuba menyemadikan Quran di dalam jiwa ini. Antara tiga ayat pertama yang saya hafal kembali yang memberi impak pada hidup saya dan ingin saya kongsi:-
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui" (Quran 29:64)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada ku" (Quran 51:56)
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Quran 2:45)
Mari berusrahlah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!
Artikel diambil dari iluvislam.co
m